|

SEMBAH CAPAL?

Umat Islam diperintahkan untuk solat menghadap Kaabah di Mekah al-Mukarramah. Ia menjadi kiblat yang menyatukan umat Islam sedunia.

Perkembangan semasa di tanah air menyaksikan sebahagian kelompok masyarakat Islam begitu taasub dengan simbol capal sehingga dilihat terlalu mengagung-agungkannya dan yang terbaru dalam sebuah gambar yang tular di media sosial kelihatan sebuah ukiran capal yang agak besar di letakkan di ruang hadapan sebuah masjid.

Perbuatan ini secara sedar atau tidak menjadikan jemaah yang solat di masjid tersebut menghadap ukiran capal itu ketika mereka solat.

Perkembangan ini sangat menggusarkan kerana kelihatan jemaah yang solat di masjid tersebut seolah-olah menyembah ukiran capal itu dengan rukuk dan sujud menghadapnya dalam solat.

Hal ini seharusnya segera dibanteras sebelum bertambah parah. Jangan dibiarkan sampai satu hari nanti umat Islam memuja simbol capal sebagaimana orang-orang Krisitian memuja simbol salib mereka.

EVOLUSI CAPAL

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Syaaban 1442H /
04 April 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    LIBERAL / FEMINISME

    Fahaman sesat yang memperdebatkan isu-isu kaum wanita sehingga menimbulkan perbalahan dan kekeliruan dalam masyarakat. Matlamatnya ialah untuk merosakkan kaum wanita melalui jalan melepaskannya daripada norma-norma agama, adat dan budaya. Ini kerana kaum wanita yang rosak akan mengakibatkan institusi keluarga runtuh manakala masyarakat jadi lemah dan lumpuh sehingga mudah dijajah dan…

  • BERGURAU MELEMPAR KULIT TEMBIKAI

    – Anjuran Bergurau Senda – Perbuatan Sahabat Nabi ﷺ Daripada Bakr bin Abdullah RA, katanya: كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَتَبَادَحُونَ بالبَّطِيخ، فإِذا كَانَت الحَقَائِقُ كَانُوا هُمُ الرِّجَالُ. “Dahulu para Sahabat Nabi ﷺ saling melempar menggunakan (kulit) tembikai (untuk bergurau) sedangkan dalam situasi serius merekalah lelaki sejati.” [Sahih….

  • |

    LEKA BERMAIN PUBG PS5

    LEKA BERMAIN PUBG PS5 Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, khususnya buat ibubapa dan golongan muda. Firman Allah: فَذَرۡهُمۡ یَخُوضُوا۟ وَیَلۡعَبُوا۟ حَتَّىٰ یُلَـٰقُوا۟ یَوۡمَهُمُ ٱلَّذِی یُوعَدُونَ. “Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.” Surah al-Ma’arij,…

  • |

    SYEIKH UBAID AL-JABIRI RAHIMAHULLAH

    Syeikh Ubaid al-Jabiri terdiri daripada kalangan ulama besar Salafi yang gigih mengajar dan menyampaikan ilmu. Beliau antara bekas pengajar di Universiti Islam Madinah. Antara kenangan manis sewaktu saya belajar di sana semasa tahun akhir kuliah pada tahun 2002, usai mendengar tausiah Syeikh Rabi bin Hadi al-Madkhali hafizahullah dalam sebuah pertemuan…

  • |

    TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM??

    “TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM”?? Ini jelas ucapan yang melampau. Sambutan Maulid Nabi hanya bermula pada kurun keempat oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Sambutan ini tidak ada sama sekali pada zaman Rasulullah ﷺ, para Sahabat ataupun para Tabi’in, tiga genarasi awal Islam yang dipuji oleh Nabi ﷺ dalam…