|

LIMA RUKUN BERSYUKUR

LIMA RUKUN BERSYUKUR

Terdapat lima rukun bagi mensyukuri sesuatu nikmat yang ALLAH ﷻ berikan kepada kita.

PERTAMA:

Memperakui nikmat itu.

KEDUA:

Memperakui ALLAH ﷻ sebagai pemberi nikmat itu.

KETIGA:

Memperakui individu yang menjadi sebab musabab sampainya nikmat itu kepada kita.

KEEMPAT:

Menggunakan nikmat itu pada jalan yang diredai ALLAH ﷻ.

KELIMA:

Menceritakan tentang nikmat itu kepada orang lain sekiranya aman daripada keburukan dan hasad.

Manusia sering alpa terhadap banyak nikmat yang ALLAH ﷻ berikan kepada mereka.

Antara nikmat yang sering dilalaikan ialah kesihatan dan masa lapang.

Barangkali seseorang itu sihat tubuh badannya tetapi dia tidak memanfaatkan kesihatannya itu dalam apa yang diredai ALLAH ﷻ.

Demikian barangkali seseorang itu mempunyai masa lapang tetapi dia tidak memanfaatkannya dalam hal-hal ketaatan kepada ALLAH ﷻ dan keredaanNya. Sebaliknya dia memilih untuk menghabiskan masanya dalam hal-hal lagha dan sia-sia di dunia dan akhirat.

Idris bin Sulaiman
Kajang
18 Rabiulakhir 1443H /
23 November 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    AJAR ANAK AL-FATIHAH

    AJAR ANAK AL-FATIHAH # Saranan buat ibu bapa Solat merupakan tiang Agama manakala bacaan al-Fatihah dalam solat merupakan salah satu rukunnya. Antara tanggungjawab ibu bapa ialah menjaga dan mendidik anak dengan didikan Agama dan akhlak yang baik. Salah satu daripada apa yang sewajarnya diberi perhatian oleh ibu bapa ialah mengajar…

  • | | |

    WALI ALLAH?

    WALI ALLAH? Syukur atas nikmat ISLAM dan SUNAH. Sabda Nabi ﷺ: تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ. “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang kepada kedua-duanya; Kitab Allah dan Sunah RasulNya”. Hadis hasan. Riwayat Imam Malik….

  • |

    IJAB KABUL NIKAH

    Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan. Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu. Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah…

  • |

    MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT

    MENORMALISASIKAN’ BUDAYA KAFIR BARAT Kini ada usaha sesetengah pihak untuk ‘menormalisasikan’ budaya kafir Barat dalam kalangan masyarakat Islam; untuk ‘desensitise’; supaya masyarakat Muslim tidak lagi merasa sensitif atau janggal terhadap budaya-budaya kafir ini. Bermula dengan budaya LGBT, perkahwinan sejenis dan memelihara anjing dalam rumah. Awas! Jangan pandang mudah rancangan halus…