Torn cardboard heart with red shoelace
|

ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian.

Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ.

“Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Sedangkan isteri yang solehah dijanjikan buatnya syurga.

Sabda Nabi ﷺ:

إِذَا ‌صَلَّتِ ‌الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا: ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ.

“Sekiranya seorang wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya dan mentaati suaminya, dikatakan kepadanya: Masuklah syurga daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu.”

[Sahih. Ibnu Hibban]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
03 Rabiulakhir 1444H
29 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    CINTA YANG BENAR

    Beza antara orang yang berkata dengan lisannya ‘Aku mencintaimu’ tetapi tiada pentujuk sedemikian pada perbuatannya dengan orang yang lisannya diam tetapi perbuatan-perbuatannya semua menunjukkan sedemikian. [Ibnu al-Qayyim, Tariq al-Hijratain, hlm. 314] Begitulah cinta Nabi ﷺ yang benar dengan menghayati sunnahnya dalam ibadah-ibadah yang dilakukan. Bukan sekadar berslogan. Dr. Idris bin…

  • |

    AZAM TAHUN BAHARU BUKAN BUDAYA ISLAM

    ‘Azam tahun baharu’ sinonim bila tiba awal tahun baharu Masihi. Sedar atau tidak budaya ini kembali ke zaman pagan Babylon lebih 4000 tahun dahulu. https://www.abc.net.au/news/2023-12-31/new-year-resolutions-began-as-ancient-rituals-4000-years-ago/103271974 Maka penting ditegaskan bahawa ‘azam tahun baharu’ bukan budaya Islam dan lebih penting lagi ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang berazam…

  • |

    TAKUT NERAKA

    TAKUT NERAKA Siapa yang tidak rasa takut dari api neraka maka dia seorang yang terpedaya kerana rasa selamat daripada azab seksa ALLAH. – Imam az-Zahabi, Siyar A’laam an-Nubala.

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    FATWA LAMA SYEIKH BIN BAZ MENGENAI JEMAAH TABLIGH

    SOALAN: Fatwa di atas dikeluarkan oleh Fatawa al-Lajnah, jilid 34, hal 91, diputuskan atas nama Syekh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Abdur Razzaq ‘Afifi, Abdullah bin Qa’uud, dan Abdullah bin Ghadiyan rahimahumullah Jami’an. Apa komen Ustaz? . . JAWAPAN UIS: Zahirnya ini adalah fatwa lama beliau rahimahullah. Sepertimana fatwa…