TESIS KEDOKTORAN (PhD)

Apabila diuji bersabar, apabila diberi bersyukur. Itulah khalikah Muslim.

Liku-liku mencabar sepanjang lapan tahun bukanlah masa yang singkat tetapi itulah perjalanan yang terpaksa diharungi bagi menyiapkan tesis kedoktoran yang akhirnya pada hari Jumaat yang berkat ini dapat diserahkan kepada institut pengajian selepas dibuat pembetulan seperti yang diminta.

Segala puji hanya bagi Allah ﷻ.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa, isteri dan keluarga yang terus setia gigih bersama mengharungi bermacam-macam liku. Perjalanan tidak akan sampai ke sini tanpa mereka di sisi. Sesudah Allah ﷻ, merekalah tunggak utama.

Penghargaan istimewa buat barisan penyelia dan penyemak, asatizah dan sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan sumbangan bagi menjayakan usaha ini. Hanya Allah ﷻ sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan di kedua-dua alam nyata dan maya. Terima kasih atas ucapan selamat serta doa yang dikirimkan.

Maha Suci Allah ﷻ.

Semalam diuji dengan perkembangan yang menimpa abang Yasin manakala keesokannya dengan ini pula.

Benarlah dunia ini tempat ujian antara suka dan duka bagi menilai sama ada manusia itu bersabar atau berkeluh, bersyukur atau kufur.

Sedangkan Allah ﷻ berfirman:

“(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

[Al-Quran, al-Talaq, 65:7]

FirmanNya ﷻ lagi:

“Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi setiap orang yang kuat bersabar dan kuat bersyukur.”

[Al-Quran, Ibrahim, 14:5]

“Ya Allah, ringankanlah musibah-musibah yang mendatang dan hilangkanlah ia.
Ya Allah, hilangkanlah segala keperitan dan gantikanlah segala apa yang susah menjadi senang.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada kemurkaanMu, mudahkanlah bagi kami segala ujian yang mendatang, lapangkanlah segala kekusutan dan luputkanlah rasa sedih.
Penuhkan hati kami dengan rasa tenang, senang dan gembira.
Sungguh Engkau Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.”

Kepada Allah ﷻ jua kita memohon dan bergantung.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Syaaban 1443H /
01 April 2022

Similar Posts

  • | |

    GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN

    GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN . Ustaz Idris bin Sulaiman . Meninggalkan Sunnah Nabi dan tidak berpegang dengan athar-athar Salaf As-Soleh dengan dakwaan HANYA berpegang kepada Al-Quran kerana ia sudah memadai. . Ini adalah di antara ciri-ciri kebanyakan PENGIKUT HAWA NAFSU yang berhujah demikian ketika mana asas-asas pegangan mereka berlawanan…

  • |

    BANK ISLAM

    BANK ISLAM Lampiran gambar mesej yang diterima melalui telefon bimbit hari ini tentang tawaran pembiayaan (baca PINJAMAN) peribadi sehingga RM300K dengan kadar terapung (floating rate) bermula daripada 4.42%. Berbeza dengan kadar tetap (fixed rate), kadar terapung merujuk kepada kadar faedah (baca RIBA) yang boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut…

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    MENGKRITIK & MENGUTUK NEGARA TANAH SUCI

    Ada pihak-pihak di media sosial yang mengkritik dan mengutuk secara terbuka negara Tanah Suci, Arab Saudi dengan dakwaan bahawa ia tidak lagi mengikut hukum syariat dan kini sudah semakin liberal. Tidak dinafikan negara itu ada kelemahan dan kesalahan. Tetapi harus difikirkan apakah maslahat di sebalik kritikan terbuka sebegini? Adakah ia…