|

PAKAIAN WANITA SOLEHAH

Ternyata bukan semua wanita bertudung solehah tetapi semua wanita solehah bertudung dan berjilbab.

Tudung ialah kain penutup kepala bagi wanita sedangkan jilbab ialah pakaian longgar yang memenuhi keperluan mereka menutup aurat.

Perbuatan menzahirkan maksiat dan melakukannya secara terbuka dan terang-terangan ialah satu perkara besar yang tidak patut dipandang ringan.

Terdapat dua golongan manusia yang Nabi ﷺ belum pernah melihat mereka, dan baginda ﷺ menjelaskan bahawa salah satunya ialah:

نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهم كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا.

“Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya (menggoda lelaki ke arah melakukan zina). Kepala mereka mempunyai sanggul seperti bonggol unta yang senget (supaya orang ramai kagum dengan mereka). Mereka tidak akan dapat masuk syurga dan tidak akan menghidu baunya.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Perintah atas Muslimah supaya menutup aurat dan memastikan pakaiannya sewaktu keluar rumah longgar dan tidak jarang telah pun dijelaskan dalam firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ قُل لِّأَزۡوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّۚ ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡن

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh badan (semasa keluar rumah); cara yang demikian lebih sesuai supaya mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) dan dengan itu mereka tidak diganggu.”

[Al-Quran, al-Ahzaab, 33:59]

Justeru antara ciri-ciri pakaian wanita solehah ialah pakaian labuh yang menutup seluruh tubuh, tidak ketat menampakkan rupa bentuk badan dan tidak pula jarang, di samping tidak tasyabuh menyerupai pakaian orang-orang fasik dan orang-orang yang tidak beriman.

CATATAN

Sama ada muka dan kedua-dua tapak tangan perempuan aurat atau tidak, ada khilaf ulama. Tetapi kedua-dua kaki wajib ditutup tanpa khilaf. Bahagian bawah dagu pula sebetulnya aurat maka perlu ditutup.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Rabiulawal 1445H
02 Oktober 2023

Similar Posts

  • |

    MAJORITI AHLI SYURGA & AHLI NERAKA

    Sabda Nabi ﷺ: اطَّلَعْتُ ‌فِي ‌الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ، وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. “Aku melihat ke dalam syurga lalu aku dapati kebanyakan penghuninya orang-orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka lalu aku dapati kebanyakan penghuninya ialah wanita.” [Sahih. Riwayat Bukhari (3241) & Muslim (2737)] Orang-orang…

  • |

    SATIRA BUKAN JENAYAH?

    SATIRA BUKAN JENAYAH? # Satire Is Not A Crime? Satira menurut kamus bermaksud mempersendakan atau menyindir orang lain. Kedua-dua maksud ini menjurus kepada erti mengejek dan menghina. Sejauh mana hal ini dibenarkan? Tindak-tanduk seorang Muslim seharusnya bukan sekadar terbatas kepada apa yang dibenarkan oleh undang-undang manusia sebaliknya apa yang lebih…

  • |

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM Seruan ini selari dengan prinsip ‘Walak dan Barak’ yang ditetapkan oleh Syariat. Ia bertunjangkan kepada iman dan menjadi manifestasi ikatan ukhuwah sesama saudara Muslim. Walak ialah kecintaan kepada orang-orang beriman kerana keimanan mereka, membantu, menolong dan mempertahankan mereka serta menunaikan segala hak yang berkaitan dengan sesama saudara…

  • | |

    KEKUATAN BERBAHAS

    KEKUATAN BERBAHAS Kekuatan seseorang itu berbahas tidak diukur dengan hanya membawa maklumat dan memperbanyakkannya di samping menghafal dalil dan mengemukakannya. Sebaliknya dengan sejauh mana kuatnya dalil yang digunakan, cara penyampaiannya serta melazimi metode ilmu dalam perbincangan dan sanggahan. CATATAN Bagaimana jika suatu permasalahan Agama itu hanya ditegakkan dengan andaian dan…

  • |

    PENGHARGAAN

    Tiga tahun lalu pihak TheNoor telah meminta supaya saya sediakan audio bacaan hadis-hadis buku Hadis 40 karangan Imam al-Nawawi dalam bahasa Arab, Melayu dan Inggeris. Alhamdulillah kini buku syarahnya pula telah berjaya diterbitkan sebagai pelengkap buat audio bacaan hadis-hadis ini. Sambil mendengar bacaan hadisnya melalui aplikasi TheNoor pengguna boleh melihat…