Space among stacks of books
|

PERBAHASAN ILMU

Tiada mana-mana pendirian manusia yang maksum sama ada dalam penetapan hukum ataupun dalam penerimaan atau penolakan seseorang tokoh.

Setiap seorang itu diterima dan ditolak pendapatnya kecuali Nabi ﷺ.

Maka setiap pendirian perlu dilihat pada dalil dan hujahnya, bukan sekadar pada orangnya.

Kerana kebenaran tidak diukur dengan orang.

Sebaliknya kebenaran ialah apa yang menepati dalil tanpa mengira berapa ramai yang menerima atau menolaknya.

Hanya kerana suatu pendapat atau seorang tokoh diterima atau ditolak oleh orang-orang tertentu, sedikit atau ramai, ia bukanlah dalil tanda kebenaran atau kebatilannya.

Maka segala perkataan dan pandangan manusia dalam apa yang berkait dengan syariat perlu dikembalikan kepada Al-Quran dan al-Sunah mengikut fahaman Salaf al-Soleh.

Dalam masa yang sama, maklum bahawa bukan semua berkeupayaan melaksanakannya kerana ia memerlukan kefakihan dan ilmu.

Kerana itu ilmuwan Salaf menekankan kepentingan Muslim mengambil kira daripada mana dia mengambil ilmu agamanya.

Kata Ibnu Sirin:

‌إِنَّ ‌هَذَا ‌الْعِلْمَ ‌دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ.

“Sesungguhnya ilmu ini agama maka lihatlah daripada mana kamu mengambil agama kalian.”

[Sahih Muslim, 1/14]

Justeru sebarang perselisihan seharusnya diurus dengan sebaiknya, dengan jalan ilmu.

Firman Allah ﷻ:

فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ.

“Jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.”

[Al-Quran, al-Nisa’, 4: 59]

Ini bererti setiap pihak perlu mengemukakan dalil dan hujah masing-masing.

Bukan dengan sindiran, celaan, maki hamun, menimbulkan andaian-andaian buruk.

Itu cara juhala.

Aib jika penuntut ilmu berbuat begitu.

Suburkan penuntutan ilmu dan perbahasannya.

Jangan ditutup kerana ia akan membuka pintu taasub dan taklid yang sememangnya buta.

Wallahulmuwaffiq.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Rabiulawal 1444H
05 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    KESUDAHAN SI PENCELA NABI ﷺ

    KESUDAHAN SI PENCELA NABI ﷺ Bahtera Nabi Nuh a.s. yang dibina oleh seorang telah belayar dengan laju dan selamat di bawah jagaan Allah (Al-Quran, Hud, 11:41) di kala dunia semua tenggelam dan hanya bahteranya sahaja yang selamat. Berbeza dengan kapal Titanic yang dibina oleh ratusan pekerja mahir dan dikatakan mustahil…

  • |

    KESELAMATAN TANAH SUCI MEKAH

    Arab Saudi mengambil serius isu keselamatan para jemaah haji di Tanah Suci dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang ancaman. Bayangkan, wujud dalam kalangan orang Islam yang menyokong Iran serta anasir-anasir yang menimbulkan ancaman terhadap negara Arab Saudi, para jemaah haji dan umrah; malah bergembira dengan setiap roket, dron dan bahaya…

  • |

    MALAYSĪAKĪNĪ

    MALAYSĪAKĪNĪ Ada apa dengan Malaysiakini sehingga diberi sokongan oleh kedutaan asing seperti Kedutan Amerȉka Syarȉkat? Malaysȋakȋnȋ didenda Mahkamah Persekutuan: Malaysiakini didenda RM500,000 hina mahkamah Sokongan kedutaan asing kepada Malaysȋakȋnȋ: https://www.facebook.com/72081519846/posts/10158969472469847/ Campur tangan kuasa asing dalam urusan negara perlu ditolak sekeras-kerasnya. Ini bukan sahaja melibatkan kebebasan badan-badan kehakiman malah menyentuh kehormatan…

  • |

    PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN

    PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN Mereka mengadakan demonstrasi jalanan kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Persoalan di sini, adakah cara demonstrasi jalanan yang diambil dapat menyelesaikan masalah-masalah itu? Percayalah, jauh sekali. Bahkan demonstrasi jalanan seperti ini akan menambahkan lagi masalah masyarakat dan negara. Ibarat marahkan nyamuk bakar kelambu . Jangan biarkan…

  • |

    TANDA ALLAH SAYANG

    Rata-rata manusia mengimpikan kehidupan yang mewah dan senang kerana beranggapan bahawa ia adalah baik dan bagus. Adapun hidup yang dihimpit kesusahan dan keperitan maka ia dilihat sebagai sesuatu yang buruk dan tidak baik. Hakikatnya, pandangan sebegini tidak tepat. Ini kerana dunia bagi Muslim bukanlah syurga yang dipenuhi kesenangan dan kemewahan…