|

IKUT NABI ATAU MAJORITI?

  • Ramai pilih ikut majoriti
  • Kisah pakcik Rasulullah

Semua Muslim mengakui bahawa jalan Nabi ﷺ harus didahulukan atas jalan masyarakat dan bahawasanya jalan baginda ﷺ adalah satu-satunya jalan yang membawa ke syurga.

Tetapi apakan daya realitinya ramai memilih untuk mendahulukan pegangan dan amalan majoriti berbanding sunah Nabi ﷺ atas pelbagai alasan dan sebab.

Dan ini juga adalah pilihan bapa saudara Rasulullah ﷺ, Abu Talib sebelum beliau meninggal dunia ketika mana beliau memilih untuk terus berpegang kepada ajaran datuk moyangnya dan enggan mengucap Kalimah Syahadah sekalipun didesak oleh Rasulullah ﷺ.

Imam Bukhari meriwayatkan dalam kitab Sahihnya bahawa tatkala Abu Talib hampir wafat, Nabi ﷺ bertemu dengannya manakala di sampingnya ada Abu Jahal. Nabi ﷺ berkata:

أَيْ عَمِّ قُلْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أُحَاجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ

“Wahai pakcik, ucaplah ‘Laa ilaha illallah’ supaya aku dapat berhujah untuk membantumu dengannya di sisi Allah (kelak).”

Mendengar ucapan Nabi ﷺ itu Abu Jahal berkata:

يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ المُطَّلِبِ

“Wahai Abu Talib, adakah engkau hendak berpaling daripada agama Abdul Muttalib?!!”

Ternyata Abu Talib tetap berkeras dan enggan mengucap Kalimah Syahadah dan beliau akhirnya mati dalam keadaan syirik, nauzubillah.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Safar 1446H
20 Ogos 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    REMAJA MALAYSIA DICANDUKAN DENGAN MUZIK

    – Hukum nyanyian muzik Melihat senarai panjang konsert yang dijadualkan akan berlangsung di Malaysia pada tahun ini, 2022 sepatutnya membimbangkan kita. Sekiranya Al-Quran mendekatkan Muslim kepada Allah ﷻ maka yakinlah bahawa nyanyian dan muzik ialah sebaliknya. Apa yang pasti nyanyian dan muzik diancam oleh Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَمِنَ…

  • |

    YAHUDI TIDAK AKAN KEKAL DI PALESTIN

    Kata Syeikh al-Albani(meningal 1999): “Orang-orang Yahudi tidak akan kekal di Palestin. Ini bukan optimis tetapi berdasarkan kefahaman daripada banyak hadis yang menunjukkan sedemikian.” [Rakaman AudioSilsilah al-Huda Wa al-Nur,no. 633] Sabda Nabi ﷺ: لَا ‌تَقُومُ ‌السَّاعَةُ ‌حَتَّى ‌يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يختبئ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ…

  • |

    MATI SYAHID BUKAN ‘MARTYR’

    Perkataan ‘martyr’ dalam bahasa Inggeris merujuk kepada seseorang yang dibunuh atau dipaksa menanggung penderitaan kerana kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang dianutinya. Adapun istilah syahid dalam syariat Islam merujuk kepada orang yang mati di medan perang kerana mempertahankan agama Islam. Kedua-dua istilah ini membawa maksud yang berbeza sama sekali. Oleh…

  • Tengok boleh, percaya jangan

    Firman Allah ﷻ: يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ. “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan…

  • |

    BELAJAR DIAM

    BELAJAR DIAM # Menjaga lisan # Menulis di media sosial Barang siapa menjaga lisannya maka dia akan merasa tenang. Menyesal kerana berdiam lebih baik daripada menyesal kerana berkata. Perbuatan berdiam akan merehatkan akal manakala berkata-kata akan mengejutkannya. Tidak ada kebaikan dalam kehidupan melainkan bagi dua orang; orang yang berdiam dalam…

  • | |

    KEKUATAN BERBAHAS

    KEKUATAN BERBAHAS Kekuatan seseorang itu berbahas tidak diukur dengan hanya membawa maklumat dan memperbanyakkannya di samping menghafal dalil dan mengemukakannya. Sebaliknya dengan sejauh mana kuatnya dalil yang digunakan, cara penyampaiannya serta melazimi metode ilmu dalam perbincangan dan sanggahan. CATATAN Bagaimana jika suatu permasalahan Agama itu hanya ditegakkan dengan andaian dan…