|

‘KEADILAN’ BARAT

Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’.

Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara.

Itu hukumannya.

Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup.

Disediakan buat pesalah itu makan minum, pakaian, tempat tinggal, kawalan keselamatan 24 jam dan kebajikan lain secara percuma untuk sepanjang baki umurnya.

Dan keseluruhan kosnya akan ditanggung oleh penduduk negara berkenaan, para pembayar cukai.

Inilah keadilan dan kemanusiaan menurut Barat.

Jika diamati, sistem mereka ini lebih berpihak kepada penjenayah manakala masyarakat awam pula dipaksa menanggung bebannya.

Apa yang pasti sejak pemansuhan hukuman bunuh ini, kes-kes jenayah berat dan lain terus bertambah di negara-negara Barat.

Justeru ditegaskan sama sekali ini bukan keadilan.

Malah inilah definisi ketidakadilan serta kegagalan sistem mahkamah dan perundangan.

Dalam Islam, adanya hukuman qisas timbal balas termasuklah dalam kes-kes bunuh di mana membunuh dibalas bunuh, nyawa dibalas dengan nyawa, sehinggakan Allah ﷻ berfirman:

وَلَكُمۡ فِي ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٞ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ

“Dan dalam hukuman qisas itu ada jaminan kehidupan bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:179]

Inilah kemuncak keadilan, kemanusiaan dan kebijaksanaan yang sebenarnya, mengikut apa yang digariskan oleh hukum syariat.

Syukur atas nikmat Islam.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Syaaban 1445H
19 Februari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    BUAT BIDAAH BERDOSA?

    – “Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!” Dalam Musannaf Abdul Razak, ulama besar Tabiin, Saeed bin al-Musayyib melihat seorang lelaki memperbanyakkan solat sunat selepas terbit fajar maka beliau menegurnya. ——————- Tegahan Solat Sunat Lebih Dua Rakaat Sebelum Fardu Subuh: SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH ——————- Lelaki itu…

  • |

    ZIKIR ‘HA HA HA’ (BUKAN KETAWA)

      – Versi terkini selepas zikir ‘Hu Hu Hu’ Beberapa bulan lepas hangat diperkatakan di media sosial tentang kewajaran berzikir dengan menyebut ‘Hu Hu Hu’ yang diketengahkan oleh sesetengah pihak sehingga ada yang menulis kitab mempertahankannya. Siapa sangka bahawa zikir pelik ini tidak akan berhenti di situ malah akan terus…

  • |

    PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

    Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam. Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya. Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Firman Allah ﷻ: قُل لَّا…

  • |

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM Seruan ini selari dengan prinsip ‘Walak dan Barak’ yang ditetapkan oleh Syariat. Ia bertunjangkan kepada iman dan menjadi manifestasi ikatan ukhuwah sesama saudara Muslim. Walak ialah kecintaan kepada orang-orang beriman kerana keimanan mereka, membantu, menolong dan mempertahankan mereka serta menunaikan segala hak yang berkaitan dengan sesama saudara…

  • |

    JANGAN LAMA ‘BERSHOPPING’ SEHINGGA KEDAI HAMPIR TUTUP

    JANGAN LAMA ‘BERSHOPPING’ SEHINGGA KEDAI HAMPIR TUTUP Tidak kira sama ada di ‘shopping complex’ ataupun di mana-mana pasar. Daripada Salman Al-Farisiy RA , beliau berkata: لَا تَكُونَنَّ إِنِ اسْتَطَعْتَ، أَوَّلَ مَنْ يَدْخُلُ السُّوقَ وَلَا آخِرَ مَنْ يَخْرُجُ مِنْهَا، فَإِنَّهَا مَعْرَكَةُ الشَّيْطَانِ، وَبِهَا يَنْصِبُ رَايَتَهُ “Jika kamu mampu maka janganlah menjadi…

  • |

    JIHAD BERSAMA SYIAH IRAN

    Tiada dalam sejarah Islam di mana Syiah Rafidah membantu Islam dan kaum Muslimin. Apa yang pernah berlaku ialah sebaliknya. Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah: “Tiada dalam kalangan ulama fikah yang menjadi rujukan kaum Muslimin terdiri daripada kalangan orang-orang Syiah Rafidah. Demikian halnya dengan para ulama hadis, tokoh-tokoh yang zuhud dan…