|

PAKAI BIJI TASBIH DI LEHER?

Anehnya ada Muslim memakai biji tasbih di leher.

Malah seorang ustaz lagi.

Sedangkan penggunaan biji tasbih untuk berzikir pun dibahaskan oleh para alim ulama mengenai sejauh mana kewajarannya, inikan pula memakai biji tasbih di leher.

Sangat tidak wajar.

Jelasnya tasyabuh menyerupai gaya pakaian penganut agama lain.

Sedangkan hal ini dilarang keras oleh agama.

Sabda Nabi ﷺ:

وَمَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.

“Barang siapa tasyabuh menyerupai sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Ancaman berat ke atas mereka yang menyerupai kaum kuffar dalam hal-hal yang menjadi identiti mereka termasuklah pakaian.

Pentingnya Muslim menghayati batasan dan pantang larang yang digariskan oleh syariat.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Syawal 1445H
22 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    HADIS SAHIH vs HADIS DAIF

    HADIS SAHIH vs HADIS DAIF # Kebenaran bercampur kebatilan # Ancaman berdusta atas nama Nabi ﷺ Jika tidak dibezakan antara hadis sahih dengan hadis daif, apatah lagi hadis palsu nescaya kebenaran akan bercampur aduk dengan kebatilan. Sedangkan syariat Islam menuntut supaya penjual berterus terang kepada pembeli tentang keaiban yang ada…

  • |

    Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…

  • |

    CARA ANDA BERFIKIR

    CARA ANDA BERFIKIR Kehidupan anda sesuai dengan cara anda berfikir. Sekiranya cara anda berfikir membawa manfaat kepada agama dan dunia maka kehidupan anda akan menjadi baik dan bagus. Jika tidak maka keadaan akan menjadi sebaliknya. – Syeikh Abdul Rahman as-Saadi Idris bin Sulaiman Kajang 26 Zulkaedah 1442H / 07 Julai…

  • |

    KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN

    KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN Baru mendapat amaran daripada Mukabuku kerana tulisan pagi tadi berkenaan ramalan Bĩll Pagar tentang pandemik cacar. Tulisan tersebut dipadamkan oleh Mukabuka kerana ia menyalahi standard komuniti tentang maklumat salah (Community Standards on misinformation). Sekadar mempersoalkan ramalan beliau dan mengkritiknya sudah dikira menyebarkan maklumat…

  • |

    KETURUNAN NABI ﷺ

    – Cara betul menilai seseorang Baru-baru ini ada yang bertanya tentang sejauh mana kebenaran dakwaan yang mengatakan bahawa individu dalam gambar yang dilampirkan merupakan keturunan Rasulullah ﷺ daripada susur jalur zuriat Syeikh Abdul Qodir al-Jailani (ulama mazhab Hanbali, wafat 561H). Saya berpandangan bahawa memastikan kebenaran dakwaan ini tidak penting kerana…