WARNA MERAH PERCAYA KEPADA TUAH

WARNA MERAH PERCAYA KEPADA TUAH

– SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

Adalah merisaukan apabila melihat sebahagian masyarakat lebih-lebih lagi Agamawan yang memilih untuk mengucapkan tahniah dan memberi hadiah sempena perayaan orang kafir.

Ada yang turut memakai pakaian yang sinonim dengan perayaan mereka seperti berpakaian merah sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina.

Berpakaian seperti ini dilarang Agama kerana jelas TASYABBUH menyerupai orang kafir, lebih-lebih lagi dalam perayaan mereka yang mana para ulama sepakat akan HARAMNYA mengucapkan ‘selamat’ dan ‘tahniah’ untuk mana-mana perayaan kufur berdasarkan nas al-Quran dan hadis.

Etika Berpakaian
#https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10221301176590769

Perbuatan seperti ini secara tidak langsung memperakui perayaan kufur itu dan meredainya.

Sedangkan meredai perbuatan kufur boleh menggelincirkan akidah atau paling tidak menyebabkan seseorang itu terjebak dalam dosa besar yang jauh lebih besar berbanding mengucapkan ‘selamat minum arak’ atau ‘selamat berzina’ dan seumpamanya.

Jangan pula mendakwa bahawa perayaan seperti ini hanya melibatkan adat budaya yang tiada kaitan dengan agama. Ini tidak benar sama sekali.

Sesuatu Perayaan Sambutan Sebahagian Daripada Agama atau Adat?
#https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10218317045909367

Adapun berpakaian merah sempena perayaan Tahun Baru Cina, sedar atau tidak terdapat kepercayaan tertentu di sebaliknya yang berkait dengan kegembiraan, kecantikan, kesuburan, bertuah, kejayaan dan nasib baik.

Kepercayaan Kepada Warna Bertuah Dalam Masyarakat Cina
#https://www.chinahighlights.com/travelguide/culture/lucky-numbers-and-colors-in-chinese-culture.htm

Kepercayaan seperti ini termasuk dalam erti TATAYYUR iaitu percaya kepada tuah dan sial yang DITEGAH oleh agama Islam. Malah boleh membawa kepada syirik, nauzubillah.

Sabda Nabi ﷺ

الطِّيَرَةُ شِرْكٌ.

“TATAYYUR (percaya kepada tuah dan sial) ialah syirik”

Hadis sahih. Riwayat Abu Daud.

Nabi ﷺ turut bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَطَيَّرَ.

“Bukan daripada kalangan kami mereka yang percaya kepada tuah dan sial (TATAYYUR)”.

Hadis sahih. Riwayat al-Bazzar.

Sewajarnya Muslim berhati-hati dalam hal-hal seperti ini jangan sampai tergadai akidah gara-gara keliru dengan batasan TOLERANSI yang dibenarkan Syariat.

Tiada paksaan dalam Agama tetapi ini tidak bererti bahawa Muslim boleh menggadaikan akidah dan agamanya atas dasar TOLERANSI.

Artikel-artikel berkaitan:

Semangat Toleransi Dengan Kekufuran
#https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10218029966812569

Ilmuwan Kata Harus ‘Selamat Hari Krismas’ Perlu Tampil Membetulkan Keadaan
#https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10221281471498154

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk hidayah dalil dan kejayaan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
30 Jumadil Akhir 1442H /
12 Februari 2021
Harapkan pagar (pegar?), pagar makan padi
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT

    JANGAN BACA DALIL SEKERAT-SEKERAT #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 3 Jika anda menukil sebuah nas maka jangan dipotong-potong nas itu untuk anda berhujah dengan sebahagian maksud nas itu sahaja. Hendaklah sesebuah nas itu dilihat secara menyeluruh sebelum dibuat kesimpulan. Seperti mana jika hanya dilihat firman-Nya “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat” dan…

  • STATUS HADIS:

    STATUS HADIS: مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: “لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ” كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ (Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’ maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia…

  • ARAB SAUDI BENARKAN YAHUDI MASUK MEKAH?

    ARAB SAUDI BENARKAN YAHUDI MASUK MEKAH? Fitnah ke atas Arab Saudi datang bertalu-talu. Sekalipun ramai yang skeptikal tetapi tidak kurang juga yang percaya bulat-bulat lalu menambah asam pedas mereka mengutuk dan mencela Arab Saudi dengan pelbagai cacian dan makian. Bermula dengan dakwaan Arab Saudi mahu memulakan perhubungan diplomatik dengan negara…

  • INOVASI DALAM SAF SOLAT

    INOVASI DALAM SAF SOLAT Jangan dibuat. Solat berjemaah pun tidak, sendiri pun tidak. Wallahul musta’an. Catatan: Ikut arahan pemerintah. Solat di rumah. Gambar kejadian dikatakan berlaku di luar negara. Idris bin Sulaiman Kajang 2 Rejab 1441H / 19 Mac 2020 Www.facebook.com/idrissulaiman

  • NAFSU BERCAKAP

    NAFSU BERCAKAP Bercakap ada nafsunya. Iaitu kemahuan dan keinginan yang kuat untuk bercakap lebih-lebih lagi di media sosial yang pada hari ini telah membolehkan semua memberi pendapat dan meluahkan perasaan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam.” [Sahih….

  • MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP?

    MERANCANG KEHAMILAN SEPANJANG PKP? Saranan supaya merancang kehamilan sewajarnya dinilai mengikut ketetapan syariat dan bukan atas sebab material keduniaan semata-mata. Secara prinsipnya, syariat menggalakkan supaya seseorang itu memiliki ramai anak. Antaranya kerana anak akan menjadi sumber pahala jariah selepas mati di samping banyak kelebihan yang lain. Sabda Nabi: “Kahwinilah kamu…