|

SELAMAT MENGHISAP ROKOK??

“SELAMAT MENGHISAP ROKOK”??

Jika anda merasakan kenyataan di atas pelik dan tidak wajar maka lebih pelik jika kita mendapati sebahagian ilmuwan dan ustaz membolehkan ucapan “selamat” sempena sambutan hari kelahiran anak tuhan (Krismas) atau apa jua perayaan kekufuran dan kesyirikan.

Jika merokok membahayakan kesihatan maka bukankah ucapan “selamat” dan “tahniah” sempena perayaan-perayaan kekufuran dan kesyirikan jauh lebih merbahaya kerana ia menggugat akidah seorang Muslim?

Sedangkan Nabi ﷺ berdoa kepada Allah supaya ditetapkan hatinya atas keimanan, masakan pula kita mahu mendabik dada merasa diri sudah selamat.

Dalam doanya Nabi ﷺ bersabda:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ‌ثَبِّتْ ‌قَلْبِيَ عَلَى دِينِكَ

“Wahai Yang membolak-balikkan hati, TETAPKAN HATIKU ATAS AGAMAMU.”

Hadis sahih. Riwayat Tirmidzi.

Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya menegaskan bahawa meredai kekufuran adalah kekufuran.

Apa yang pasti, mengharuskan ucapan selamat dan tahniah sempena perayaan kekufuran dan kesyirikan bukanlah cara untuk menjaga akidah umat Islam dan mencegah kemurtadan. Malah kemungkinan besarnya akan membawa natijah yang sebaliknya.

Catatan:

Khabarnya ada ‘ustaz’ di negara selatan turut serta bersama orang Kristian dalam gereja hari ini sempena perayaan Krismas. Bagaimana? Bagus? Semangat toleransi katanya.

Jangan terkejut jika perkara ini dibiarkan maka akan berbondong-bondong sebahagian orang Islam ke rumah ibadat orang kafir pada hari perayaan mereka bagi menzahirkan keterbukaan dan kebersamaan. Nauzubillah.

Artikel berkaitan:

Hukum Mengucapkan ‘Merry Christmas’

#https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10215374842316116

Daripada Allah jua kita memohon keselamatan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam
10 Jumadil Awal 1442H /
25 Disember 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    KUBURIYYUN – GOLONGAN PENYEMBAH KUBUR

    Masih tidak percaya sebahagian kaum Muslimin diperdaya supaya SEMBAH KUBUR ? Nah, biar gambar berbicara. Sedangkan ALLAH berfirman: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (menyembah) ALLAH semata-mata, maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama ALLAH.” Surah Al-Jinn, 18. Firman ALLAH: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ…

  • | |

    HAKIKAT HABIB UMAR

    Ada yang berpandangan bahawa Habib Umar Muhammad Hafiz bukan calang-calang tokoh tetapi seorang ilmuwan yang sangat istimewa kerana beliau merupakan ulama pilihan Allah yang menjadi mujaddid pada zaman ini. Malah beliau sampai dinobatkan sebagai ‘wakil Rasulullah’ buat manusia hari ini. Pujian melambung diberikan kepada beliau. Tinggal lagi adakah ia benar?…

  • | |

    GERAKAN SURURI

    – Fahaman ekstremis jihadi, Arab Saudi – Antara sut tali leher Ikhwani & jubah Salafi Gerakan Sururi atau Sururiyyah ialah sebuah gerakan yang telah dimulakan oleh Muhammad bin Surur Zainal Abidin (1938-2016), warganegara Syria. Beliau seorang pensyarah universiti yang menyertai sayap jemaah Ikhwanul Muslimin di Syria sebelum memilih untuk keluar…

  • |

    PELAJAR SEKOLAH PERLU DIDEDAHKAN DENGAN KEPELBAGAIAN AGAMA?

    Pluralisme pembatal agama Muslim wajib kufur dengan mereka yang dikufurkan oleh Allah ﷻ dan RasulNya ﷺ. Allah ﷻ mengkafirkan golongan musyrikin penyembah berhala dan yang menyembah di sisi Allah ﷻ selainNya. Demikian Allah ﷻ mengkafirkan mereka yang tidak beriman dengan risalah para rasul atau sebahagian daripada mereka sebagaimana termaktub dalam…

  • SIMBOL CAPAL

    SIMBOL CAPAL Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam. SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI. Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai…

  • | |

    MASJID AL-AQSA SYIAH

    Masjid al-Aqsa merupakan antara tempat penting yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilat di sisi umat Islam. Ia merupakan tempat yang berkat lagi suci. Dukacitanya sejak sekian lama ia telah dijajah Yahud laknatullah. Sejak itu seruan untuk membebaskannya banyak dilaungkan oleh pelbagai pihak. Termasuklah daripada kalangan orang-orang Syiah dan negara mereka…