| | | |

PUASA BUKAN HANYA BERLAPAR DAHAGA

Di samping menahan diri daripada makan minum Muslim turut diperintahkan meninggalkan kata-kata dusta, perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ.

“Barang siapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan amalannya maka tidak ada hajat bagi Allah untuknya meninggalkan makan minumnya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Sabdanya ﷺ:

‌لَيْسَ ‌الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ فَقَطْ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ.

“Tidaklah puasa itu meninggalkan makan minum tetapi puasa ialah dengan meninggalkan perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaiman]

Pentingnya menjaga tutur kata dan tingkah laku sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan.

Ini kerana Nabi ﷺ mengingatkan:

رُبَّ ‌صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ.

“Barangkali orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dahaga sahaja manakala orang yang berqiamullail hanya mendapat penat kerana berjaga pada waktu malam.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Semoga Allah ﷻ menerima ibadah puasa dan ibadah qiam kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Ramadan 1445H
17 Mac 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | |

    TIDAK BOLEH MENUKIL / MENDAKWA SEBARANGAN

    TIDAK BOLEH MENUKIL / MENDAKWA SEBARANGAN # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 1 Jika anda menukil sesuatu maka anda perlu pastikan nukilan itu tepat dan betul. Jika anda mendakwa sesuatu maka anda perlu mengemukakan dalil dan buktinya. # Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah # al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah…

  • |

    DOA BUAT PALESTIN DARI MASJID NABAWI MADINAH

    Usai kuliah beliau pada hari Rabu, 01 November 2023 di Masjid Nabawi, Madinah, Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga imam serta khatib Masjid Quba meminta para hadirin agar mengaminkan doa beliau buat saudara-saudara Muslim di Palestin susulan penganiayaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim penjajah di sana…

  • | |

    DOA QUNUT WITIR

    DOA QUNUT WITIR • Bacaan DOA QUNUT WITIR jika SOLAT BERSENDIRIAN: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا…

  • |

    S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL

    S.A.W. – TULIS SELAWAT DENGAN BETUL Kita boleh faham jika dahulu mungkin sukar untuk menulis selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad ﷺ secara penuh khususnya dalam tulisan rumi kerana ia agak panjang dan memakan ruang. Tetapi dengan penggunaan peranti moden komputer dan telefon bimbit serta pelbagai program perisian…

  • | | |

    PUASA SEBENAR

    Puasa bukan sekadar dengan meninggalkan makan dan minum. Tetapi puasa ialah dengan turut meninggalkan mengumpat, adu domba, mencela, memaki hamun, perkataan dan tulisan jelik, mendengar muzik, melihat benda-benda haram di samping hal-hal tiada faedah dan perkara-perkara haram lain. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الْأَكْلِ وَالشُّرْبِ، إِنَّمَا الصِّيَامُ ‌مِنَ…