|

‘IHTISAB’ DALAM MENGHADAPI KESUSAHAN

‘IHTISAB’ DALAM MENGHADAPI KESUSAHAN

Antara sifat kasih ALLAH ﷻ buat para hambaNYA yang beriman ialah dengan menimbulkan dalam hati mereka rasa ‘ihtisab’ iaitu mengharapkan ganjaran pahala atas kesusahan yang menimpa sehingga meringankan beban kesusahan yang dihadapi.

Dunia merupakan tempat ujian manakala akhirat tempat diberi ganjaran.

Manusia yang berjaya ialah mereka yang bersabar dengan kesusahan yang menimpa di samping mengharapkan ganjaran pahala akhirat atas kesabaran mereka itu.

Adakah kita ‘berihtisab’ dalam menghadapi kesusahan? Sama-sama bermuhasabah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
20 Zulkaedah 1442H /
01 Julai 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    HADIS AL-BARA’ BIN AZIB TENTANG AZAB KUBUR

    Berkata Al-Bara’ bin Azib radiallahuanhu: “Kami keluar bersama Nabi ﷺ membawa jenazah seorang lelaki Ansar sehingga kami pun sampai di perkuburan. Sementara menunggu jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, Rasulullah ﷺ pun duduk (mengadap kiblat) dan kami pun ikut duduk di sekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kami terdapat seekor…

  • |

    MEDIA SOSIAL: PENGGUNA NAMA SAMARAN

    Muslim perlu mengambil berat tentang sumber dari mana dia mengambil pengetahuan agamanya. Kata ulama besar salaf, Ibnu Sirin: ‌إِنَّ ‌هَذَا ‌الْعِلْمَ ‌دِينٌ، فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ. “Sesungguhnya ilmu ini agama maka lihatlah daripada mana kalian ambil agama kalian.” [Sahih Muslim, 1/14] Ini bererti memastikan sumber yang betul adalah penting dalam…

  • |

    AGAMA ISLAM ITU MEMUDAHKAN; BUKAN MENYUSAHKAN

    AGAMA ISLAM ITU MEMUDAHKAN; BUKAN MENYUSAHKAN Dukacitanya terdapat segelintir dalam masyarakat ISLAM yang lebih cenderung kepada MENGADA-ADAKAN AMALAN-AMALAN BAHARU yang disandarkan kepada AGAMA TANPA sebarang petunjuk yang sahih dalam AS-SUNAH ataupun AMALAN PARA SAHABAT. Sedangkan jika dicermati, saranan mereka jelas hanya MENYUSAHKAN masyarakat ISLAM, walhal Agama Islam TIDAK memerintahkan sedemikian….

  • |

    TEGAHAN IKHTILAT

    Ikhtilat atau percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dilarang oleh agama berdasarkan banyak dalil daripada Al-Quran dan hadis. Antaranya ialah apa yang dapat dilihat dalam kedudukan saf solat di mana Nabi ﷺ menempatkan kaum lelaki di hadapan manakala kaum perempuan di belakang. Secara prinsipnya dalam solat berjemaah seseorang…

  • |

    ROKOK HARUS?

    Semalam tular poster fatwa yang agak mengelirukan tentang hukum merokok Merokok dalam keadaan tertentu adalah harus, menurut poster itu. Perlu ditegaskan bahawa fatwa sebegini jelas bertentangan dengan realiti dan hukum syarak. Rata-rata majlis fatwa dunia sama ada di Arab Saudi, Mesir atau Jordan semuanya mengharamkan rokok kerana mudaratnya yang jelas….

  • |

    MELAMPAU DALAM AGAMA

    MELAMPAU DALAM AGAMA # Ghuluw menghormati guru & orang soleh Banyak penyimpangan dan kesesatan yang timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam akibat sikap melampau dan berlebih-lebihan dengan guru dan orang soleh. Sikap melampau ini membuatkan mereka mengagung-agungkan individu-individu tertentu seperti Ali, al-Husain dan al-Badawi di Mesir, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani…