|

PENTINGNYA TAUHID

# Syarat masuk syurga
# Elak kekal dalam api neraka

Tauhid mengesakan ALLAH ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik menyekutukan ALLAH ﷻ merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka.

Firman ALLAH ﷻ:

إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ .

“Sesungguhnya barang siapa menyekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain maka ALLAH haramkan Syurga atasnya dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim (syirik).”

[Surah al-Maa’idah, 5:72]

Sabda Nabi ﷺ:

مَنْ ‌مَاتَ ‌لَا ‌يُشْرِكُ ‌بِاللهِ شَيْئًا ‌دَخَلَ ‌الْجَنَّةَ ومَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللهِ شَيْئًا ‌دَخَلَ ‌النَّارَ.

“Barang siapa mati dalam keadaan tidak menyekutukan ALLAH dengan apa jua maka dia masuk syurga dan barang siapa mati dalam keadaan menyekutukan ALLAH maka dia masuk neraka.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

CATATAN

Syirik merupakan wabak penyakit paling bahaya.

Idris bin Sulaiman
Kajang
11 Muharam 1443H /
21 Ogos 2021

Similar Posts

  • |

    AHLI SUNAH WAL JAMAAH

    Pihak yang membawa dalil Al-Quran dan al-Sunah dicela dengan gelaran Wahabi. Pihak yang gemar membawa kisah-kisah karut dan berhujah dengan hadis-hadis lemah dan palsu pula dipanggil Ahli Sunah. Ini realiti pemikiran sebahagian pihak. Baru-baru ini pula penceramah jemputan mereka secara terang-terangan menolak dan mengetepikan hadis yang disepakati kesahihannya dalam kitab…

  • |

    11 TOHMAHAN ZAMIHAN AL-GHARI

    11 TOHMAHAN ZAMIHAN AL-GHARI – DR. AZWIRA DARI UKM MENJAWAB – 1. Ibn Taimiyyah Dan Ibn Al-Qayyim Pencetus Fahaman Tajsim Dan Tashbih 2. Ibn Taimiyyah Menolak Konsep Takwil 3. Para Pendukung Sunnah Di Malaysia Hanyalah Pengikut Gerakan Wahabiyyah Dan Bukannya Ahli Sunnah Yang Sebenar 4. Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab Berasal…

  • | |

    ARAB SAUDI MANSUHKAN SUBJEK AGAMA DI SEKOLAH?

    ARAB SAUDI MANSUHKAN SUBJEK AGAMA DI SEKOLAH? # Video propaganda anti Arab Saudi Arab Saudi melalui kementerian pendidikannya mengumumkan bahawa enam mata pelajaran Agama iaitu Al-Quran, Tajwid, Tauhid, Fiqah, Hadis dan Tafsir akan dihimpunkan di bawah satu mata pelajaran iaitu Pendidikan Islam. Pengumuman ini dikeluarkan susulan langkah sama diambil yang…

  • | |

    BERTEMU NABI ﷺ SECARA ‘JAGA’

    Ada sebahagian pihak mendakwa guru mereka bertemu Rasulullah ﷺ dalam keadaan ‘jaga’. Dakwaan sebegini musykil. Kerana dua Sahabat paling dekat dan rapat dengan Rasulullah ﷺ, Abu Bakar al-Siddiq dan Omar al-Khattab di samping anak kesayangan baginda ﷺ, Fatimah binti Rasulillah radiallahu anhum, mereka semua tidak pernah mendakwa melihat atau bertemu…

  • BERDIAM & TIDAK BERBAHAS TENTANGNYA

    BERDIAM & TIDAK BERBAHAS TENTANGNYA # Apa yang tidak dibahaskan oleh Allah dan RasulNya # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 7 Segala permasalahan Agama terutamanya permasalahan akidah tidak boleh diputuskan tentangnya dengan cara menetapkannya ataupun menafikannya melainkan dengan dalil. Dalil itu ialah firman Allah ﷻ dan sabda Rasulullah ﷺ. Oleh yang…

  • KEPERCAYAAN MUSLIM

    Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah Al-Quran, hadis-hadis dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain, sebagaimana sabit dalam hadis-hadis…