|

ARAK HALAL?

ARAK HALAL?

Di antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya minum arak atas nama bukan arak.

Sabda Nabi ﷺ:

إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنا ويشرب الخمر.

“Sesungguhnya di antara tanda (hampirnya) Hari Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina dan minum arak berleluasa”.

Sahih. Riwayat Muslim.

Malah sebahagian kaum Muslimin akan menghalalkan arak atas alasan ia bukan arak.

Sabda Nabi ﷺ:

ليستحلن طائفة من أمتي الخمر يسمونها بغير اسمها.

“Sebahagian umatku akan menghalalkan arak dan mereka menamakannya dengan selain nama arak”.

Sahih. Riwayat Ibnu Majah.

Kini arak (khamr) tidak lagi dinamakan arak, sebaliknya dikatakan minuman beralkohol.

Dan yang terbaru, syarikat pengeluar arak dunia terkenal mengeluarkan minuman atas jenama araknya tetapi dengan perkataan ‘alkohol free’ tertera di bawahnya.

Yakinlah bahawa produk-produk seperti ini mensasarkan pembeli daripada kalangan orang-orang Islam yang rata-ratanya tidak minum arak.

Tetapi ini semua sebahagian daripada tipu daya, langkah-langkah permulaan untuk menjinak-jinakkan mereka kepada minuman arak.

Lebih-lebih lagi kilang arak dan jualan minuman arak memang sudah lama ada di negara.

Wajarlah umat Islam berhati-hati dan mengambil maklum akan perkara ini.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Mengharapkan keberkatan di hari Jumaat
8 Muharram 1442H / 28 Ogos 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ISU-ISU KHILAFIAH

    Kata seorang penceramah: “Benda khilaf kita diam sahaja, tidak perlu tegur kerana ia belum tentu mungkar.” Kenyataan di atas perlu disemak semula. Sikap toleransi dan berlapang dada dalam isu-isu khilafiah dianjurkan tetapi dalam masa yang sama budaya ilmu dan perbincangan ilmiah perlu disuburkan. Usaha mendekatkan masyarakat kepada Sunah Nabi ﷺ…

  • |

    AZAM TAHUN BAHARU BUKAN BUDAYA ISLAM

    ‘Azam tahun baharu’ sinonim bila tiba awal tahun baharu Masihi. Sedar atau tidak budaya ini kembali ke zaman pagan Babylon lebih 4000 tahun dahulu. https://www.abc.net.au/news/2023-12-31/new-year-resolutions-began-as-ancient-rituals-4000-years-ago/103271974 Maka penting ditegaskan bahawa ‘azam tahun baharu’ bukan budaya Islam dan lebih penting lagi ia sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan mereka yang berazam…

  • |

    ALLAH PENJAGA ORANG BERIMAN

    ALLAH PENJAGA ORANG BERIMAN Firman ALLAH: فَاللَّهُ خَيْرٌ حَافِظًا. “ALLAH jualah sebaik-baik PENJAGA”. Surah Yusuf, 12:64. Sabda Nabi ﷺ: احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ. “Jagalah ALLAH (nescaya) Dia menjaga engkau”. Sahih. Riwayat Imam Ahmad. Kepada ALLAH jua kita memohon pertolongan dan jagaan.

  • |

    ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH

    ADAT BUDAYA ZAMAN ARAB JAHILIAH Zaman jahiliah merujuk kepada zaman kesesatan masyarakat Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad ﷺ dan kebangkitan beliau membawa risalah agama Islam. Zaman ini dinamakan sedemikian kerana kejahilan manusia yang berleluasa ketika itu serta kehidupan mereka dalam suasana gelap sebelum datangnya sinar Islam. Kejahilan ini tampak pada…

  • |

    BAHAGIA HAKIKI BUKAN DENGAN HARTA

    Firman Allah ﷻ: فَلَا تُعۡجِبۡكَ أَمۡوَٰلُهُمۡ وَلَآ أَوۡلَٰدُهُمۡۚ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَتَزۡهَقَ أَنفُسُهُمۡ وَهُمۡ كَٰفِرُونَ “Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada kekayaan harta dan anak-anak mereka (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan kekayaan dan anak-anak mereka itu dalam kehidupan dunia, dan hendak…