|

MENJAUHI FITNAH AKHIR ZAMAN

Fitnah dengan erti cubaan dan ujian serta keburukan dan bencana.

Sabda Nabi ﷺ:

سَتَكُونُ ‌فِتَنٌ، ‌الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ.

“Akan berlaku fitnah, orang yang duduk lebih baik daripada yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari. Barang siapa mencari fitnah maka dia akan dia akan terkena pahitnya sedangkan barang siapa mendapati tempat berlindung maka hendaklah dia berlindung dengannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Penjelasan Nabi ﷺ tentang banyaknya cubaan dan ujian yang akan timbul di akhir zaman, peperangan dan pertelingkahan antara banyak pihak yang bertelagah sehingga dalam kabus persengketaan itu Muslim boleh jadi keliru akan mana yang benar dan mana yang salah, siapa yang jujur dan siapa yang berbohong.

Justeru akhirnya tiada jalan bagi Muslim kecuali menyelamatkan dirinya dan ahli keluarganya dengan tidak melibatkan dirinya dalam kancah huru-hara itu dan tidak menjerumuskan dirinya dalam hal-hal samar-samar yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

Semoga Allah ﷻ selamatkan kita daripada cubaan dan ujian fitnah akhir zaman yang zahir dan yang tersembunyi.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
22 Rabiulawal 1445H
08 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI

    MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI Video seperti ini jelas mahu memburuk-burukkan kerajaan Arab Saudi, menimbulkan kebencian Umat Islam terhadap mereka, dengan menampakkan seolah-olah salah seorang pegawai kerajaan mereka dihalau oleh penduduk Islam Palestin. Akhirnya ramai yang mungkin percaya dan terpedaya. Betapa mudahnya masyarakat Islam diperalatkan. Akhirnya dengan tangan-tangan orang Islam…

  • |

    KARIKATUR HINA NABI

    KARIKATUR HINA NABI Perbuatan orang-orang kafir menghina Nabi ﷺ bukanlah suatu yang baharu. Hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ di mana orang-orang kafir Mekah mengejek mengatakan bahawa Nabi ﷺ seorang ahli sihir, penyair, tukang ramal, pembohong dan sebagainya. Ternyata bahawa Nabi ﷺ bersabar menghadapinya dan tidak terburu-buru melatah memberi…

  • |

    ‘WAHN’ vs WUHAN

    ‘WAHN’ vs WUHAN Antara dua saranan: 1. SARANAN MENGELAK JANGKITAN KORONAVIRUS Elakkan berjabat tangan. 2. SARANAN MENGELAK AZAB API NERAKA Elakkan berjabat tangan dengan wanita bukan mahram. RENUNGAN: Antara dua saranan ini yang manakah yang lebih penting dan lebih bahaya? Jangan terkejut sekiranya KEBANYAKAN ORANG memilih SARANAN PERTAMA. Sedangkan Nabi…

  • |

    BERDIAM DIRI TIDAK MELARANG TOKOK TAMBAH DALAM AGAMA

    Orang yang berdiam diri membiarkan perkara-perkara tokok tambah dalam agama diamalkan tanpa melarangnya sebenarnya telah mengabaikan tanggungjawab nahi mungkar sekalipun dalam masa yang sama dia mengajak masyarakat kepada kebaikan (amar makruf). Ini kerana Muslim bukan hanya diwajibkan amar makruf (mengajak kepada kebaikan) malah diperintahkan supaya menunaikan tanggungjawab nahi mungkar. Sebagaimana…

  • | |

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG?

    BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG? Berlegar di media sosial video sebahagian yang menukilkan sebuah hadis dengan lafaz: “JIKA TERBIT BINTANG MAKA AKAN DIANGKAT PENYAKIT DARIPADA PENDUDUK SEMUA NEGERI.” Untuk makluman, hadis ini DAIF. Perbahasan Tentang Perawi & Lafaz Hadis: Lafaz hadis: إذَا طَلَعَ النَّجْمُ رُفِعَت العَاهَة عَنْ أهْلِ كُلِّ بَلَدٍ. “Jika…