| |

HAKIKAT HABIB UMAR

Ada yang berpandangan bahawa Habib Umar Muhammad Hafiz bukan calang-calang tokoh tetapi seorang ilmuwan yang sangat istimewa kerana beliau merupakan ulama pilihan Allah yang menjadi mujaddid pada zaman ini.

Malah beliau sampai dinobatkan sebagai ‘wakil Rasulullah’ buat manusia hari ini.

Pujian melambung diberikan kepada beliau.

Tinggal lagi adakah ia benar?

Hakikatnya mungkin ramai tidak tahu bahawa Habib Umar sangat bermasalah dari sudut akidah dan pegangan kerana membawa banyak ajaran yang menyalahi akidah Ahli Sunah Wal Jemaah seperti mengharuskan perbuatan meminta tolong daripada guru-guru yang sudah meninggal dunia, pergi ke kubur melakukan ritual-ritual tertentu yang banyak berlaku di negara asal beliau, Yaman, menggantung potret-potret syeikh di dinding dengan tujuan mengambil berkat dan supaya dapat khusyuk dalam solat di samping banyak penyimpangan lagi.

Malah dalam satu video beliau dikatakan telah melihat Rasulullah ﷺ hadir secara jaga (bukan dalam mimpi) dalam majlis semasa beliau sedang membaca doa di hadapan khalayak sampai mata beliau terbeliak.

Cuma peliknya dalam kejadian itu hanya beliau seorang yang dapat melihat Rasulullah walhal ramai orang lain yang turut berada dalam majlis itu.

Pegangan beliau jelas boleh merosakkan akidah.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Zulkaedah 1444H
27 Mei 2023

Similar Posts

  • | |

    KELEBIHAN TAUHID & BAHAYA SYIRIK

    Barang siapa mati dalam keadaan tidak berbuat syirik kepada Allah ﷻ akan masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan berbuat syirik kepadaNya ﷻ akan masuk neraka walaupun dia daripada kalangan orang yang banyak beribadah. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ لَقِيَ اللهَ وَهُوَ لا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا دَخَلَ الجَنَّةَ وَمَنْ لَقِيَهُ…

  • |

    HUKUM MENCIUM KAKI ULAMA

    – Perbuatan tunduk sujud kepada manusia – Pengikut Tarekat Naqsyabandiah Memberhalakan Guru Mereka? Dalam tulisan sebelum ini saya sengaja tidak membahaskan permasalahan mencium kaki ulama kerana melihat adanya keluasan dalam perkara ini. JAWAPAN KEPADA PENJELASAN TENTANG TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH Tetapi apabila melihat kecenderungan sebahagian pihak gigih mempertahankan amalan yang dilakukan…

  • |

    PRODUK-PRODUK KHURAFAT

    PRODUK-PRODUK KHURAFAT # Amalan dan kepercayaan melanggar syariat # Produk mempunyai ‘kelebihan’ tertentu Kepercayaan khurafat sering dikaitkan dengan masyarakat kampung dahulu yang kurang pendidikan. Tetapi realitinya kepercayaan khurafat masih subur dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam negara dan antaranya ialah melalui penggunaan produk-produk tertentu seperti minyak wangi dengan kepercayaan bahawa produk…

  • |

    PENUNGGANG TASBIH

    Jika meminta mintalah daripada Allah, jika bergantung bergantunglah kepada Allah dan jika berharap berharaplah daripada Allah. Menganggap biji tasbih mempunyai kelebihan dan keistimewaan tertentu hanya akan membawa kepada khurafat dan penyelewengan dalam Agama. “Hanya kepadamu kami sembah dan hanya kepadamu kami memohon pertolongan”. Al-Fatihah, 4. Daripada Allah jua kita memohon…

  • | | |

    AHLI SUNAH SEJATI

    Pengikut Ahli Sunah berusaha untuk beramal dengan al-Sunah, sedangkan lawan mereka sedaya upaya mahu ketepikan al-Sunah atas alasan pendapat mazhab, tokoh, meraikan khilaf, hujah akal dan sebagainya. Firman Allah: فَإِن تَنَـٰزَعۡتُمۡ فِی شَیۡءࣲ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِ. “Jika kalian berselisih dalam sesuatu perkara, maka…