| |

AWAS PEMBATAL-PEMBATAL AGAMA

– Syarat-syarat kalimah syahadah

Islam bukan sekadar mengucap ‘Lailahaillallah’.

Sebaliknya setiap Muslim perlu tahu dan faham isi makna kalimah syahadah itu, meyakininya, ikhlas mengucapkannya di samping tunduk dan patuh menerima tuntutan-tuntutan serta larangan-larangannya.

Jika tidak maka orang-orang munafik pun mengucapkan kalimah syahadah sedangkan Allah ﷻ mengancam mereka dengan azab kerak api neraka.

[Al-Quran, al-Nisa’, 4:145]

Maka setiap Muslim wajib kufur dan berlepas diri daripada segala kepercayaan dan sembahan kepada selain Allah ﷻ.

Ini sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yang berkata kepada bapa dan kaumnya:

إِنَّنِي بَرَآءٞ مِّمَّا تَعۡبُدُونَ إِلَّا ٱلَّذِي فَطَرَنِيِ.

“Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah. Yang lain daripada Tuhan yang menciptakan daku.”

[Al-Quran, al-Zukhruf, 43:26-27]

Ada pula dalam hadis, Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، ‌وَكَفَرَ ‌بِمَا ‌يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ، حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ. وَحِسَابُهُ على الله.

“Barang siapa mengucap ‘Lailahaillallah’ dan kufur dengan apa yang disembah selain Allah maka terpeliharalah harta dan darahnya manakala urusan hisabnya terserah kepada Allah.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Jelas dalam hadis di atas Nabi ﷺ tidak hanya mewajibkan ucapan ‘Lailahaillallah’ sebaliknya menambah syarat perlu kufur dengan segala apa yang disembah selain Allah ﷻ.

Ingatlah, segala apa yang diseru dan dipanggil di alam ghaib selain Allah ﷻ adalah batil semata-mata.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلۡحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدۡعُونَ مِن دُونِهِۦ هُوَ ٱلۡبَٰطِلُ.

“Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang diseru selain Allah itulah yang nyata palsunya.”

[Al-Quran, al-Haj, 22: 62]

Sedangkan kesyirikan dan kekufuran akan membatalkan segala amalan manakala di akhirat kelak orangnya mendapat kerugian.

Firman Allah ﷻ:

لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ.

“Demi sesungguhnya jika engkau berbuat syirik maka akan gugurlah amalanmu, dan kelak engkau akan terdiri dalam kalangan orang-orang yang rugi.”

[Al-Quran, al-Zumar, 39:65]

Justeru setiap Muslim dan Muslimah wajib tahu dan berwaspada dengan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan kalimah syahadah ‘Lailahaillallah’ tidak kira sama secara sedar atau tidak.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Muharam 1444H
15 Ogos 2022

Similar Posts

  • | | | |

    TEGAHAN MEMBUAT BINAAN ATAS KUBUR

    Tidak ada sebarang bentuk binaan atas kubur pada zaman Sahabat Nabi ﷺ dan generasi awal Islam dahulu. Sebaliknya binaan-binaan atas kubur hanya diada-adakan kemudian pada zaman Kerajaan Buwaihiyyah, Syiah sekitar kurun keempat Hijrah. Para ulama sepakat akan larangan membuat binaan atas kubur. Kata Imam al-Syaukani: اعْلَمْ أنَّه قَدْ اتَّفَقَ النَّاسُ،…

  • APABILA IMAN TIDAK LAGI BERGUNA

    Akan tiba suatu masa bila mana iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu tidak akan berguna. Sebagaimana dalam firman Allah ﷻ: يَوۡمَ يَأۡتِي بَعۡضُ ءَايَٰتِ رَبِّكَ لَا يَنفَعُ نَفۡسًا إِيمَٰنُهَا لَمۡ تَكُنۡ ءَامَنَتۡ مِن قَبۡلُ “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda-tanda Tuhanmu itu tidak lagi berguna iman seseorang yang tidak…

  • |

    SYIAH & KHURAFAT BERPISAH TIADA

    SYIAH & KHURAFAT BERPISAH TIADA Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei mengumumkan baru-baru ini melalui paparan gambar lukisan bahawa General Qasim Sulaimani disambut Imam Husain di alam barzakh… atau malaikat maut? Semoga Allah memelihara kita daripada segala kesesatan yang zahir dan yang tersembunyi. Idris bin Sulaiman Kajang 11 Jamadilawal 1441H /…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • |

    KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS

    KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS Seorang habib terkenal yang pernah datang membuat konsert di Malaysia, HABIB SYECH BIN ABDUL QADIR AS-SEGAF menjelaskan bahawa beliau tahu bagaimana menghilangkan penyakit KORONAVIRUS (Covid-19). Ini berdasarkan perbualan beliau dengan penyakit KORONAVIRUS itu sendiri! Perbualan antara beliau dengan penyakit KORONAVIRUS telah berlangsung melalui aplikasi WHATSAPP! Sangat…

  • | |

    MANHAJ TAKWIL ASYAIRAH

    Asyairah merupakan salah satu daripada empat kumpulan Ahli Kalam di samping Jahmiyyah, Muktazilah dan Maturidiah yang mengambil pendekatan takwil akal dalam perbahasan akidah; permasalahan al-Asma’ Wa al-Sifat dan lain. Manhaj takwil ialah pendekatan memalingkan makna zahir nas Al-Quran dan al-Sunah kepada makna lain berdasarkan penilaian akal. Ternyata bahawa tiada takwilan…