|

MAKAN GUNA SUDU

Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan.

Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ.

Kata Kaab bin Malik:

رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها.

“Aku melihat Rasulullah ﷺ makan menggunakan tiga jari lalu setelah selesai baginda menjilatnya.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Kata Ibnu Muflih (wafat 763H):

“Sunahnya makan guna tangan, sedangkan orang yang guna sudu telah meninggalkan apa yang lebih utama sekalipun dia tidak berdosa memandangkan makan guna tangan hukumnya sunat, bukan wajib.”

Oleh itu, makan guna sudu tercela jika orangnya rasa bangga dan mahu tasyabuh (menyerupai) orang kafir.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

‌وَمَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.

“Barang siapa tasyabuh (menyerupai) sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Hadis di atas merupakan ancaman ke atas Muslim supaya tidak menyerupai orang-orang fasik dan kafir.

KESIMPULAN

Makan guna sudu hukumnya harus tetapi afdalnya guna tangan. Ini kerana demikian ialah cara makan Nabi ﷺ. Tambah pula, orang-orang kafir Barat pada hari ini memang makan guna sudu dan mereka sedaya upaya elak daripada menggunakan tangan kerana menganggapnya tidak beretika dan tidak bersih. Fahaman ini batil dan Muslim disuruh supaya sedaya upaya menyalahi orang-orang kafir. Adapun jika terpaksa menggunakan sudu atau garpu kerana mahu menjamah mi, menghirup sup, yogurt dan seumpamanya maka itu tiada masalah kerana ia diharuskan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Jamadilawal 1445H
27 November 2023

Similar Posts

  • |

    KHIANAT DIRI SENDIRI

    – Maksud ‘Ikhtian’ Seperti mana seseorang itu boleh mengkhianati orang lain dia juga boleh mengkhianati dirinya sendiri. Dengan menjebakkan diri dalam maksiat. Sedangkan maksiat merupakan asbab yang menyebabkan seseorang itu dihumban ke dalam api neraka, nauzubillah. Maka dengan perbuatan maksiat seseorang itu sebenarnya menganiaya dirinya sendiri serta mendatangkan kecelakaan ke…

  • |

    ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL

    ADEGAN LUCAH HOMOSEKSUAL Sumber-sumber menunjukkan bahawa kebelakangan ini adegan-adegan lucah homoseksual semakin agresif ditayangkan dalam filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen bersiri dari Barat. Masyarakat perlu sedar bahawa rancangan-rancangan ini bukan untuk hiburan semata-mata, sebaliknya ia merupakan satu bentuk indoktrinasi secara halus. Strategi indoktrinasi ini telah berjaya di Barat dan kini sedang…

  • |

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP? Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata. Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak. Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain. Sabda Nabi: “Kahwinilah kamu…

  • |

    MENGALIHKAN GANGGUAN ATAS JALAN

    – Tanda-tanda orang beriman Mengalihkan gangguan dari atas jalan ialah sebahagian daripada iman. Ia merupakan tanda bahawa orangnya beriman; beriman dengan Allah ﷻ dan Hari Akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ: الْإِيمَانُ بضع وَسَبْعُونَ شُعْبَة فَأفْضَلُهَا: قَولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا: إِمَاطَةُ ‌الْأَذَى ‌عَنِ ‌الطَّرِيقِ وَالحَياَءُ شُعْبَة مِنَ الإيمَانِ….

  • |

    MAKSIAT TETAP MAKSIAT – TETAPI JANGAN TERPEDAYA DENGAN MUSUH

    MAKSIAT TETAP MAKSIAT – TETAPI JANGAN TERPEDAYA DENGAN MUSUH Ya, kita tegaskan maksiat tetap maksiat tidak kira di mana dan oleh siapa. Hanya sahaja Umat Islam perlu bijaksana menilai dan memahami berita-berita yang disebarkan lebih-lebih lagi melalui media sosial yang tidak diketahui hujung pangkalnya, agar tidak terpedaya dengan muslihat dan…

  • |

    TERAPI AL-FATIHAH?

    – Hidupkan al-Sunah – Jauhi tokok tambah – ‘Doa Perlindungan Anak’ Ada ustazah menyarankan ‘Terapi al-Fatihah’ buat anak sebelum ke sekolah iaitu dengan cara menyapu muka anak dan memeluknya dengan membaca al-Fatihah. Hasil terapi ini menurut ustazah itu wajah anak akan berseri dan gembira ke sekolah di samping mendapat perlindungan…