floating mosque of melacca
|

BUAT BIDAAH BERDOSA?

– “Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!”

Dalam Musannaf Abdul Razak, ulama besar Tabiin, Saeed bin al-Musayyib melihat seorang lelaki memperbanyakkan solat sunat selepas terbit fajar maka beliau menegurnya.

——————-

Tegahan Solat Sunat Lebih Dua Rakaat Sebelum Fardu Subuh:

SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH

——————-

Lelaki itu membalas “Wahai Abu Abdullah (Saeed bin al-Musayyib), adakah Allah akan menyeksa aku kerana solat?”

Beliau membalas “Tidak tetapi (Allah akan menyeksamu) kerana menyalahi al-Sunah!”

Demikian jawapan tuntas Saeed bin al-Musayyib.

Ia merupakan jawapan padu buat mereka yang menokok tambah ajaran agama lalu melakukan amalan-amalan yang tiada contohnya dalam al-Sunah berupa zikir, selawat, doa, solat dan sebagainya.

Jika ditegur nescaya mereka akan menuduh lawan mereka melarang berzikir, berselawat, berdoa dan solat walhal apa yang dilarang ialah perbuatan mereka menyalahi al-Sunah.

Semoga Allah ﷻ merahmati Saeed bin al-Musayyib dan para penegak al-Sunah yang terus gigih mempertahankan al-Sunah dan membungkam amalan-amalan tokok tambah dalam masyarakat yang dinisbahkan kepada agama sedangkan agama berlepas diri daripadanya.

CATATAN

Jawapan ini boleh diberi kepada sesiapa yang mempertahankan amalan-amalan tokok tambah dalam masyarakat jika mereka berkata:

“Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!”

Jawapannya:

“Tidak tetapi Allah akan mengazab engkau kerana menyalahi al-Sunah!”

Idris bin Sulaiman
Kajang
01 Muharam 1444H
31 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI

    MENIMBULKAN KEBENCIAN TERHADAP ARAB SAUDI Video seperti ini jelas mahu memburuk-burukkan kerajaan Arab Saudi, menimbulkan kebencian Umat Islam terhadap mereka, dengan menampakkan seolah-olah salah seorang pegawai kerajaan mereka dihalau oleh penduduk Islam Palestin. Akhirnya ramai yang mungkin percaya dan terpedaya. Betapa mudahnya masyarakat Islam diperalatkan. Akhirnya dengan tangan-tangan orang Islam…

  • EQUAL / EQUALITY

    – Kenali istilah-istilah gerakan LĠBŤ Ramai mungkin tidak sedar bahawa tulisan EQUAL dan perkataan Equality (Kesamaan) kini membawa maksud tertentu yang berkait rapat dengan gerakan songsang LĠBŤ. Pada tahun 2013, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) telah melancarkan kempen ‘UN FREE & EQUAL’ bagi mempromosikan…

  • |

    MUSLIM KELIRU

    – ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ – Warganet ‘miskin simpati’? Atas dasar kalimah syahadah ‘lailahaillallah’ lahirlah prinsip ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ yang dituntut atas setiap Muslim. Prinsip ini juga disebut sebagai Wala’ dan Bara’. Setiap Muslim wajib menzahirkan kesetiaannya kepada orang-orang beriman, mencintai dan menyokong mereka (Wala’). Dalam masa yang sama,…

  • |

    PENYELESAIAN WABAK KORONAVIRUS DI LANGIT – PERDANA MENTERI ITALI

    PENYELESAIAN WABAK KORONAVIRUS DI LANGIT – PERDANA MENTERI ITALI Perdana Menteri Itali Conte berkata: “Kami tidak lagi dapat mengawal epidemik ini. Kami telah tewas secara fizikal dan mental. Kami tidak lagi tahu apa yang perlu dilakukan. Segala langkah penyelesaian yang ada di bumi sudah dilakukan. Apa yang tinggal ialah PENYELESAIAN…

  • |

    DI MANA SYURGA & NERAKA?

    Syurga terletak di langit yang paling tinggi di bawah Arasy manakala api neraka terletak di Sijjin di bawah lapisan bumi yang paling bawah. Sabda Nabi ﷺ: فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ ‌فَاسْأَلُوهُ ‌الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ وَسَطُ الْجَنَّةِ، وَأَعْلَى الْجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ مِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ. “Jika kamu meminta daripada Allah maka mintalah…