|

JANGAN TERSALAH PILIH USTAZ

– Boleh membahayakan nyawa

Tersalah pilih ustaz benar-benar boleh mendatangkan bahaya.

Contohnya dalam video yang dilampirkan.

Mengapa ustaz memperlakukan bayi itu dengan sedemikian rupa?

Melambung-lambungkan bayi ke udara jelas membahayakan keselamatan bayi itu.

Apa yang pasti, ia bukan daripada ajaran agama.

Ternyata bahawa dalam agama Kristian memang ada ritual seperti itu malah lebih berbahaya.

Semasa upacara baptis, paderi akan berkali-kali merendam bayi dalam air sebagai simbol penyucian bayi itu.

Dukacitanya ada pula Muslim yang seperti terikut-ikut.

Benarlah sabda Nabi ﷺ bahawa sebahagian orang-orang Islam akan terikut-ikut dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Sabda Nabi ﷺ:

لَتَتَّبِعُنَّ ‌سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ.

“Kamu akan ikut jalan orang-orang sebelum kamu (kaum Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk dalam lubang biawak sekalipun kamu akan ikut sama.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pendek kata, berhati-hatilah dalam memilih ustaz kerana silap langkah bukan sahaja membahayakan agama malah keselamatan nyawa (anak) pun barangkali akan terancam sama.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
03 Safar 1444H
31 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    MATI ATAS AL-SUNAH

    Kata al-Marrudzi (wafat 275H): “Aku bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad): Adakah orang yang mati atas Islam dan al-Sunah mati dalam keadaan yang baik?” Imam Ahmad menjawab: “Diam engkau! Bahkan dia telah mati dalam keadaan yang terbaik.” [al-Siyar oleh al-Dzahabi, 11/296] Dr. Idris bin SulaimanKajang27 Rabiulawal 1445H13 Oktober 2023

  • |

    KESEMPURNAAN AGAMA: TIDAK PERLU TOKOK TAMBAH

    Sedar atau tidak mereka yang melakukan amalan-amalan ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat mempertikaikan kesempurnaan dan kesyumulan agama. Pada tanggapan mereka agama Islam belum cukup sempurna dan belum cukup cantik sehingga ia perlu kepada penambahan-penambahan tertentu. Seolah-olah Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya kepada…

  • |

    “INI SUNAT JE…”

    “INI SUNAT JE…” – TEGUH DI ATAS SUNAH NABI ﷺ Keprihatinan Nabi ﷺ untuk bersiwak semasa sakit sebelum meninggal dunia menunjukkan kesungguhan baginda ﷺ untuk melaksanakan as-Sunah walaupun di saat-saat akhir hidup baginda ﷺ. – Syeikh Abdul Muhsin al-Badr, ulama besar Madinah.

  • |

    SIKAP MUSLIM MENANGANI ISU KHILAFIAH

    Sebahagian berpandangan bahawa Muslim tidak perlu bertegas dalam isu-isu khilafiah. Sebaliknya Muslim boleh memilih mana-mana pendapat mengikut mazhabnya, pandangan ulama atau guru yang dikenalinya, amalan masyarakat atau pendapat yang sesuai dengan situasi yang dihadapinya. Seolah-olah semua pendapat yang berbeza itu betul dan boleh diterima. Ini salah dan tidak betul. Muslim…

  • |

    HATI YANG BAIK

    Sekiranya lembaran-lembaran Al-Quran tidak akan disentuh kecuali oleh mereka yang suci maka demikian jugalah makna-makna Al-Quran tidak akan difahami kecuali oleh jiwa-jiwa yang murni. Dan sekiranya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing maka demikian jugalah dengan makna-makna yang disukai oleh malaikat tidak akan menusuk masuk ke…