| |

SIKAP ASYAIRAH TERHADAP DALIL AL-QURAN & AL-SUNAH

Berikut ialah tiga sikap utama golongan Asyairah:

  1. Mengagungkan dalil akal & mendahulukannya atas dalil Al-Quran dan al-Sunah;
  2. Mempertikaikan dalil Al-Quran dan al-Sunah;
  3. Mempertimbangkan dalil Al-Quran dan al-Sunah mengikut akal.

Tiga sebab utama mengapa golongan Asyairah mengagungkan dalil akal sehingga mendahulukannya atas dalil Al-Quran dan al-Sunah ialah:

  1. Akal dilihat menjadi asas manakala Al-Quran dan al-Sunah hanya cabang;
  2. Dalil akal bersifat qatie (pasti) sedangkan Al-Quran dan al-Sunah bersifat zanni (sangkaan);
  3. Akal menjadi penentu manakala dalil Al-Quran dan al-Sunah hanya pembantu.

Golongan Asyairah beranggapan bahawa terdapat perkara-perkara dalam kedua-dua Al-Quran dan al-Sunah yang bertentangan dengan akal. Ini membuatkan mereka mempertikaikan Al-Quran dan al-Sunah dari kedua-dua sudutnya; sanad dan matan.

Dari sudut sanad, Asyairah mendakwa bahawa kebenaran hadis-hadis Ahad (hadis yang diriwayatkan oleh seorang atau dua perawi) bersifat sangkaan (zanni al-thubut) maka ia tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dalam hal-hal akidah dan keyakinan.

Dari sudut matan pula, Asyairah berpendirian bahawa dalil Al-Quran dan al-Sunah (tidak kira sama ada mutawatir atau ahad) ialah zanni al-dalalah (dalilnya bersifat sangkaan) maka ia perlu dipertimbangkan dengan akal kerana ia bersifat qatie (pasti).

Natijahnya, jika suatu dalil Al-Quran dan al-Sunah itu menepati akal maka ia akan diterima. Diterima sebagai dalil sokongan, bukan sebagai dalil utama.

Adapun sekiranya suatu dalil naqli Al-Quran dan al-Sunah itu didapati menyalahi akal maka dalam keadaan tersedut dalil akal akan didahulukan manakala dalil naqli berkenaan sekiranya ahad maka akan ditolak. Ini kerana menurut mereka dalil sangkaan (zanni) tidak boleh didahulukan atas dalil yang pasti (qatie). Jika dalil ahad zanni berkenaan dapat ditakwilkan maka itu adalah bagus (harus).

Berbeza pula sekiranya dalil naqli itu bersifat mutawatir maka ia wajib ditakwilkan mengikut apa yang bersesuaian dengan akal.

RUJUKAN

Maalim Usul al-Din oleh Fakhruddin al-Razi, hlm. 25
Syarah al-Mawaqif oleh al-Jurjani, hlm. 1/205
Hasyiah al-Dasuqi oleh al-Dasuqi, hlm. 217

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Syawal 1445H
30 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    SYIAH & KHURAFAT BERPISAH TIADA

    SYIAH & KHURAFAT BERPISAH TIADA Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei mengumumkan baru-baru ini melalui paparan gambar lukisan bahawa General Qasim Sulaimani disambut Imam Husain di alam barzakh… atau malaikat maut? Semoga Allah memelihara kita daripada segala kesesatan yang zahir dan yang tersembunyi. Idris bin Sulaiman Kajang 11 Jamadilawal 1441H /…

  • |

    PENUNGGANG TASBIH

    Jika meminta mintalah daripada Allah, jika bergantung bergantunglah kepada Allah dan jika berharap berharaplah daripada Allah. Menganggap biji tasbih mempunyai kelebihan dan keistimewaan tertentu hanya akan membawa kepada khurafat dan penyelewengan dalam Agama. “Hanya kepadamu kami sembah dan hanya kepadamu kami memohon pertolongan”. Al-Fatihah, 4. Daripada Allah jua kita memohon…

  • | |

    KASIHAN MUALAF

    Selepas ucap kalimah syahadah disuruh menghadap kubur pula. Dilema antara gembira dan sedih. Gembira dengan adanya Muslim saudara baharu. Tetapi sedih kerana dikelirukan oleh golongan pelampau pemuja kubur. Sedangkan Islam berlepas diri daripada segala bentuk pemujaan kubur. Muslim disuruh mengabdikan diri kepada Allah ï·» semata-mata, berdoa, meminta, menyeru di alam…

  • | |

    HAKIKAT HABIB UMAR

    Ada yang berpandangan bahawa Habib Umar Muhammad Hafiz bukan calang-calang tokoh tetapi seorang ilmuwan yang sangat istimewa kerana beliau merupakan ulama pilihan Allah yang menjadi mujaddid pada zaman ini. Malah beliau sampai dinobatkan sebagai ‘wakil Rasulullah’ buat manusia hari ini. Pujian melambung diberikan kepada beliau. Tinggal lagi adakah ia benar?…

  • |

    ILMU FALSAFAH

    # Ilmu Kalam # Pendirian Imam asy-Syafii Ilmu falsafah berkait rapat dengan pengetahuan yang diperoleh dengan cara berfikir serta membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Ia berasal dari Yunani (Greek). Ilmu Kalam pula adalah kesinambungan daripada ilmu falsafah yang tersebar dalam kalangan umat Islam melalui penterjemahan buku-buku…