Orang Musyrikin Mekah BERIMAN Kepada ALLAH tetapi Berbuat SYIRIK

Orang Musyrikin Mekah BERIMAN Kepada ALLAH tetapi Berbuat SYIRIK

Ternyata bahawa kaum musyrikin Mekah pada zaman Rasulullah BERIMAN kepada Allah dan dalam masa yang sama mereka MENSYIRIKKAN ALLAH dengan mengadakan sembahan-sembahan sebagai perantara di antara mereka dengan ALLAH.

Firman Allah:

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلَّا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

Maksudnya:

“Dan tidaklah kebanyakan mereka BERIMAN KEPADA ALLAH melainkan mereka MENSYIRIKKAN-NYA juga dengan yang lain.”

Al-Quran, Yusuf, 12:106.

Keimanan mereka kepada ALLAH antara lain dapat dilihat dalam ucapan TALBIAH ketika mereka melakukan TAWAF.

(Ya, mereka melakukan tawaf – antara amalan-amalan ibadah yang mereka warisi daripada ajaran Nabi Ibrahim a.s.).

Berkata Ibnu Abbas:

كَانَ يُلَبِّي أَهْلُ الشِّرْكِ: لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، إِلَّا شَرِيكًا هُوَ لَكَ، تَمْلُكُهُ وَمَا مَلَكَ

Maksudnya:

“Dahulu orang-orang musyrikin mungucapkan TALBIAH: Aku menyahut seruanmu ya ALLAH, aku menyahut seruan-Mu. Aku menyahut seruan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, KECUALI SEKUTU yang Engkau miliki, Engkau memilikinya dan Engkau memiliki apa yang ia miliki.”

Riwayat Muslim.

Semoga Allah pelihara kita, keluarga dan zuriat kita daripada kesyirikan yang zahir dan yang tersembunyi.

Idris bin Sulaiman
Kajang
21 Muharram 1441H / 20 September 2019
Setelah selesai pengajian hari Jumaat.

Similar Posts

  • DUA JENIS PENDAKWAH

    DUA JENIS PENDAKWAH Menurut Syeikh Raslan, Pendakwah terbahagi kepada dua: PENDAKWAH yang MENYERU ke JALAN ALLAH secara jujur dan ikhlas, yang menelusuri jalan yang benar tanpa kecacatan atau penyimpangan. Golongan jenis pendakwah ini telah bermula dengan Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam. PENDAKWAH jenis kedua ialah golongan pendakwah yang MENYERU kepada…

  • WABAK PENYAKIT

    WABAK PENYAKIT Semua penyakit barangkali boleh diambil mudah melainkan PENYAKIT SYIRIK. Firman ALLAH ﷻ: إِنَّ ٱلشِّرۡكَ لَظُلۡمٌ عَظِيمٞ . “Sesungguhnya perbuatan SYIRIK merupakan kezaliman yang BESAR.” [Surah Luqman, ayat 13] Kata Ibnu Kathir: “Yakni kezaliman yang PALING BESAR.” CATATAN: Kini keadaan menjadi sebaliknya. Idris bin Sulaiman Kajang 25 Zulhijah 1442H…

  • GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS

    GAMBAR KEMALANGAN UNTUK MENCARI WARIS Saya berpandangan bahawa perbuatan sebahagian netizen menyebarkan gambar-gambar kemalangan berserta identiti mangsa sewajarnya dielakkan. Bukan kerana ngeri semata-mata sebaliknya kerana sebab yang lebih besar iaitu: MENJAGA AIB sesama saudara MUSLIM. Sabda Nabi, “Barangsiapa menutup aib seorang Muslim nescaya Allah akan menutup aibnya pada Hari Kiamat.”…

  • GERAKAN MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA

    GERAKAN MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA . . . Sedar atau tidak terdapat pihak-pihak yang berusaha keras untuk MENYESATKAN Umat Islam di Malaysia secara khusus. . . . Pelbagai CARA dan TEKNIK yang digunakan. . . . Sama ada dengan cara mempromosikan dakyah-dakyah LIBERAL berslogankan KEBEBASAN , KEADILAN dan KESAMARATAAN, seperti…

  • ASAL USUL WANG ‘DINAR’

    ASAL USUL WANG ‘DINAR’ Kata Malik bin Dinar (wafat 127H): “Sesungguhnya dinamakan ‘dinar’ kerana ia adalah himpunan dua perkataan; dinun ( دِينٌ ) (yakni agama) dan naarun ( نَارٌ ) (yakni api).” Tambah beliau: “Maka sesiapa yang menunaikan haknya (hak pada wang dinar itu) maka ia adalah sebahagian agama baginya,…

  • GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN

    GOLONGAN ANTI HADIS / QURANIYYUUN . Ustaz Idris bin Sulaiman . Meninggalkan Sunnah Nabi dan tidak berpegang dengan athar-athar Salaf As-Soleh dengan dakwaan HANYA berpegang kepada Al-Quran kerana ia sudah memadai. . Ini adalah di antara ciri-ciri kebanyakan PENGIKUT HAWA NAFSU yang berhujah demikian ketika mana asas-asas pegangan mereka berlawanan…