|

PROPAGANDA MEMBURUKKAN ARAB SAUDI

Ramai bertanya tentang sebuah video tular kononnya kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan sekatan-sekatan baharu bagi bulan Ramadan nanti.

Jawapan ringkas saya:

Berita yang telah dimanipulasikan bagi memburuk-burukkan kerajaan Islam di sana.

Propaganda murahan oleh pembenci-pembenci.

Usah mengumpul dosa-dosa kering dengan berita-berita sampah sebegini.

Muslim seharusnya tabayun dahulu sebelum menerima dan menyebarkan mana-mana berita khususnya dari sumber-sumber yang tidak dikenali.

Firman Allah ﷻ:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.”

[Al-Quran, al-Hujuraat, 49: 6]

Wallahul mustaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Syaaban 1444H
11 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    MAJLIS KAHWIN ANAK PEREMPUAN

    Alhamdulillah, semalam telah pun berlangsungnya perkahwinan anak perempuan sulung dengan pasangannya Khairussalam Abd Latib di tempat tinggal keluarga lelaki, Batu Pahat. Syukur majlis berjalan lancar dan baik dengan tazkirah istimewa disampaikan oleh Ustaz Abu Furaihan. Terima kasih Ustaz kerana sudi datang dari jauh seberang. Penghargaan serta ucapan terima kasih buat…

  • |

    ANDA HARAPAN TERAKHIR KAMI?

    Muslim yakin dan beriman dengan Allah ﷻ selaku al-Khaliq dan al-Razzaq, Yang Maha Perkasa lagi Maha Memberi. Segala sesuatu di bawah kuasa dan ketentuanNya. Tidak ada yang dapat menghalang apa yang diizinkan oleh Allah ﷻ, dan tidak ada yang dapat memberi apa yang dihalangNya. Allah ﷻ jualah yang memberi segala…

  • |

    MADINAH TETAP BUMI SUCI

    MADINAH TETAP BUMI SUCI Ada yang berkongsi berita bahawa Pertubuhan Kesihan Sedunia (WHO) memperakui bumi Madinah Nabi ﷺ sebagai antara bandar paling sihat di dunia. Sumber: https://origin.bharian.com.my/dunia/asia/2021/01/779344/madinah-antara-bandar-paling-sihat-di-dunia Seolah-olah ia satu kebanggaan buat Muslim apabila bumi Nabi ﷺ ini diiktiraf oleh Pertubuhan dunia ini. Musykil. Sebagai seorang Muslim seharusnya kelebihan dan…

  • | |

    BANYAK MENDENGAR KEBATILAN BOLEH MENGGUGAT KEYAKINAN TERHADAP KEBENARAN

    BANYAK MENDENGAR KEBATILAN BOLEH MENGGUGAT KEYAKINAN TERHADAP KEBENARAN Kata Imam Adz-Dzahabi rahimahullah: “Ramai daripada kalangan ulama Salaf melihat bahawa hati jantung manusia lemah, manakala syubhah-syubhah pula menyengat.” [Siar ‘A’laam An-Nubalaa’, 7/261] Yakni syubhah-syubhah boleh mempengaruhi keyakinan dan pendirian seseorang. Bahkan pegangan Agama dan Manhaj cara beragama seseorang boleh terpesong gara-gara…

  • |

    PERARAKAN SAMBUTAN

    Amalan berarak sempena sambutan-sambutan tertentu tidak ada dalam Islam. Tiada sebarang anjuran untuk berbuat demikian dalam Al-Quran atau al-Sunah. Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah berarak membawa sepanduk dan sebagainya. Sama ada di Mekah atau Madinah, ini semua tidak pernah berlaku. Paling hampir pun ialah ibadah wukuf. Sedangkan ibadah…