|

NIKMAT LEBIH DARI SYURGA

NIKMAT LEBIH DARI SYURGA

Apakah nikmat yang lebih daripada balasan syurga dengan segala isi kenikmatan yang terdapat di dalamnya; mahligai istana, pokok-pokok, buah-buahan, sungai-sungai, intan permata, emas, perak, bidadari-bidadari dan sebagainya?

Jawapannya ialah nikmat dapat melihat Allah ﷻ.

Sabda Nabi ﷺ:

“Setelah ahli syurga memasuki syurga, Allah ﷻ berkata: Adakah kamu semua mahu Aku tambah lagi? Mereka menjawab: Bukankah Engkau telah pun menggembirakan kami semua? Bukankah Engkau telah pun memasukkan kami semua dalam syurga dan menyelamatkan kami dari neraka? Maka Allah ﷻ menyingkap hijab lalu tiada apa yang lebih mereka cintai daripada melihat Tuhan mereka ﷻ.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Tiada apa yang lebih dicintai oleh ahli syurga berbanding segala apa yang terdapat dalam syurga daripada melihat Allah ﷻ.

Justeru melihat Allah ﷻ merupakan kemuncak keinginan setiap orang beriman dan dia berusaha untuk merealisasikannya kerana ia merupakan ganjaran pahala yang lebih daripada syurga.

Demikian halnya dengan reda Allah yang lebih tinggi daripada balasan syurga. Firman Allah ﷻ:

“Dan keredaan Allah lebih besar (kemuliaannya); (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.”

[Al-Quran, at-Taubah, 9:72]

Hadis-hadis yang menetapkan bahawa orang-orang beriman akan melihat Allah ﷻ sangat banyak sehingga mencapai darjat mutawatir dan Al-Quran turut menegaskannya sebagaimana dalam firman Allah:

“Pada hari akhirat itu muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri. Melihat kepada Tuhannya.”

[Al-Quran, al-Qiyamah, 75:22-23]

Seperti mana dalam hadis Muslim di atas, ganjaran melihat Allah ﷻ hanya akan berlaku di akhirat kelak dan ia adalah khas bagi orang beriman. Adapun orang kafir, mereka terhijab.

——————-

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya sekalipun orang-orang kafir tidak suka.”

[Al-Quran, as-Saf, 61:8]

Jazakamullahu khaira kepada semua yang mendoakan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Jamadilakhir 1443H /
17 Januari 2022

Similar Posts

  • |

    ANTARA TAKAFUL SYARIE & TAKAFUL KONVENSIONAL

    Yang pertama bertujuan untuk tolong-menolong, manakala yang kedua ialah untuk menjana keuntungan. Apa yang diasaskan untuk ‘tolong-menolong’ = Badan Kebajikan. Apa yang diasaskan untuk menjana ‘keuntungan’ = Syarikat Perniagaan. Syarikat Perniagaan = untuk jana keuntungan; BUKAN untuk kerja-kerja kebajikan. Badan Kebajikan = untuk kerja-kerja bantuan secara sukarela, mengumpul dana bagi…

  • |

    BERI KOMEN ISU SENSASI & KONTROVERSI

    Melayan media sosial mengasyikkan. Apatah lagi jika timbul isu-isu sensasi dan kontroversi melibatkan orang lain. Barangkali menyeronokkan. Lalu ramai hendak memberi komen dan pendapat mengenainya. Tetapi awas! Syariat Islam menetapkan garisan tatacara berdepan dengan hal-hal seperti ini. Sabda Nabi ﷺ: مِنْ حُسْنِ إِسْلامِ المَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ. “Di antara…

  • |

    SATIRA BUKAN JENAYAH?

    SATIRA BUKAN JENAYAH? # Satire Is Not A Crime? Satira menurut kamus bermaksud mempersendakan atau menyindir orang lain. Kedua-dua maksud ini menjurus kepada erti mengejek dan menghina. Sejauh mana hal ini dibenarkan? Tindak-tanduk seorang Muslim seharusnya bukan sekadar terbatas kepada apa yang dibenarkan oleh undang-undang manusia sebaliknya apa yang lebih…

  • |

    EKSTREM & MELAMPAU DALAM AGAMA

    – Definisi Muslim yang baik Sikap ekstrem dan melampau (ghuluw) ditegah oleh agama. Sabda Nabi ﷺ: إِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّهُ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ ‌الْغُلُوُّ ‌فِي ‌الدِّين. “Jangan kamu bersikap melampau dalam agama kerana sesungguhnya apa yang telah membinasakan orang-orang sebelum kamu ialah sikap mereka yang melampau dalam beragama.”…