|

KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!!

KAMBING WALAUPUN BOLEH TERBANG!!

# Kejahilan dan taasub yang membutakan

Tersebutlah kisah dua orang sahabat yang berselisih tentang bayang-bayang hitam yang mereka lihat bertenggek pada dahan sebuah pokok yang terletak agak jauh dari mereka. Sahabat A yang mempunyai penglihatan yang lebih kuat daripada rakannya mengatakan “Ia adalah burung gagak”. Sahabat B menafikan hal tersebut secara bersungguh-sungguh dan mengatakan “Bukan. Ia adalah seekor kambing!”. Tatkala mereka berdua saling membantah antara satu sama lain tidak semena-mena bayang-bayang hitam tersebut terbang sambil mengeluarkan bunyi nyaring “aak aak” seperti mana kebiasaan bunyi burung gagak. Sahabat A mengatakan “Itulah, aku dah cakap ia burung gagak.” Ternyata bahawa Sahabat B tetap berkeras dengan pendiriannya dan berkata “Tidak! Itu adalah kambing walaupun ia boleh terbang!!”

Akibat kejahilan dan taasub dia tetap mempertahankan pendiriannya walaupun kebenaran telah terjelas kepadanya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Rabiulakhir 1443H /
10 November 2021

Similar Posts

  • |

    “TAPI NABI TAK LARANG PUN!”

    Sebahagian pihak beranggapan bahawa Muslim boleh sahaja beramal dengan amalan-amalan tertentu sekalipun tiada contohnya daripada Nabi ﷺ atau para Sahabat selama mana amalan itu dilihat baik. Apabila ditegur mereka membalas: “Ada Nabi larang???” “Nabi tak larang pun!” Jawapan ini salah dan keliru. Bahkan ada larangan. Nabi ﷺ secara tegas dan…

  • |

    SYEIKH AL-ALBANI GEMAR MENONTON BOLA?

    Terkejut membaca dakwaan seorang pensyarah Arab Saudi bahawa ulama besar Syeikh al-Albani rahimahullah gemar menonton bola sepak dan ada menyokong pasukan bola liga Eropah tertentu. Tiada sumber rujukan yang diberikan selain daripada mengatakan bahawa beliau mendengarnya daripada murid Syeikh al-Albani melalui orang-orang tertentu yang tidak dinamakannya. Jelasnya pensyarah ini tidak…

  • |

    USTAZ WUHAN

    USTAZ WUHAN Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid … Seorang penceramah berkata: “Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…” Lalu dia membaca firman Allah: وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ “Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31:…

  • |

    Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un

    Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un Semalam mendapat berita duka perginya seorang kenalan di alam maya, saudara Muhamad Az (https://www.facebook.com/muhamad.az.1675) atau nama penuh beliau Mohd Azhari bin Ramlee akibat kemalangan jalanraya. Walaupun tidak pernah bersemuka tetapi beliau selalu mengikuti pengajian khususnya kuliah atas talian yang diadakan semenjak bermulanya PKP pada…

  • |

    EVOLUSI CAPAL

    Mutakhir ini terdapat sebahagian kelompok yang menggunakan simbol capal pada kopiah mereka sebagai cara menzahirkan rasa cinta kepada Nabi ﷺ. Walhal perlu ditegaskan bahawa simbol capal ini tiada asasnya dalam ajaran Islam sama sekali. Menzahirkan rasa cinta Nabi ﷺ bukan dengan bersimbol-simbol sebaliknya dengan beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sepenuhnya…