| |

KENYATAAN PIMPINAN IKHWANUL MUSLIMIN & HAMAS TENTANG JIHAD DI PALESTIN

Ramai mungkin tidak tahu bahawa rata-rata pimpinan Kumpulan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan Gerakan Hamas di Palestin berterus terang mengakui bahawa pertembungan mereka dengan Yahudi di Palestin bukanlah atas faktor perbezaan agama sebaliknya kerana isu perebutan tanah.

Kata Hasan al-Banna,
Pengasas Ikhwanul Muslimin
(meninggal 1949):

إنّ خُصُومَتَنَا لِلْيَهُود لَيْسَتْ دِينِيّة، لِأنّ القُرآن الكَرِيم حَضّ عَلى مُصَافَحَتِهم وَمُصَادَقَتِهم.

“Sesesungguhnya perseteruan kami dengan Yahudi bukanlah kerana agama memandangkan Al-Quran menyarankan supaya kita berbaik-baik dan berkawan dengan mereka.”

[al-Ikhwan al-Muslimun,
Mahmud Abdul Halim, 1/409]

Kata Dr. Yusof al-Qaradawi,
Penasihat Ikhwanul Muslimin
(meninggal 2022):

جِهَادُنَا مَعَ اليَهُودَ لَيْس لِأنّهُم يَهُود وَلا نَرى هَذا! نَحْنُ لا نُقَاتِل اليَهُود مِن أجْل العَقِيدَة؛ إنَما نُقَاتِلهُم مِن أجْل الأرْضِ، وَلا نُقاتِل الكُفّار لأنَهُم كُفّار؛ وَإنما لأنَهُم اغْتَصبُوا أرْضَنا وِدِيارَنا وَأخَذوهَا بِغَير حَق.

“Peperangan kami dengan orang-orang Yahudi bukan kerana mereka Yahudi. Kami tidak memerangi mereka kerana akidah. Sebaliknya kami berperang dengan mereka kerana tanah. Demikian kami tidak memerangi mereka kerana mereka kafir. Tetapi kerana mereka telah merampas tanah tempat tinggal kami. Mereka mengambilnya tanpa hak.”

[al-Ummah al-Islamiyyah
Haqiqah La Wahm,
al-Qaradawi, hlm. 70]

Menurut Syeikh Ahmad Yasin,
Pengasas Hamas
(meninggal 2004):

إحنا بنطلب حقنا، ما بنطلب أكثر من حقنا، إحنا ما بنكره اليهود وما نقاتل اليهود لأنهم يهود، إحنا بنحب كل الأديان، فلما اليهودي يأخذ أرضي ويطردني أنا بقاتله، أنا ما بقاتل أمريكا ولا بريطانيا ولا كل الناس الأخرى.

“Kami sekadar menuntut hak kami. Tidak lebih daripada itu. Kami tidak membenci orang-orang Yahudi dan tidak memerangi mereka kerana mereka orang-orang Yahudi. Sebaliknya kami mencintai semua agama. Tetapi apabila orang Yahudi mengambil tanah aku dan menghalau aku maka akan memeranginya. Aku tidak memerangi Amerika, Britain ataupun orang-orang lain.”

[Haqiqat al-Jihad Fi Falastin,
Saad al-Za’tarai, hlm. 234]

Kata Salah Shehadeh,
Pengasas Sayap Ketenteraan Hamas,
kini dikenali sebagai
Brigedier al-Qassam
(meninggal 2002):

إنّنَا لا نُقَاتل اليَهُود لأنّهم يَهُود، وَإنّما نُقاتِلَهم لأنّهم مُحْتَلُّون لأرْضِنَا، وَلا نُقَاتِلَهم لِعَقِيدَتهِم، وَإنّما نُقاتِلهُم لِأنّهم اغْتَصَبُوا أرضَنَا.

“Kami tidak memerangi orang-orang Yahudi kerana mereka orang Yahudi. Sebaliknya kami memerangi mereka kerana mereka telah menjajah negara kami. Kami tidak memerangi mereka kerana akidah mereka. Tetapi kerana mereka telah merampas tanah kami.”

[https://www.aljazeera.net/programs/today-interview/2004/6/4/صلاح-شحادة-حركة-حماس-شهادة-تاريخية]

CATATAN

Jihad fisabilillah tidak boleh dengan niat untuk dapat ghanimah rampasan, asabiah perkauman atau menzahirkan keberanian.

Jihad haruslah dengan niat untuk meninggikan kalimah Allah dan menegakkan agama Islam semata-mata.

Dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, daripada Abu Musa RA, seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dan berkata “Seseorang itu berjuang untuk mendapat ghanimah, seorang yang lain berjuang untuk menempah nama dan seorang lagi pula berjuang supaya orang lain dapat melihat kehebatannya. Siapakah daripada kalangan mereka yang berjihad fisabilillah? Jawab Nabi ﷺ “Barang siapa berjuang untuk meninggikan kalimah Allah maka dialah orang yang berjihad fisabilillah.”

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Rabiulakhir 1445H
01 November 2023

Similar Posts