White pillow on the bed

TIDUR SEBELAH KANAN ATAU KIRI? BEZA TIDUR NYENYAK ATAU TIDAK

– Tidur mengiring sebelah kanan lebih mudah terjaga

Ulama menjelaskan bahawa tidur mengiring sebelah kanan tidak nyenyak berbanding sebelah kiri.

Ini kerana hati (jantung) manusia tergantung di sebelah kiri dan sekiranya seseorang itu tidur mengiring sebelah kirinya nescaya tidurnya akan nyenyak kerana merasa senang dan enak.

Berbeza jika tidur mengiring sebelah kanan. Orangnya akan merasa tidak selesa lalu tidak akan tidur lena kerana hati merasa gusar.

Inilah rahsia di sebalik mengapa Rasulullah ﷺ seusai mengerjakan solat sunat dua rakaat sebelum fardu Subuh baginda ﷺ berbaring mengiring sebelah kanannya menantikan bilal datang mengumandangkan iqamat solat Subuh.

Kata Aisyah radiallahuanha:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى رَكْعَتَيِ الْفَجْرِ ‌اضْطَجَعَ ‌عَلَى ‌شِقِّهِ الْأَيْمَنِ.

“Nabi ﷺ apabila selesai solat dua rakaat (sunat) Subuh baginda berbaring mengiring sebelah kanannya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Kata Ibnu al-Qayyim:

“Ada rahsia di sebalik perbuatan baginda ﷺ baring mengiring sebelah kanannya. Ini kerana hati (jantung) manusia tergantung di sebelah kiri dan sekiranya seseorang itu tidur di sebelah kirinya nescaya tidurnya akan nyenyak kerana merasa senang dan enak. Adapun sekiranya seseorang itu tidur di sebelah kanannya maka dia akan merasa tidak selesa lalu tidak akan dapat tidur lena kerana hatinya merasa gusar.”

[Zad al-Ma’ad, 1/377]

Inilah barangkali rahsia mengapa Nabi ﷺ menganjurkan umatnya supaya berbaring mengiring sebelah kanan agar tidur tidak terlalu nyenyak dan lebih mudah bangun terutamanya untuk mengerjakan solat fardu Subuh pada waktunya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Syawal 1443H /
10 Mei 2022

Similar Posts

  • | |

    MANHAJ TAKWIL ASYAIRAH

    Asyairah merupakan salah satu daripada empat kumpulan Ahli Kalam di samping Jahmiyyah, Muktazilah dan Maturidiah yang mengambil pendekatan takwil akal dalam perbahasan akidah; permasalahan al-Asma’ Wa al-Sifat dan lain. Manhaj takwil ialah pendekatan memalingkan makna zahir nas Al-Quran dan al-Sunah kepada makna lain berdasarkan penilaian akal. Ternyata bahawa tiada takwilan…

  • MENERIMA SUNAH NABI ﷺ SEPENUHNYA

    – Kedudukan akal – Tegar Ikut Ajaran Guru Firman Allah ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ. “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan…

  • WAJIB IKUT MANHAJ SALAF

    Muslim wajib ikut Salaf dalam akidah, ibadah dan manhaj. Manhaj Salaf merujuk kepada praktik para Sahabat Nabi ﷺ dalam beragama. Ini kerana para Sahabat adalah kaum manusia yang dipuji oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Firman Allah ﷻ: كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi…

  • GOLONGAN MUSYABBIHAH & MUJASSIMAH

    – Asyairah atau Salafi? Salafi yang dimomokkan dengan nama Wahabi sering dituduh sebagai musyabbihah dan mujassimah – menyerupakan Allah ﷻ serta menjisimkanNya seperti makhluk / manusia. Tuduhan ini pada hakikatnya berbalik semula kepada Asyairah. Ternyata bahawa Asyairah yang sebenarnya musyabbihah dan mujassimah jika dilihat pada kaedah yang mereka sendiri gunakan….

  • TITIK PERDAMAIAN / JALAN PENGHUBUNG ANTARA ALIRAN SALAFI – ASY’ARI?

    Ada yang berkata baru-baru ini: “Kita mencari titik perdamaian antara kedua-dua aliran Salafi dan Asy’ari.” “Kita mengetengahkan jambatan penghubung antara kedua-dua pemahaman Salaf dan Asyairah.” Kedua-dua kenyataan di atas hampir senada dengan slogan yang diketengahkan oleh Hasan al-Banna “Kita bekerjasama dalam apa yang kita sepakat dan kita saling memaafkan dalam…

  • TAAT KEPADA PEMERINTAH BUKAN EKSTREM

    Tiada mana-mana aliran yang menekankan prinsip taat kepada pemerintah Muslim dalam perkara-perkara makruf seperti Salafi. Malah sebahagian melihat inilah antara ciri utama yang membezakan Salafi dengan yang lain. Pemerintah negara mungkin datang silih berganti manakala kerajaan mungkin bertukar-tukar tetapi prinsip ini tidak berubah. Ia dipegang erat oleh setiap mereka yang…