Maldives collapsed tree
|

ANTARA PEMBATAL AGAMA: MEMBENCI APA YANG DIBAWA NABI ﷺ

– Munafik / Zindiq

Barang siapa membenci apa pun daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ maka ia merupakan sesuatu kekufuran.

Firman Allah ﷻ:

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ كَرِهُواْ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأَحۡبَطَ أَعۡمَٰلَهُمۡ.

“Berlakunya yang demikian kerana sesungguhnya mereka membenci apa yang diturunkan oleh Allah lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.”

[Al-Quran, Muhammad, 47:9]

Membenci bermaksud tidak suka. Yakni merasa tidak senang dengan mana-mana ajaran Agama atau mana-mana aspek yang disampaikan oleh Nabi ﷺ.

Sedangkan rasa benci itu dalam hati seperti mana kelakuan golongan munafik yang menzahirkan Islam tetapi hati mereka kufur membencinya.

Adapun Muslim yang secara terang-terangan menyatakan kebenciannya terhadap Islam secara amnya atau mana-mana bahagian ajarannya secara khasnya maka dia disebut zindiq (mufrad) atau zanadiqah (jamak).

Pentingnya berhati-hati apabila berkata atau menulis. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Kerana Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، ‌لَا ‌يُلْقِي ‌لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ.

“Sesungguhnya seseorang hamba itu mengucapkan satu kalimah yang dimurkai Allah ﷻ tanpa dia peduli lalu menyebabkan dia dihumban ke dalam Neraka Jahanam.”

[Hadis sahih. Riwayat Bukhari]

Kepada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Ramadan 1443H /
16 April 2022

Similar Posts

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…

  • |

    IDOLA IALAH SEMBAHAN

    Elakkan menggunakan perkataan idola apabila merujuk kepada orang yang sangat diminati dan dikagumi. Ini kerana asal maksud perkataan ini dalam bahasa Inggeris merujuk kepada apa yang dijadikan sebagai objek sembahan. Idol: A representation of an object of worship. Lihat contoh terjemahan ayat Al-Quran di bawah: قَالُوا۟ نَعۡبُدُ أَصۡنَامࣰا فَنَظَلُّ لَهَا…

  • |

    PERNAHKAH NABI PANGGIL WAHAI KAFIR?

    Jawapannya, ya. Bahkan itu yang diperintahkan ke atas Nabi ﷺ oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya ﷻ: قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!” [Al-Quran, al-Kafirun, 109:1] Perintah atas Nabi ﷺ dan umatnya supaya menyatakan pendirian tegas mereka menyembah Allah ﷻ semata-mata tanpa menyekutukan denganNya apa jua sembahan…

  • |

    ASAS DAKWAH TAUHID

    – Esakan Allah / jauhi khurafat, syirik, taghut Asas akidah tauhid yang bebas daripada segala unsur khurafat dan syirik perlu menjadi pegangan setiap Muslim, dan berdasarkan asas inilah dakwah Islam perlu digiatkan sepertimana dakwah para rasul zaman berzaman. Firman Allah ﷻ: وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ…