AJAR ANAK CINTA ABU BAKAR & OMAR

AJAR ANAK CINTA ABU BAKAR & OMAR

# Cinta Sahabat
# Pendinding dari Kesesatan Syiah

Para Sahabat Nabi ﷺ merupakan sebaik-baik generasi umat Islam yang telah dipilih oleh Allah ﷻ untuk berdamping dengan Rasulullah ﷺ dan menyampaikan risalah AgamaNya kepada generasi berikutnya.

Golongan Syiah sekian lama telah memilih jalan kesesatan dengan membenci para Sahabat Nabi ﷺ malah mengkafirkan mereka.

Justeru umat Islam perlu bersikap proaktif antaranya dengan kita mengajar anak-anak kita mencintai para Sahabat Rasulullah ﷺ dan menjadikan mereka sebagai contoh tauladan kita.

Didikan ini akan menjadi pendinding buat mereka daripada syubhah-syubhah kesesatan yang giat dibawa dan disebarkan oleh golongan Syiah dan tali barut-tali barut mereka.

Syiah Musuh Umat Islam:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219857975431642&id=1588241794

CATATAN:

Gambar lampiran: Tertera nama Abu Bakar, Omar dan Othman di hadapan tandas. Nauzubillah. Bencinya Syiah terhadap Sahabat Rasulullah ﷺ.

Daripada Allah jiwa kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Zulkaedah 1442H /
26 Jun 2021
Dua anak saya; Omar & Ali. Semoga mereka membesar menjadi anak soleh
http://www.facebook.com/idrissulaiman

————————

Bantu sebar artikel ini dengan tekan butang share & like. Jazakumullahu khaira.

Similar Posts

  • SYIRIK KERANA KORONAVIRUS

    SYIRIK KERANA KORONAVIRUS GAMBAR WALI menjadi pencegah penyakit? Awas! Ini merupakan SYIRIK yang jelas apabila meyakini ada pencegah dan penyembuh di alam ghaib selain daripada ALLAH. Seperti mana ucapan seorang pemuja Wali: “Ubat Korona ada di rumah kita! Cuma kita tidak menyedarinya. Kenapa kita tidak menyedarinya? Kerana kita panik! Kerana…

  • SATIRA BUKAN JENAYAH?

    SATIRA BUKAN JENAYAH? # Satire Is Not A Crime? Satira menurut kamus bermaksud mempersendakan atau menyindir orang lain. Kedua-dua maksud ini menjurus kepada erti mengejek dan menghina. Sejauh mana hal ini dibenarkan? Tindak-tanduk seorang Muslim seharusnya bukan sekadar terbatas kepada apa yang dibenarkan oleh undang-undang manusia sebaliknya apa yang lebih…

  • SALMAN AL-AUDAH

    SALMAN AL-AUDAH . . Kata Imam Ibnu Uthaimin rahimahullah: . “Golongan pentakfir adalah pewaris kaum Khawarij… Dengarlah kaset-kaset Syeikh Bin Baz dan Al-Albani, dan jangan pula kamu mendengar kaset-kaset Salman Al-Audah dan Safar Hawali.” . . Semoga Allah merahmati para Ulama Salaf dan membalas kebaikan mereka dengan ganjaran pahala atas…

  • TANDA BURUK SANGKA

    TANDA BURUK SANGKA Antara tanda-tanda buruk sangka seseorang terhadap orang lain ialah: Bersikap melampau; Banyak mengumpat; Banyak berbohong; Hasad dengki; Prihatin untuk ke hadapan. Barang siapa mempunyai tanda-tanda ini maka kritikannya terhadap lawannya boleh ditafsirkan bertujuan untuk menjatuhkan, membuka aib serta mencela; dan bukan nasihat. Justeru dia layak mendapat kehinaan….