TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-ALIYYAH
– Syeikh Nazim al-Haqqani
– Dulu sesat kini mahu dibenarkan pula
Pada tahun 2002, Tarekat ini difatwakan sesat oleh Kerajaan Malaysia kerana membawa fahaman yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah.
https://efatwa.muftiwp.gov.my/fatwa/da96060caee058985ac7487ba5d90141
(PDF) Fatwa Wilayah – Tariqat Naqsyabandiah AlAliyyah Pimpinan Syeikh Nazim
Antara fahaman sesat Tarekat ini ialah:
- Fahaman Wahdatul Wujud, Nur Muhammad, Martabat Tujuh serta Pluralisme;
- Berpegang kepada hadis-hadis palsu;
- Bertawassul dengan guru, syeikh atau ulama yang sudah meninggal dunia;
- Mengamalkan ‘Rabitah’
(membayangkan wajah guru semasa solat); - Mendakwa bahawa setiap khalifah Tarekat dilantik oleh Rasulullah ï·º termasuklah Syeikh Nazim sendiri;
- Mengamalkan konsep Yaqazah kononnya amalan Tarekat diterima langsung daripada Nabi ï·º secara sedar dan jaga.
——————-
Kesesatan Tarekat Naqsyabandiah al-Haqqani:
——————-
Dukacitanya kini kesucian bulan Ramadan seperti hendak dinodai apabila ada tangan-tangan ghaib yang mahu mensucikan Tarekat ini agar ia dibenarkan untuk diamalkan di negara ini.
Daripada Allah ï·» jua kita memohon keselamatan dan perlindungan.
Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Ramadan 1443H /
10 April 2022