Covid models
|

KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS

KHURAFAT HABIB & KORONAVIRUS

Seorang habib terkenal yang pernah datang membuat konsert di Malaysia, HABIB SYECH BIN ABDUL QADIR AS-SEGAF menjelaskan bahawa beliau tahu bagaimana menghilangkan penyakit KORONAVIRUS (Covid-19).

Ini berdasarkan perbualan beliau dengan penyakit KORONAVIRUS itu sendiri!

Perbualan antara beliau dengan penyakit KORONAVIRUS telah berlangsung melalui aplikasi WHATSAPP!

Sangat luar biasa, bukan?

(Dengarkan pengakuan beliau sendiri dalam video di bawah)

Inilah KARAMAH para WALI yang telah sampai ke makam MAKRIFAT menurut sebahagian kelompok.

Realitinya ia PEMBOHONGAN jelas oleh para PENUNGGANG AGAMA yang mengambil kesempatan atas KEJAHILAN sebahagian manusia.

Kurafat dan mengarut.

Umat Islam sewajarnya berwaspada dengan kelompok-kelompok seperti ini.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
4 Syawal 1441H / 27 Mei 2020
Kajang
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ILMU FALSAFAH

    # Ilmu Kalam # Pendirian Imam asy-Syafii Ilmu falsafah berkait rapat dengan pengetahuan yang diperoleh dengan cara berfikir serta membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Ia berasal dari Yunani (Greek). Ilmu Kalam pula adalah kesinambungan daripada ilmu falsafah yang tersebar dalam kalangan umat Islam melalui penterjemahan buku-buku…

  • KEPERCAYAAN MUSLIM

    Akidah kepercayaan Muslim bukanlah apa yang mengikut kehendaknya atau kehendak gurunya sebaliknya mengikut apa yang ditetapkan oleh Allah ﷻ, Rasulullah ﷺ dan ijmak kesepakatan Salaf generasi pendahulu umat Islam. Berdasarkan apa yang terdapat dalam Kitab Allah Al-Quran, hadis-hadis dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan yang lain, sebagaimana sabit dalam hadis-hadis…

  • |

    PENTINGNYA TAUHID

    # Syarat masuk syurga # Elak kekal dalam api neraka Tauhid mengesakan ALLAH ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik menyekutukan ALLAH ﷻ merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ…

  • | |

    TAUHID TIDAK CUKUP; WAJIB HINDAR SYIRIK

    Muslim tidak hanya diperintah supaya beribadah kepada Allah ﷻ. Sebaliknya turut disuruh supaya menjauhi syirik; segala bentuk penyembahan kepada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيئاً. “Mereka terus beribadah kepadaKu dan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain.” [Al-Quran, al-Nuur, 24:55] Dalam ayat di atas, Allah ﷻ…

  • | |

    PENGAKUAN JUJUR ASYAIRAH: MEREKA TIDAK TAHU DI MANA ALLAH

    Sebelum ini selalu dengar orang-orang Asyairah berkata “Allah tidak bertempat”, “Allah bukan di atas atau bawah, bukan di kanan atau kiri, bukan di depan atau belakang” dan “Allah wujud tanpa tempat.” Kenyataan sebegini tentu sahaja membingungkan kerana ia berbentuk penafian semata-mata, tidak menjawab secara tuntas persoalan di mana Allah. Dalam…

  • | |

    ASYAIRAH & MATURIDIAH

    Mazhab Asyairah ialah nisbah kepada Abu al-Hasan al-Asyari, lahir pada tahun 260H di Iraq dan wafat pada tahun 324H. Mazhab Maturidiah pula ialah nisbah kepada Abu Mansur al-Maturidi, lahir di Samarkand, Uzbekistan dan wafat pada tahun 333H. Sekalipun banyak persamaan tetapi perlu ditegaskan bahawa kedua-dua mazhab akidah ini berbeza dalam…