mobile phone, mobile, phone
|

LARANGAN PERCAYA & MEMINTA TOLONG JIN SYAITAN

Muslim ditegah daripada bertanya kepada jin dan syaitan, meminta tolong daripada mereka bagi mengetahui apa penyakit yang dihadapi, cara merawatnya dan sebagainya.

Meminta tolong jin dan syaitan adalah haram, boleh menjebakkan orangnya dalam syirik.

Firman Allah ﷻ:

وَأَنَّهُۥ كَانَ رِجَالٞ مِّنَ ٱلۡإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٖ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَزَادُوهُمۡ رَهَقٗا

“Dan bahawanya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada jin lalu dengan permintaan itu mereka menjadikan jin-jin itu bertambah sombong lagi jahat.”

[Al-Quran, al-Jin, 72: 6]

Jin syaitan ialah musuh manusia sebagaimana firman Allah ﷻ:

إِنَّ ٱلشَّيۡطَٰنَ لَكُمۡ عَدُوّٞ

“Sesungguhnya syaitan ialah musuh bagi kamu.”

[Al-Quran, Fatir, 35: 6]

Masakan cakap jin syaitan, musuh manusia di alam ghaib boleh dipercayai sedangkan syaitan itu bersifat pembohong lagi pendusta sebagaimana sabda Nabi ﷺ dalam kisah riwayat Abu Hurairah:

صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ.

“Dia telah berkata benar sedangkan dia (syaitan) ialah pembohong.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2311]

Justeru mengandaikan jin itu Muslim berdasarkan kepada dakwaan jin itu semata-mata, jin baik yang berkata benar dan boleh membantu manakala percakapannya jujur dan boleh dipercayai adalah kedangkalan dan kejahilan.

CATATAN

Awas penglipur lara di meja penceramah, pembawa cerita-cerita dongeng.

Daripada Allah jua kita meminta pertolongan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
19 Rejab 1444H
10 Februari 2023

Similar Posts

  • |

    SABAR

    Seorang Muslim perlu sabar menghadapi musibah. Sabar adalah wajib sehinggalah musibah yang melanda itu hilang dan diangkat oleh Allah ﷻ. Justeru perlu dielakkan perkataan-perkataan seperti berikut: Firman Allah ﷻ: وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ “Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” [al-Quran, al-Anfal, 8:46] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • |

    SYEIKH UBAID AL-JABIRI RAHIMAHULLAH

    Syeikh Ubaid al-Jabiri terdiri daripada kalangan ulama besar Salafi yang gigih mengajar dan menyampaikan ilmu. Beliau antara bekas pengajar di Universiti Islam Madinah. Antara kenangan manis sewaktu saya belajar di sana semasa tahun akhir kuliah pada tahun 2002, usai mendengar tausiah Syeikh Rabi bin Hadi al-Madkhali hafizahullah dalam sebuah pertemuan…

  • ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?

    Kenyataan ini mengelirukan. Benar orang awam tidak wajib mengetahui dalil kerana Allah ﷻ hanya membebankan hambaNya dengan apa yang mereka mampu sedangkan bukan semua orang mampu tahu dan faham dalil. Tetapi ini sama sekali tidak bererti bahawa orang awam tidak patut diajar tentang dalil. Bukankah mengetahui dalil akan menambahkan ilmu…

  • |

    ROKOK HARUS?

    Semalam tular poster fatwa yang agak mengelirukan tentang hukum merokok Merokok dalam keadaan tertentu adalah harus, menurut poster itu. Perlu ditegaskan bahawa fatwa sebegini jelas bertentangan dengan realiti dan hukum syarak. Rata-rata majlis fatwa dunia sama ada di Arab Saudi, Mesir atau Jordan semuanya mengharamkan rokok kerana mudaratnya yang jelas….

  • |

    KISAH TUDUHAN DUSTA GOLONGAN MUNAFIK TERHADAP AISYAH ISTERI RASULULLAH ﷺ

    – Peristiwa al-Ifk Peristiwa al-Ifk ialah kisah mengenai tuduhan dusta golongan munafik terhadap Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq radiallahuanha, isteri Rasulullah ﷺ yang paling disayangi oleh baginda ﷺ. Orang yang paling utama dilaknat dalam peristiwa ini ialah Abdullah bin Ubai, ketua orang-orang munafik yang telah mengada-adakan pendustaan itu sebelum menyebarkannya…