| |

AMALAN BERDOA SEJURUS SELEPAS SALAM

# Anjuran berzikir selepas solat
# Kesalahan mengutamakan doa atas zikir

Berdoa sejurus selepas salam sesudah selesai solat menyalahi Sunah Nabi ﷺ.

Sunahnya selepas selesai solat ialah beristighfar sebanyak tiga kali dengan mengucapkan ‘astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah’.

Kemudian membaca ‘Allahumma anta as-Salam, wa minka as-Salam, tabarakta dza al-Jalal wa al-Ikram’.

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 591]

Setelah itu dianjurkan bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan bertakbir (Allahu akbar) masing-masing sebanyak 33 kali dan mengucapkan ‘La ilaha illa Allah, wahdahu la syarikalah, lahu al-mulk walahu al-hamdu wa huwa ‘ala kulli syai’in qadir’.

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 597]

Kemudian disunatkan membaca ayat al-Kursi (al-Baqarah, ayat 255).

[Sahih. Riwayat an-Nasaa’i, as-Sunan al-Kubra, no. 9848]

Dan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.

[Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 1523]

Jika mahu ringkas, maka dibolehkan dengan beristighfar sebanyak tiga kali kemudian disusuli dengan bertasbih, bertahmid dan bertakbir masing-masing dengan hanya sebanyak 10 kali.

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 6329]

Ataupun paling ringkasnya ialah dengan hanya beristighfar sebanyak tiga kali sebelum berdiri dan beredar dari tempat solat.

Adapun perbuatan memulakan zikir selepas memberi salam dengan selain daripada beristighfar ataupun meninggalkan zikir itu sama sekali untuk membaca doa sama ada yang ringkas apatah lagi yang panjang maka hal sedemikian menyalahi sunah Nabi ﷺ.

Sedangkan Nabi ﷺ memerintahkan umatnya supaya mengerjakan solat mengikut cara yang baginda ﷺ lakukan dan ini termasuklah bacaan zikir selepasnya.

Sabda Nabi ﷺ:

صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

“Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat.”

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 631]

CATATAN:

Sebahagian masyarakat pada hari ini lebih mengutamakan doa selepas solat (kerana mahu cepat dan sebagainya) dan meninggalkan sama sekali berzikir walaupun yang ringkas.

Ini menampakkan seolah-olah berdoa selepas solat lebih utama daripada berzikir. Hal ini salah dan keliru.

Berzikir selepas solat walaupun secara ringkas itulah yang lebih menepati sunah Nabi ﷺ.

Adapun doa, tempat sebaik-baiknya adalah ketika dalam solat khususnya semasa sujud ataupun selepas membaca tasyahud sebelum memberi salam.

[Sahih. Riwayat Bukhari, no. 1377]

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Rabiulawal 1443H /
20 Oktober 2021

Similar Posts

  • | | |

    SAMBUTAN NISFU SYAABAN

    Tidak ada sambutan Nisfu Syaaban dalam Islam. Kerana syariat tidak mengkhususkan sebarang amalan pada sebelah malam ataupun siang 15 Syaaban. Hadis-hadis mengenai fadilatnya semua lemah, malah sebahagiannya palsu. Demikian ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz dalam fatwanya dan dijelaskan oleh al-Hafis Ibnu Rajab dalam kitabnya Lataif al-Maarif. https://binbaz.org.sa/articles/24/حكم-الاحتفال-بليلة-النصف-من-شعبان Kata Imam al-Syaukani:…

  • |

    NAIK LIF / ESKALATOR

    NAIK LIF / ESKALATOR Ulama besar Madinah, Syeikh Abdul Mohsin al-Abbad al-Badr hafizahullah berkata: “Sekiranya seseorang itu naik lif atau eskalator lalu dia membaca (doa menaiki kenderaan): سبحان الذي سخر لنا هذا وما كنا له مقرنين. (Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu…

  • | | |

    DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

    TIADA sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya. Justeru segala apa dalam hal ini merupakan rekaan semata-mata serta tokok-tambah dalam Agama yang tidak diizinkan oleh Syariat. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa mengada-adakan sesuatu perkara baharu…

  • |

    BEZA TAKBUR & UJUB

    BEZA TAKBUR & UJUB Takbur: Memandang rendah terhadap orang lain. Ujub: Melihat diri ada kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Ibnu Mubarak “Aku tidak melihat sesuatu yang lebih merbahaya bagi orang yang solat berbanding ujub”. [Siyar A’laam an-Nubala’, 8/407]

  • | | | | | |

    HARI ASYURA: SEDIH ATAU GEMBIRA? BUBUR ASYURA

    Syiah sambut Hari Asyura pada 10 Muharam dengan pelbagai bentuk ratapan, termasuk memukul dada dan badan dengan tangan atau rantai berduri. Mereka juga berkabung dan mengenakan pakaian hitam sebagai tanda kesedihan atas kematian al-Husain. Bagi mereka, Hari Asyura adalah hari dukacita. Adakah Ahli Sunah perlu menyambut Hari Asyura dengan kegembiraan…

  • | |

    UCAPAN MAKMUM SEMASA DOA QUNUT WITIR

    Bacaan doa qunut witir sebagaimana sabit dalam al-Sunah ialah doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ kepada cucunya al-Hasan bin Ali – radiallahuanhu – iaitu: اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، فَإنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإنَّهُ لا يَذِلُّ…