| |

Syarah Hadis 40 Imam Al Nawawi

Alhamdulillah, buku ini dapat disiapkan walaupun mengambil masa melebihi jangkaan. Kekadang rasa mudah dan tidak mengambil masa lama tetapi selepas kerja-kerja bermula ternyata tidak semudah yang disangka. Banyak sahaja yang perlu dilakukan.

Buku ini saya anggap yang pertama bagi saya walaupun ada beberapa penerbitan sebelum ini. Al maklumlah walaupun sudah bergiat dalam dakwah hampir 20 tahun tetapi saya baru tamat belajar secara formal akhir tahun lepas.

Sekarang saya mengorak langkah baharu untuk bergiat dalam penerbitan pula. Sememangnya saya lihat banyak ruang untuk diisi mengenangkan buku-buku agama di tanah air belum di tahap memuaskan khususnya yang mengajak umat Islam kembali menghayati agama sejajar yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ mengikut fahaman Salaf al-Soleh, generasi pendahulu umat Islam. Kebanyakan di pasaran datang dari negara seberang dengan perkataan dan gaya bahasanya tersendiri. Semoga Allah ﷻ merestui dan mengurniakan kekuatan pada saya untuk menjayakan usaha ini dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan.

Kata ulama “Dua perkara yang manusia tidak pernah rasa cukup; menuntut ilmu agama dan mengejar dunia. Walhal kedua-duanya tidak sama. Penuntut ilmu agama mendekatkan dirinya kepada Allah sedangkan orang yang mengejar dunia akan melampaui batas.”

Buku Hadis 40 ini dikarang oleh tokoh tidak asing, ulama rujukan utama mazhab Syafie, Imam al-Nawawi rahimahullah. Buku ini menghimpunkan 42 hadis berkaitan asas-asas agama iaitu akidah, fiqah, akhlak dan muamalat. Kebanyakan hadisnya ringkas tetapi sarat dengan makna. Bermula dengan hadis niat kemudian hadis Jibril berkenaan Islam, Iman dan Ehsan, hadis tiupan roh manusia, larangan menokok tambah agama, menjauhi hal-hal syubhah, hadis jangan marah dan banyak lagi. Lazimnya para pelajar menghafal hadis-hadis 40 ini.

Saya bawakan syarahan ulama besar Madinah kontemporari, mantan rektor Universiti Islam Madinah, Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad, antara guru pertama saya semasa belajar di sana. Beliau ialah bapa kepada Syeikh Abdul Razzaq al-Badr yang saban tahun berkuliah di Indonesia. Semoga beliau sampai ke Malaysia satu hari nanti. Syarahannya bersifat ringkas dalam bentuk poin-poin yang dinomborkan bagi memudahkan pembaca dan sesuai untuk tatapan semua. Boleh guna untuk tazkirah di masjid atau rumah lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan nanti.

Penghargaan buan semua sahabat yang membantu. Semoga Allah ﷻ membalas anda dengan kebaikan.

Bagi yang berminat boleh mendapatkannya melalui pautan:

Ada potongan harga khas untuk anda. Terima kasih atas sokongan dan selamat membaca!

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
06 Syaaban 1444H
27 Februari 2023

Similar Posts

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…

  • |

    SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI

    SUAMI BERHIAS UNTUK ISTERI Suami dianjurkan berhias untuk isteri di rumah seperti mana dia suka isterinya berhias untuknya. Berkata Ibnu Abbas r.a.: إني أحب أن أتزين للمراة كما أحب أن تتزين لي لأن الله تعالى يقول: ولهن مثل الذي عليهن بالمعروف. “Aku suka berhias untuk isteri seperti mana aku suka…

  • |

    MUSUH ZAHIR & MUSUH DALAM SELIMUT

    MUSUH ZAHIR & MUSUH DALAM SELIMUT Yang mana lebih bahaya? Sebelum berdepan dengan musuh yang zahir; Yahudi dan Nasrani, musuh dalam selimut perlu ditangani terlebih dahulu. Sepertimana kata ulama, peperangan dengan orang kafir ada masa mula dan tamatnya di medan perang. Adapun peperangan dengan orang-orang munafik, musuh-musuh dalam selimut, ia…

  • |

    TABARUK DENGAN RAMBUT, JUBAH, CAPAL NABI ﷺ

    – Tabaruk bermaksud mencari berkat. Tidak dinafikan bahawa mengambil berkat (bertabaruk) daripada barang-barang peninggalan Nabi ﷺ merupakan suatu perkara yang disyariatkan berdasarkan banyak riwayat yang menceritakan tentang perbuatan para Sahabat Nabi ﷺ bertabaruk dengan peninggalan-peninggalan baginda ﷺ. Sekalipun demikian, TIDAK SABIT bahawa terdapat barang-barang peninggalan Nabi ﷺ yang wujud pada…

  • |

    AJAR ANAK MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

    Tular video di negara Arab seorang anak kecil berjalan ke masjid untuk solat Subuh lalu dikejar sekawan anjing. Menariknya anak kecil itu lari sambil menjerit mengucap dua kalimah syahadah: ‘Asyhadu anla ilaha illallah,wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah’ (Aku bersaksi tiada sembahan kecuali Allah, dan Muhammad utusan Allah) kemudian tidak semena-mena…

  • |

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA

    PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA Perarakan pro-LGBT di ibu negara semalam hanyalah permulaan. Dengan bantuan dana, strategi dan sokongan, golongan perosak ini tidak akan berhenti sehingga cita-cita mereka tercapai. Di negara-negara Barat, proses menormalisasikan golongan LGBT dalam masyarakat sudah lama bermula, dan sebahagian negara telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah…