Question mark
|

BAHAYA WASWAS

– Cara menghilangkannya
– Faedah menuntut ilmu

Rasa waswas boleh datang kepada sesiapa.

Bisikan-bisikan yang hadir dalam hati manusia tanpa diundang.

Sehingga menyebabkan orangnya rasa kurang yakin dan tidak tenang.

Tidak kira dalam apa jua urusan, rasa waswas boleh datang mengganggu lalu menyebabkan apa yang pada asalnya mudah bertukar menjadi susah.

Contohnya semasa membuang air, wuduk dan solat yang barangkali seseorang itu sampai menghabiskan banyak masa kerana waswas.

Dengan kata lain, waswas jika tidak ditangani dengan baik maka ia boleh merosakkan amal ibadah dan menyebabkan orangnya ditimpa penyakit; penyakit waswas.

Sedangkan waswas berpunca daripada tidak lain dan tidak bukan syaitan yang dipimpin oleh Iblis laknatullah.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

“Yang mewaswaskan bisikannya ke dalam hati manusia. Daripada kalangan jin dan manusia.”

[Al-Quran, al-Nas, 114: 5-6]

Penyakit waswas sangat berbahaya kerana ia menyebabkan orangnya terseksa dan merana.

Kerana itu ia dikeji dan dicela.

Kata Ibnu Qudamah:

“Ketahuilah bahawa tiada dalam kalangan para Sahabat yang menghidap penyakit waswas. Sedangkan orang-orang yang terkena penyakit waswas ini jika mereka hidup pada zaman Nabi ﷺ nescaya meraka akan diperangi manakala Omar al-Khattab akan memukul dan menghukum mereka.”

[Dzam al-Muwawasin, hlm. 14]

Tiada jalan lain untuk menghilangkan waswas ini melainkan dengan tidak melayan bisikan-bisikan ini serta menolaknya dengan sekeras-kerasnya.

Tidak dinafikan bahawa ini memerlukan kekuatan dan keazaman.

Di sini pentingnya ilmu agama serta peranannya dalam menolak waswas.

Ilmu Al-Quran dan hadis sahih yang sesuai dengan fahaman para Sahabat Nabi ﷺ.

Justeru apa jua fahaman dan amalan yang menyalahi ilmu agama yang benar ini perlu ditolak kerana antara mudaratnya ia akan membuka pintu waswas yang lambat laun boleh bertukar menjadi penyakit.

CATATAN

Antara faedah menuntut ilmu Salaf ia membolehkan orangnya menolak rasa waswas serta menepis sangkaan-sangkaan yang menimbulkan keresahan, keraguan dan kesedihan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Rabiulakhir 1444H
10 November 2022

Similar Posts

  • |

    MARAH KERANA SOLAT

    MARAH KERANA SOLAT # Tanda hati sihat atau sakit Antara tanda kedudukan hati sihat atau sakit dapat dilihat berdasarkan reaksinya terhadap solat. Sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya ceria dan gembira manakala ketika mengerjakannya dia merasa tenang dan khusyuk maka ia tanda hati sihat. Berbeza pula sekiranya ketibaan waktu solat menjadikannya…

  • | |

    MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…

  • | | |

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN Hadis Ibnu Abbas RA, katanya: كَانَ رسول الله ﷺ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِنَ ‌الرِّيحِ ‌المُرْسَلَةِ. “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ lebih pantas mengerjakan kebaikan berbanding angin yang bertiup.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari. INFO GAMBAR: Tertera tulisan “Beg plastik ini diagih-agihkan di sekitar jalan raya Arab Saudi ketika hampir…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…

  • | |

    TUDUHAN ATAS SYEIKH AL-ALBANI & DAKWAH SALAF

    Ada orang terdekat meminta supaya saya menjawab sebuah tulisan yang melemparkan beberapa tuduhan ke atas Syeikh al-Albani rahimahullah dan dakwah Salaf. https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1 Berikut ialah jawapan ringkas yang dapat diberikan. TUDUHAN 1: Prinsip Asas Fahaman Salafiah Tidak Berpegang Kepada Mazhab &Mengajak Mencari Dalil Langsung daripada Al-Quran dan Hadis JAWAPAN: Ya, demikian…