|

MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua.

Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ.

Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya.

Kita bersetuju bahawa maksiat tetap maksiat dan sesiapa pun yang melakukannya seharusnya ditegur dan dinasihati. Dalam masa yang sama kita tidak dapat lari daripada merasa aneh mengapa pihak ini seperti terlalu memberi perhatian kepada negara berkenaan dan menghalakan kritikan kepada ulama di sana.

Benar, terdapat maksiat di Arab Saudi. Kita tidak nafikan. Tetapi adakah maksiat hanya berlaku di sana? Bagaimana dengan negara-negara Islam lain seperti Mesir, Iran, Qatar, Turki hatta Malaysia?

Seharusnya kita bersikap jujur dan adil. Jangan melampau dan zalim.

Jika kita mengetepikan semua maksiat di tempat lain dan hanya fokus kepada maksiat yang berlaku di Arab Saudi, hal ini tentu menimbulkan persoalan tentang sebab dan tujuan kita. Jangan kebencian kepada sesebuah kaum sampai mendorong kamu tidak bersikap adil (Al-Quran, 5:8).

Pihak ini mempertanggungjawabkan para ulama di sana dan menyalahkan mereka atas maksiat yang berlaku. Ini juga tidak adil.

Baru-baru ini diadakan satu acara muzik yang disertai 50 orang juri di Malaysia. Adakah adil untuk kita mempertanggungjawabkan para mufti dan asatizah, dan menyalahkan mereka kerana acara ini? Tidak pula kedengaran sesiapa yang berbuat demikian.

Maklum bahawa pada zaman nabi-nabi dahulu maksiat berlaku. Ada sesiapa mahu menyalahkan Nabi Lut AS, Nabi Musa AS hatta baginda Muhammad ﷺ atas maksiat yang berlaku pada zaman mereka? Tentu tidak wajar.

Maksud di sini, sebagaimana kita tidak boleh menyalahkan para nabi dahulu, demikian kita tidak boleh menyalahkan para ulama atas maksiat yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Tidak ada ulama rabbani yang merestui maksiat. Mengatakan mereka merestuinya adalah tuduhan berat yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH ﷻ.

Berkata Imam Ahmad “Daging ulama beracun. Barang siapa menghidunya akan sakit dan barang siapa memakannya akan mati.”

(al-Mu’id Fi Adb al-Mufid, hlm. 60)

Berkata Malik bin Dinar “Cukuplah pengkhianatan seseorang itu jika dia menjadi wakil pengkianat dan cukuplah kejahatan seseorang itu jika dia bukan orang soleh dan dia mencela orang-orang soleh itu.”

(Sifat as-Sofwah, hlm. 286)

CATATAN:

Antara sifat ahli bidaah dan golongan Ikhwan Muslimin ialah mereka bersikap buruk dengan para ulama as-Sunah, berburuk sangka dan menggelar mereka sebagai ulama pemerintah, penjilat, ulama haid nifas dan seumpamanya.

Fitnah & Celaan UMK ke atas Arab Saudi:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222497133328940&id=1588241794

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan panduan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
8 Dhul Qaidah 1442H /
19 Jun 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    HIDUP MUSLIM BERPERINSIP

    HIDUP MUSLIM BERPERINSIP . Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan. Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya lah jua kita kembali. . Ya Allah, kurniakan buat daku pahala dalam musibah yang menimpa atas diriku, dan gantilah ia dengan apa yang lebih baik daripadanya. . Sesungguhnya manusia merancang, dan…

  • |

    BAHANA RIBA

    Segelintir masih mempertahankannya dengan istilah-istilah berbunyi Islamik. Sedangkan Allah ﷻ memerangi pemakan riba. Firman Allah ﷻ: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِيَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ. فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡب مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ. “Wahai orang-orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut)…

  • |

    CINTA PALSU: SURAH AL-MASAD

    Firman Allah ﷻ: تَبَّتۡ يَدَآ أَبِي لَهَبٖ وَتَبَّ مَآ أَغۡنَىٰ عَنۡهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ سَيَصۡلَىٰ نَارٗا ذَاتَ لَهَبٖ وَٱمۡرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلۡحَطَبِ فِي جِيدِهَا حَبۡلٞ مِّن مَّسَدِۢ . “Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka…

  • |

    JANGAN DUDUK DENGAN PEROKOK

    Duduk bersama orang yang sedang merokok adalah haram. Wajib ‘mufaraqah’ dan meninggalkannya kerana jika tidak maka perbuatan duduk bersamanya dikira sebagai sokongan dan perakuan terhadap perbuatan haram yang dilakukan. Rokok adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang melarangnya. Justeru jika ada orang yang hendak merokok maka sebaiknya dia dinasihati terlebih dahulu secara…

  • |

    HADIS AL-BARA’ BIN AZIB TENTANG AZAB KUBUR

    Berkata Al-Bara’ bin Azib radiallahuanhu: “Kami keluar bersama Nabi ﷺ membawa jenazah seorang lelaki Ansar sehingga kami pun sampai di perkuburan. Sementara menunggu jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, Rasulullah ﷺ pun duduk (mengadap kiblat) dan kami pun ikut duduk di sekeliling baginda seolah-olah di atas kepala kami terdapat seekor…