|

KAEDAH BERUMAH TANGGA

Cara interaksi suami dengan isteri.

Ketika di hadapan mentua:

Hendaklah suami memuji dan berterima kasih kepada isteri.

Ketika di hadapan ibu bapa suami:

Hendaklah suami menghargai dan menghormati isteri.

Ketika di hadapan anak-anak:

Hendaklah suami meninggikan kedudukan isteri dan memuliakannya.

Ketika berseorangan dengan isteri:

Hendaklah suami menasihati isteri dan menegurnya.

Demikian sebaliknya cara interaksi isteri dengan suami.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِي عَلَيۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ

“Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 1:228]

Keluarga bahagia masyarakat berjaya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Jamadilakhir 1445H
14 Disember 2023
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    GELARAN NAMA ABU

    Gelaran ‘Abu’ pada pangkal nama seseorang disebut kun’yah dalam bahasa Arab. Amalan ini sudah bermula sejak awal pada zaman Rasulullah ﷺ. Kun’yah Nabi ﷺ ialah Abu al-Qasim. Ramai mungkin tidak tahu bahawa nama Abu Bakar al-Siddiq ialah kun’yah beliau sedangkan nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Demikian sahabat bernama…

  • |

    ARAK HALAL?

    ARAK HALAL? Di antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya minum arak atas nama bukan arak. Sabda Nabi ﷺ: إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنا ويشرب الخمر. “Sesungguhnya di antara tanda (hampirnya) Hari Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina dan minum arak berleluasa”. Sahih. Riwayat…

  • BERGURAU MELEMPAR KULIT TEMBIKAI

    – Anjuran Bergurau Senda – Perbuatan Sahabat Nabi ﷺ Daripada Bakr bin Abdullah RA, katanya: كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَتَبَادَحُونَ بالبَّطِيخ، فإِذا كَانَت الحَقَائِقُ كَانُوا هُمُ الرِّجَالُ. “Dahulu para Sahabat Nabi ﷺ saling melempar menggunakan (kulit) tembikai (untuk bergurau) sedangkan dalam situasi serius merekalah lelaki sejati.” [Sahih….

  • |

    HAKIKAT ERTI SYUKUR

    Mensyukuri nikmat ialah dengan mengakui nikmat dan Pemberi nikmat dengan tunduk, merendah diri dan cinta kepadaNya. Orang yang tidak mengakui nikmat tidak akan mensyukurinya. Demikian orang yang mengakui nikmat tetapi tidak tahu pemberinya tidak akan bersyukur kepadaNya. Adapun orang yang tahu nikmat dan tahu Pemberi nikmat tetapi tidak mengakuinya maka…