|

PENYELESAIAN WABAK KORONAVIRUS DI LANGIT – PERDANA MENTERI ITALI

PENYELESAIAN WABAK KORONAVIRUS DI LANGIT – PERDANA MENTERI ITALI

Perdana Menteri Itali Conte berkata:

“Kami tidak lagi dapat mengawal epidemik ini. Kami telah tewas secara fizikal dan mental. Kami tidak lagi tahu apa yang perlu dilakukan. Segala langkah penyelesaian yang ada di bumi sudah dilakukan. Apa yang tinggal ialah PENYELESAIAN DARI LANGIT.”

Beliau pasrah kepada ketentuan ILAHI.

Dari sudut lain, beliau beriman dengan adanya TUHAN DI LANGIT.

Hakikatnya, beriman dengan adanya TUHAN DI LANGIT bukan sahaja FITRAH, malah merupakan AKIDAH yang ditetapkan dalam banyak nas al-Quran dan hadis.

Firman ALLAH:

“Adakah kamu merasa aman daripada apa yang ada DI LANGIT…”

al-Mulk, ayat 16.

Nabi bertanya kepada seorang hamba perempuan “DI MANA ALLAH?” Dia menjawab “DI LANGIT”. “Siapa aku?” tanya baginda. “Engkau pesuruh ALLAH” jawabnya. Lalu kata Nabi “Bebaskan dia, SESUNGGUHNYA DIA BERIMAN”.

Sahih. Riwayat Muslim.

Nabi mengakui keimanan si hamba perempuan itu berdasarkan dua jawapan yang diberikannya.

Tidak pula baginda mempertikaikannya dengan hujah-hujah falsafah seperti ALLAH bertempat atau tidak, sifat bertempat menyerupai makhluk dan sebagainya.

Ini semua hujahan falsampah yang hanya akan menimbulkan kekeliruan dan menjadikan manusia bingung.

Lalu menyebabkan sebahagian Muslim mengatakan:

ALLAH TIDAK BERTEMPAT!

(Apa maksudnya perlu ditanyakan kepada orang yang mengatakannya. Apa maksud anda? Di mana ALLAH?? Oh, soalan sedemikian tidak patut ditanya!)

Ada yang memberikan jawapan yang bertentangan sama sekali. Kata mereka:

ALLAH ADA DI MANA-MANA!

(Jawapan ini pun tak kurang dahsyatnya. Sekali lagi, apa maksud anda ALLAH ada di mana-mana?? ALLAH ada dalam kocekku? ALLAH ada di ta_ndas??)

Lalu kemuncak kekeliruan apabila ada yang berkata:

“Kenalilah diri sendiri, nescaya anda akan KENAL ALLAH dan dapat merasakan kehadiran ALLAH! Kerana ALLAH berada di semua tempat termasuk dalam diri anda sendiri!!”

Ya, inilah dia kemuncak fahaman TARIKAT HAKIKAT MAKRIFAT.

Fahaman yang mendakwa bahawa ALLAH wujud dalam diri manusia.

Kesudahannya orangnya tak perlu solat, puasa dan sebagainya. Malah boleh melakukan apa sahaja. Minum arak, hisap rokok (ganja) dan lain-lain.

Inilah kemuncak kesesatan. Malah KEKUFURAN dan kesyirikan.

Kesimpulannya, beriman bahawa TUHAN DI LANGIT adalah FITRAH MANUSIA.

Adakah ini bererti bahawa Perdana Menteri Itali itu WAHABI??

Idris bin Sulaiman
Kajang
28 Rejab 1441H / 23 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN

    CAMPUR TANGAN YAHUDI MENJATUHKAN KERAJAAN Berikut adalah video pengakuan Daniel Twining, Presiden International Republican Institute (IRI) yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat membantu pihak-pihak bersekongkol dalam negara untuk menjatuhkan kerajaan semenjak tahun 2002. IRI adalah sebuah pertubuhan yang mendapat dana langsung daripada pertubuhan globalis Yahudi National Endowment for Democracy (NED),…

  • |

    GEMBIRA BERMAULID KERANA MIMPI??!

    Agama Islam ialah agama yang berteraskan wahyu; al-Quran dan al-Sunah. Mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil atau hujah syarie. Ungkapan seperti: “Apa yang saya mimpi bukanlah dalil, hanya dikongsikan sebagai ‘targhib’ dorongan untuk beramal soleh” adalah kenyataan yang keliru dan mengelirukan. Dia sendiri mengakui bahawa mimpi tidak boleh dijadikan dalil,…

  • |

    FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • |

    LEKA BERMAIN PUBG PS5

    LEKA BERMAIN PUBG PS5 Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, khususnya buat ibubapa dan golongan muda. Firman Allah: فَذَرۡهُمۡ یَخُوضُوا۟ وَیَلۡعَبُوا۟ حَتَّىٰ یُلَـٰقُوا۟ یَوۡمَهُمُ ٱلَّذِی یُوعَدُونَ. “Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.” Surah al-Ma’arij,…

  • |

    KAMI MELIHAT ENGKAU DARIPADA KALANGAN ORANG-ORANG YANG BAIK

    Demikian apa diucapkan kepada Nabi Yusuf – alaihissalam. Sebaik dua kali ia diucapkan kepadanya “Kami melihat engkau daripada kalangan orang-orang yang baik.” Dalam ayat 36 dan ayat 78, surah Yusuf. Kali pertama diucapkan kepadanya semasa beliau dalam penjara manakala kali kedua semasa di istana! Dua keadaan yang jauh berbeza; di…

  • |

    UCAPAN TAKZIAH TURKI KEPADA ISRAEL

    UCAPAN TAKZIAH TURKI KEPADA ISRAEL Kerajaan Turki di bawah pimpinan Recep Tayyip Erdoğan mengucapkan takziah kepada Israel atas kemalangan yang meragut puluhan nyawa dalam sebuah acara keagamaan Yahudi di negara tersebut baru-baru ini. Demikian kenyataan yang disiarkan oleh media rasmi Turki, Agensi Anadolu beberapa hari lepas. https://www.aa.com.tr/en/middle-east/turkey-offers-condolences-on-deadly-stampede-in-israel/2225806 ———————— Bayangkan jika…