|

JIKA TAKUT LARI KECUALI…

JIKA TAKUT LARI KECUALI…

Manusia jika takut daripada sesuatu maka dia akan lari menjauhkan diri daripadanya kecuali ALLAH ﷻ.

Jika takut kepada ALLAH ﷻ maka hendaklah terus mendekatkan diri kepadaNYA ﷻ.

Firman ALLAH ﷻ:

فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ.

“(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu kembali kepada ALLAH (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan ALLAH kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata.”

[Al-Quran, adh-Dhariyaat, 51:50]

Berkata al-Fudhail bin Iyadh:

“Barang siapa takut kepada ALLAH maka dia tidak akan takut kepada sesiapa yang lain. Dan sesiapa yang takut kepada selain ALLAH maka tidak ada sesiapa yang akan dapat memberi manfaat kepadanya.”

Idris bin Sulaiman
Kajang
08 Rabiulakhir 1443H /
13 November 2021

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • ARTIS TERSOHOR TANAH AIR BANTU KEMPEN PELANGI?

    – Menormalisasikan LĠBŤ Perlakuan songsang homoseks merupakan antara sebesar-besar jenayah, seburuk-buruk dosa dan sekeji-keji perbuatan. Perkara ini dinyatakan dalam sekian banyak nas Al-Quran dan hadis. https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10214527666977262 Dalam masa yang sama, Muslim perlu sedar tentang adanya kempen besar-besaran untuk mempromosikan perlakuan songsang ini melalui pelbagai cara seperti hiburan dan media yang…

  • TESIS KEDOKTORAN (PhD)

    Apabila diuji bersabar, apabila diberi bersyukur. Itulah khalikah Muslim. Liku-liku mencabar sepanjang lapan tahun bukanlah masa yang singkat tetapi itulah perjalanan yang terpaksa diharungi bagi menyiapkan tesis kedoktoran yang akhirnya pada hari Jumaat yang berkat ini dapat diserahkan kepada institut pengajian selepas dibuat pembetulan seperti yang diminta. Segala puji hanya…

  • |

    ROKOK HARUS?

    Semalam tular poster fatwa yang agak mengelirukan tentang hukum merokok Merokok dalam keadaan tertentu adalah harus, menurut poster itu. Perlu ditegaskan bahawa fatwa sebegini jelas bertentangan dengan realiti dan hukum syarak. Rata-rata majlis fatwa dunia sama ada di Arab Saudi, Mesir atau Jordan semuanya mengharamkan rokok kerana mudaratnya yang jelas….

  • |

    RUMAH PELACURAN: NAS AL-QURAN & HADIS VS KENYATAAN ARTIS

    Rumah pelacuran perlu ada, elak kes rogol – artis. Firman Allah “Jangan kamu dekati zina” (17:32) Sabda Nabi “Di antara tanda Hari Kiamat: Ilmu diangkat manakala kejahilan, minuman arak dan zina berleluasa” (Bukhari). Keampunanmu, ya Allah. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Jamadilakhir 1445H11 Januari 2024

  • |

    USTAZ WUHAN

    USTAZ WUHAN Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid … Seorang penceramah berkata: “Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…” Lalu dia membaca firman Allah: وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ “Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31:…