| |

KENALI ISTILAH-ISTILAH SYIAH

KENALI ISTILAH-ISTILAH SYIAH

Ali Karramallahu wajhah
Ali Alaihi as-Salam
Imam Ali

Maklum bahawa golongan SYIAH mendewa-dewakan SAYYIDINA ALI, dan kerana itu mereka mengkhususkan untuk beliau istilah-istilah di atas dan mengecualikan SAHABAT-SAHABAT yang lain.

Justeru istilah-istilah di atas PERLU DIJAUHI kerana ia merupakan istilah-istilah SYIAH yang MENYALAHI kesepakatan ulama Ahli Sunah yang mengkhususkan istilah:

Sayyidina

Sayyidatina

Radhiallahu anhu

Radhiallahu anha

buat semua SAHABAT tanpa kecuali.

Kerana itu kita TIDAK PERNAH MENDENGAR ungkapan seperti:

Abu Bakar as-Siddiq KARRAMALLAHU WAJHAH

Omar al-Khattab ALAIHI AS-SALAM

IMAM Othman bin Affan

Sedar atau tidak, penggunaan istilah-istilah ini bukan sahaja menyerupai SYIAH malah ia MEMPERKECILKAN para SAHABAT lain, MENZALIMI mereka dan MENAFIKAN HAK-HAK mereka.

Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba ALLAH yang SENTIASA HORMAT kepada para SAHABAT, MEMULIAKAN mereka, memberi kepada mereka HAK-HAK MEREKA, di samping TIDAK MENZALIMI MEREKA secara sedar atau tidak.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Di pagi hujan selepas beberapa hari yang panas
4 Jamadilakhir 1441H / 29 Januari 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    SAY NO TO VALENTINE’S DAY

    SAY NO TO VALENTINE’S DAY Orang Islam adalah Umat yang istimewa lagi mulia. Mereka adalah kaum yang Allah beri kepada mereka hidayah petunjuk untuk menerima satu-satunya Agama yang benar di sisiNya. Berbeza dengan manusia lain yang masih hidup dalam kegelapan, sama ada mereka terdiri daripada kalangan mereka yang mencari-cari cahaya…

  • | |

    #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Sebelum ini aku melawan ulama besar Arab Saudi, aku menyeru supaya dipertahankan Hizbullah, tetapi (ternyata bahawa) masyaikh Arab Saudi lebih matang daripada aku dan lebih faham. Kerana mereka telah pun mengetahui hakikat sebenar mereka (Iran / Hizbullah) yang…

  • | |

    INDAHNYA ISLAM

    INDAHNYA ISLAM # Keutamaan Tauhid # Bahaya syirik # Wajibnya birrul walidain Kedua-dua mereka mendesak secara bersungguh-sungguh supaya dinafikan hak ALLAH ﷻ sedangkan ALLAH ﷻ memerintahkan supaya mereka tetap dilayan dengan sebaik-baiknya. Firman ALLAH ﷻ: وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي…

  • |

    PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

    Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah. Oleh itu, orang fasik daripada kalangan…

  • | |

    HUBUNGAN WAHYU – AKAL

    Agama tidak dibina atas akal tetapi mengikut wahyu, dan akal yang sihat adalah seiringan dengan wahyu. Justeru apa yang bercanggahan dengan akal adalah kecacatan, dan pendirian yang menyalahi wahyu adalah batil, tertolak. Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Rabiulakhir 1446H01 November 2024https://idrissulaiman.com

  • |

    PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’

    PENYELEWENGAN TERHADAP KALIMAH ‘ALLAH’ . . Satu usaha untuk memesongkan akidah Umat Islam. . . . . Hakikatnya ia adalah bidaah SYIRIK AKBAR dalam mentafsirkan kalimah syahadah ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. . . . Ketika mana masyarakat Islam Nusantara bersusah payah memahami tafsiran makna kalimah syahadah ini di sebalik terjemahan…