Cetakan kedua Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi

Alhamdulillah, buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi yang diterbitkan beberapa bulan lepas telah mendapat sambutan menggalakkan daripada para pembaca. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Maklum balas yang diterima setakat ini positif di mana rata-rata menyuarakan kesukaan mereka dengan format bukunya yang ringkas dan mudah menggunakan kaedah poin-poin serta laras bahasa yang senang difahami.

Ramai memuji kulit bukunya yang keras dan muka depannya yang cantik dengan tulisan berkilat dan timbul. Terima kasih kepada pereka bentuk kulitnya, Karya PiS.

Memandangkan stok sedia ada sudah habis dan bersempena dengan Kempen Sebar Hadis 40 kepada sekolah-sekolah tahfiz seluruh negara yang dilancarkan minggu lalu saya berhasrat untuk mengeluarkan cetakan kedua buku ini setelah dibuat penambahbaikan dan beberapa pembetulan ejaan serta penambahan maklumat.

Penghargaan buat al-Fadhil al-Habib Dr. Fadlan Mohd Othman hafizahullah yang sudi memberi kata-kata aluan dalam cetakan kedua ini. Jazakumullah khaira DFO.

Dijangka proses cetakan mengambil masa dua minggu. Semoga dipermudahkan.

Sabda Nabi ﷺ:

قَيِّدُوا ‌الْعِلْمَ بِالْكِتَابِ.

“Tambatkan ilmu dengan kitab.”

[Sahih. Jamik al-Ilm oleh Ibnu Abdul Bar]

Maksud hadis di atas Muslim bukan sahaja disuruh supaya menuntut ilmu agama malah turut diperintahkan supaya memastikan ilmu yang dipelajari itu direkodkan dalam bentuk tulisan, agar tidak luput daripada ingatan.

Dengan kata lain, setiap Muslim perlu menambat ilmu yang dipelajarinya dengan mendapatkan kitab-kitab para ulama manakala buku Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi ini merupakan buku permulaan yang sangat baik untuk mempelajari asas-asas agama bagi merealisasikan aspirasi Khayra Ummah.

Buat mereka yang berminat, terutamanya yang belum memiliki buku ini, pesanan boleh dibuat dengan menekan pautan di bawah:

https://idrissulaiman.com/product/syarah-hadis-40-imam-al-nawawi/

Atau berhubung langsung dengan saudara Thalhah melalui pautan WhatsApp:

http://www.wasap.my/601128209625/

Jazakumullahu khaira atas sokongan yang diberikan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Rabiulawal 1445H
05 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    MATI ATAS AL-SUNAH

    Kata al-Marrudzi (wafat 275H): “Aku bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): Adakah orang yang mati atas Islam dan al-Sunah mati dalam keadaan yang baik?” Imam Ahmad menjawab: “Diam engkau! Bahkan dia telah mati dalam keadaan yang terbaik.” [al-Siyar oleh al-Dzahabi, 11/296] Dr. Idris bin SulaimanKajang27 Rabiulawal 1445H13 Oktober 2023

  • |

    DOA ALIH HUJAN

    Apabila turun hujan dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌صَيِّبًا ‌نَافِعًا “Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang membawa manfaat.” [Sahih. Riwayat Bukhari] Tetapi andainya hujan terlalu lebat sehingga dikhuatiri berlaku mudarat banjir, tanah runtuh dan sebagainya maka dianjurkan berdoa: اللَّهُمَّ ‌حَوَالَيْنَا ‌وَلَا ‌عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ “Ya Allah,…

  • |

    RUMAH PELACURAN: NAS AL-QURAN & HADIS VS KENYATAAN ARTIS

    Rumah pelacuran perlu ada, elak kes rogol – artis. Firman Allah “Jangan kamu dekati zina” (17:32) Sabda Nabi “Di antara tanda Hari Kiamat: Ilmu diangkat manakala kejahilan, minuman arak dan zina berleluasa” (Bukhari). Keampunanmu, ya Allah. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Jamadilakhir 1445H11 Januari 2024

  • |

    ALLAHYARHAM USTAZ RASUL DAHRI

    Ramai terkejut mendapat khabar duka petang semalam. Allahyarham Ustaz Rasul bin Dahri, guru yang banyak berjasa lebih tiga dekad, tokoh pejuang al-Sunah yang gigih menyampaikan dakwah Salaf al-Soleh di Malaysia sudah pergi menghadap Ilahi. Sudah beberapa tahun beliau kurang sihat tetapi tiada sesiapa menyangka bahawa beliau akan pergi begitu cepat…

  • | |

    VIDEO TULAR: “BANYAK PERSAMAAN ISLAM DENGAN AGAMA LAIN”??

    Tular semalam video sekumpulan orang Islam melawat sebuah rumah ibadat di ibu negara. Rentetan lawatan itu salah seorang pesertanya dengan teruja membuat kenyataan berkata: “Banyak persamaan antara agama Islam dengan agama lain.” Perlu ditegaskan bahawa lawatan seperti ini batil dan sangat tidak wajar. Masakan sama antara intan dengan kaca. Masakan…

  • SYARAT-SYARAT & HALANGAN-HALANGAN HUKUMAN KAFIR

    Kerana sabda Nabi ﷺ: رُفِعَ ‌الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحتَلِم وَعَنِ المجْنُونِ حَتَّى يَعْقِل. “Diangkat pena buat tiga golongan; orang yang tidur sehingga dia terjaga, anak kecil sehingga dia baligh dan orang gila sehingga dia berakal.” [Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 4403] Firman Allah…