|

TIADA KEBAIKAN KECUALI NABI ﷺ SUDAH AJAR

Tiada kebaikan dan amal ibadah yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada keburukan yang membawa manusia ke neraka melainkan baginda ﷺ sudah larang.

Sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى ‌الْجَنَّةِ إِلَّا قَدْ ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، وَلَا عَمَلٌ يُقَرِّبُ إِلَى النَّارِ إِلَّا قَدْ نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ.

“Tiada amalan yang mendekatkan ke syurga melainkan aku telah perintahkan kalian melaksanakannya, dan tiada amalan yang mendekatkan ke neraka melainkan aku telah melarang kalian daripadanya.”

[Sahih. Riwayat al-Hakim]

Oleh itu, Muslim disuruh supaya menerima segala yang telah diajar oleh Nabi ﷺ manakala apa yang dilarang oleh baginda ﷺ wajib dijauhi dan ditinggalkan.

Firman Allah ﷻ:

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْ

“Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.”

[Al-Quran, al-Hasyr, 59:7]

Sabda Nabi ﷺ:

مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا، وَمَا ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، فَخُذُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ.

“Apa yang aku larang atas kalian maka tinggalkanlah, dan apa yang aku suruh kalian melakukannya maka laksanakanlah ia dengan sedaya upaya.”

[Sahih. Riwayat Imam Ahmad]

Justeru segala kebaikan ialah apa yang telah diajarkan oleh Nabi ﷺ.

Adapun sesuatu amalan yang tidak pernah diajar oleh baginda ﷺ, tidak dilakukan oleh para Sahabat ataupun ketiga-tiga generasi Salaf al-Soleh maka yakinlah bahawa ia buruk dan tidak baik.

Kerana jika baik pasti mereka telah mendahului umat Islam lain melaksanakannya.

Segala kebaikan ialah dengan mengikuti Salaf al-Soleh, dan segala keburukan ialah dengan menyalahi jalan mereka.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Syaaban 1445H
24 Februari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    ROKOK HARUS?

    Semalam tular poster fatwa yang agak mengelirukan tentang hukum merokok Merokok dalam keadaan tertentu adalah harus, menurut poster itu. Perlu ditegaskan bahawa fatwa sebegini jelas bertentangan dengan realiti dan hukum syarak. Rata-rata majlis fatwa dunia sama ada di Arab Saudi, Mesir atau Jordan semuanya mengharamkan rokok kerana mudaratnya yang jelas….

  • |

    Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut.

    “Merebut balik nyawa seseorang dari cengkaman malaikat maut”. Kenyataan ini sewajarnya diperbetulkan kerana ajal setiap manusia telah pun ditetapkan dan tiada sesiapa pun yang dapat mempercepatkannya ataupun menangguhkannya. Allah ﷻ berfirman: وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلࣱۖ فَإِذَا جَاۤءَ أَجَلُهُمۡ لَا یَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةࣰ وَلَا یَسۡتَقۡدِمُونَ. “Dan bagi setiap umat ada tempoh (yang telah…

  • |

    USTAZ ZAINUL ASRI: TAUBAT TANPA TAUBAT

    – Isu Inkarnasi Perpindahan Roh Alhamdulillah. Ustaz Zainul Asri telah menarik balik kenyataan beliau tentang inkarnasi perpindahan roh dari jasad ke jasad lain. https://www.facebook.com/watch/?v=1033385820715926 Beliau berkata: “Saya tidak mahu memanjangkan isu (ini). Saya tarik balik kenyataan itu. Dan saya mengatakan bahawa saya pun tak tahu. (Ia) bukan kenyataan saya (dan)…

  • |

    BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…