Saudi Arabia Flag on a Pole
|

USTAZ RASUL DAHRI BAPA SUSUAN?

– Kenangan 8 tahun di Makkah

Siapa sangka Ustaz Rasul bin Dahri – hafizahullah – pernah menjaga kami waktu kecil di Makkah semasa beliau dan ayah belajar di Universiti Umm al-Qura.

Terkejut mendengar beliau berkata “Ana pernah jaga anta waktu kecil di Makkah” kerana ia hampir luput daripada ingatan.

Maklumlah waktu di sana saya hanya berumur dua tahun dan pulang ke Malaysia ketika berumur sepuluh tahun.

Lapan tahun kami sekeluarga di sana kerana ayah melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana muda pengajian Islam sesudah menamatkan pengajian Doktor Falsafah dalam perhutanan dari Universiti Aberdeen, Scotland.

Mendengar kenyataan itu saya secara berseloroh berkata “Jangan-jangan Ustaz bapa susuan saya!”

Beliau ketawa mendengarnya.

Oleh sebab yakin tidak ingat langsung hal itu maka saya mendapatkan kepastian daripada kakak saya.

Menurut kakak, Ustaz Rasul menjaga abang Yasin, bukan saya. Ustaz menjaga abang Yasin dan kakak kerana kami yang lain pulang ke Malaysia untuk cuti musim panas selama sebulan lebih. Tiket yang disediakan oleh pihak Universiti terhad maka terpaksalah abang Yasin dan kakak tinggal, dan Ustaz pula sedia untuk menjaga mereka berdua.

Itulah kisahnya. Coretan peristiwa kira-kira empat puluh tahun lalu.

Semoga Allah ﷻ terus menjaga al-Fadil Ustaz Rasul dan memberi kesihatan baik kepadanya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Zulhijah 1443H /
18 Julai 2022

Similar Posts

  • |

    TERAPI AL-FATIHAH?

    – Hidupkan al-Sunah – Jauhi tokok tambah – ‘Doa Perlindungan Anak’ Ada ustazah menyarankan ‘Terapi al-Fatihah’ buat anak sebelum ke sekolah iaitu dengan cara menyapu muka anak dan memeluknya dengan membaca al-Fatihah. Hasil terapi ini menurut ustazah itu wajah anak akan berseri dan gembira ke sekolah di samping mendapat perlindungan…

  • |

    SEMBAH CAPAL?

    Umat Islam diperintahkan untuk solat menghadap Kaabah di Mekah al-Mukarramah. Ia menjadi kiblat yang menyatukan umat Islam sedunia. Perkembangan semasa di tanah air menyaksikan sebahagian kelompok masyarakat Islam begitu taasub dengan simbol capal sehingga dilihat terlalu mengagung-agungkannya dan yang terbaru dalam sebuah gambar yang tular di media sosial kelihatan sebuah…

  • |

    AGENDA NORMALISASI TRANGENDER?

    Mutakhir ini usaha menyebarkan dakyah trànsgèndèr L§BT bergiat aktif dan sangat luar biasa. Adakah ini termasuk dalam agenda tersebut yang ingin disebarkan ke dalam masyarakat secara halus? Sedangkan Nabi ﷺ melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki. [Sahih. Riwayat Bukhari] Jelik dan tercela. Semoga Allah pelihara kita…

  • |

    ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • |

    Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan hafizahullah: “Hari datang silih berganti manakala umur hayat terus berkurang. Apa yang sudah lalu sudah pun berlalu sedangkan apa yang akan datang tidak diketahui. Sebaliknya apa yang ada ialah waktu yang engkau berada padanya.” Justeru jangan dilepaskan peluang yang ada di tangan. Dr. Idris bin SulaimanKajang05…