|

DUNIA IBARAT PULAU

DUNIA IBARAT PULAU

Sekumpulan manusia menaiki kapal yang berlayar di lautan sebelum singgah di sebuah pulau.

Kapten kapalnya mengizinkan para penumpangnya turun untuk membuang hajat tetapi dia mengingatkan mereka supaya jangan terlalu lama kerana kapal akan belayar semula dalam sedikit masa. Mereka yang lambat akan ditinggalkan.

Para penumpang kapal itu pun turun di pulau itu dan masing-masing berpecah menuju ke arah yang berlainan.

Ada yang terus pergi membuang hajat lalu segera kembali ke kapal. Mereka mendapati kapal mereka kosong dan memilih tempat yang paling selesa untuk duduk.

Adapun para penumpang kapal yang lain, sebahagian memilih untuk melihat-lihat keadaan di pulau itu, pokok-pokoknya yang cantik, batu-batunya yang unik serta suara kicauan burung yang merdu. Mereka kemudian teringat akan kapal mereka yang sedang menunggu dan bersegera kembali kerana khuatir akan ditinggalkan. Ternyata apabila sampai di kapal mereka mendapati tempat kosong yang ada adalah terhad dan sempit.

Sebahagian yang lain pula akibat terlalu terpesona dengan batu-batu dan bunga-bunga yang cantik di pulau itu maka dia mengambil beberapa biji batu dan beberapa jambak bunga bersamanya sebelum kembali ke kapal. Sesampainya di kapal dia hanya dapat tempat yang paling sempit untuk duduk manakala batu-batu dan bunga-bunga yang dibawanya menambahkan lagi kesempitannya. Kesudahannya batu-batu itu terpaksa dipikul atas bahu kerana ketiadaan tempat untuk diletakkan sedangkan hendak membuangnya tidak boleh pula kerana berada di tingkat bawah kapal. Timbul rasa sesal membawa batu-batu itu. Bunga-bunga yang dibawa pula akhirnya bertukar layu dan tidak lagi kelihatan cantik malah baunya pun sudah bertukar busuk.

Ada kumpulan penumpang lain yang terus asyik dengan keindahan di pulau itu sehingga lupa tentang kapal yang sedang menunggu. Mereka pergi jauh ke pedalaman pulau sehingga tidak dapat mendengar teriakan kapten kapal yang memanggil mereka. Kerana leka memakan buah-buahan di pulau itu serta melihat pemandangan cantiknya, sesekali dia mencium bau harum sebuah pokok kemudian melihat kecantikan pokok yang lain pula. Sekalipun merasa khuatir terserempak dengan binatang buas tetapi dia tidak mempedulikannya malah membiarkan duri-duri menusuk kulitnya dan menembusi tapak kakinya. Bunyi-bunyi unggas dan jeritan haiwan di hutan sesekali membuatnya rasa terkejut tetapi dia tetap terus berjalan.

Daripada kumpulan ini ada yang sempat kembali ke kapal tetapi mendapatinya sudah penuh dan tiada lagi tempat yang kosong. Mereka akhirnya ditinggalkan dan mati di pulau itu.

Ada yang lain kerana terlalu asyik dengan keindahan pulau itu akhirnya tidak sedar akan binatang buas yang sedang memerhatikannya dan kemudian menerkamnya.

Tidak kurang juga mereka yang sesat sehingga tidak jumpa jalan pulang.

Demikian ialah perumpamaan mereka yang bergelumang dengan dunia yang sementara ini sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka diciptakan oleh Allah ﷻ dan bahawasanya ia merupakan tempat untuk beramal bagi mengumpul bekalan menuju ke negeri akhirat yang abadi.

Betapa buruknya orang yang berakal tetapi terpukau dan terpedaya dengan batu-batu dan bunga-bunga di dunia sehingga dia tidak bersiap sedia untuk hari kematiannya yang pasti akan tiba.

– Uddat as-Sabirin, Ibnu al-Qayyim.

Idris bin Sulaiman
Kajang
12 Jamadilawal 1443H /
17 Disember 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    AJAR ANAK MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH

    Tular video di negara Arab seorang anak kecil berjalan ke masjid untuk solat Subuh lalu dikejar sekawan anjing. Menariknya anak kecil itu lari sambil menjerit mengucap dua kalimah syahadah: ‘Asyhadu anla ilaha illallah,wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah’ (Aku bersaksi tiada sembahan kecuali Allah, dan Muhammad utusan Allah) kemudian tidak semena-mena…

  • |

    ANDA HIDUP SEPERTI RAJA

    ANDA HIDUP SEPERTI RAJA Ya, jika dibandingkan dengan kehidupan Nabi dan Sahabat. Berkata an-Nukman bin Basyir: “Bukankah kamu mempunyai makanan dan minuman yang kamu mahu? Sesungguhnya aku telah melihat Nabi ﷺ tidak mempunyai (apa-apa makanan walaupun) kurma buruk untuk rasa kenyang.” Sahih. Riwayat Muslim. Berkata Aishah: “Sesungguhnya keluarga Muhammad ﷺ…

  • | |

    PENUNTUT ILMU

    PENUNTUT ILMU Terdapat tiga tahap penuntut ilmu iaitu mereka yang: 1. Hafal dan faham; 2. Faham tanpa hafal; dan 3. Hafal tanpa faham. Kedudukan tahap-tahap ini adalah sama mengikut turutan di atas. Firman Allah ﷻ: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman serta orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama daripada kalangan…

  • |

    SEJARAH PENDIDIKAN MUZIK DI MALAYSIA

    “Kedatangan penjajah merupakan titik tolak bermulanya pendidikan muzik di sekolah-sekolah tanah air.” https://pendidikanmuzikmalaysia.blogspot.com/2013/07/sejarah-perkembangan-pendidikan-muzik.html CATATAN Mata pelajaran muzik sekolah rendah elok dimansuhkan. Allah jua pemberi petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang26 Safar 1446H31 Ogos 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    PESANAN HUKAMA

    PESANAN HUKAMA Seorang lelaki bertanya kepada seorang hukama: “Sebanyak manakah harusnya aku makan?” Dia menjawab “Sekadar untuk menghilangkan lapar dan jangan sampai rasa kenyang.” “Sebanyak manakah harusnya aku ketawa?” Dia menjawab “Sehingga wajahmu menjadi ceria tetapi jangan sampai suaramu meninggi.” “Sebanyak manakah harusnya aku menangis?” Dia menjawab “Jangan engkau pernah…