|

SOLAT DI KUBUR

SOLAT DI KUBUR

Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada.

Nabi bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد

“ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.”

Riwayat Bukhari dan Muslim.

Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?

Ia merangkumi TIGA MAKSUD, iaitu:

1. SOLAT DI ATAS KUBUR; iaitu dengan sujud di atas kubur;

2. SUJUD KE ARAH KUBUR; iaitu dengan menghadap kubur ketika solat atau doa;

3. MENDIRIKAN MASJID DI ATAS KUBUR; iaitu dengan solat di dalam masjid yang terdapat kubur di dalamnya.

Sama ada kubur itu ditanam di dalam masjid atau masjid itu didirikan di atas kubur, kedua-dua keadaan ini DITEGAH dan ia termasuk dalam erti ancaman hadis di atas.

Justeru, perlu BERHATI-HATI dengan ancaman SOLAT DI KUBUR kerana ia mengundang LAKNAT ALLAH, malah ia membawa kepada SYIRIK!

Syariat Islam sangat mengingatkan tentang BAHAYA SYIRIK. Dan SYIRIK BANYAK BERLAKU DI KUBUR.

Mengapakah di KUBUR?

Kerana kejahilan ramai manusia tentang hakikat ERTI TAUHID MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam IBADAH dan DOA.

Lalu mereka BERDOA KEPADA KUBUR, berdoa kepada orang mati, meminta daripada penghuni kubur, menyeru dan bermunajat kepadanya sedangkan hal ini SYIRIK yang jelas.

Sesungguhnya SYIRIK adalah sebesar-besar KEZALIMAN dan DOSA. (Surah Luqman, 13)

Keluarkan mana-mana KUBUR yang ada dalam MASJID. Jangan sekali-kali solat di dalam MASJID yang ada KUBUR.

MASJID DAN KUBUR TIDAK BOLEH DISATUKAN.

Malah kedua-duanya perlu dipisahkan dan dijauhkan antara satu sama lain.

Masjid adalah untuk TAUHID mengesakan Allah. (Surah Al-Jin, 18)

Manakala SOLAT DI KUBUR DILAKNAT dan membawa kepada SYIRIK.

Kepada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Pada pagi yang mendung dan damai
27 Zulhijjah 1440H
28 Ogos 2019

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/490632/solat-tepi-kubur-dalam-masjid

Similar Posts

  • |

    DEFINISI BIDAAH

    Ada pihak sengaja menangguk di air keruh mahu kelirukan orang ramai tentang isu bidaah. Mereka gambarkan seolah-olah Salafi (dipanggil Wahabi) melarang bidaah secara semberono dan membuta tuli. Lalu secara sinis dan menyindir berkata: “Oh, maknanya semua benda baharu dan peralatan moden tak boleh digunakan! Telefon, kamera, kereta, kapal terbang… ini…

  • | | | |

    RAMADAN HAMPIR TIBA

    Seminggu lagi sebelum Ramadan. Muslim gembira dengan kedatangan bulan mulia ini. Demikian tanda orang beriman. Rasulullah ﷺ gembira apabila bulan Ramadan tiba dan baginda ﷺ menzahirkan kegembiraannya itu kepada sahabat-sahabatnya. Kata al-Hafis Ibnu Rajab: “Nabi ﷺ menyampaikan khabar gembira kedatangan bulan Ramadan kepada para sahabatnya.” [Lata’if al-Ma’arif, hlm. 147] Dalam…

  • | |

    TAUHID TIDAK CUKUP; WAJIB HINDAR SYIRIK

    Muslim tidak hanya diperintah supaya beribadah kepada Allah ﷻ. Sebaliknya turut disuruh supaya menjauhi syirik; segala bentuk penyembahan kepada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيئاً. “Mereka terus beribadah kepadaKu dan tidak mempersekutukan Aku dengan yang lain.” [Al-Quran, al-Nuur, 24:55] Dalam ayat di atas, Allah ﷻ…

  • |

    PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

    Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah. Oleh itu, orang fasik daripada kalangan…

  • |

    ETIKA BERPAKAIAN

    ETIKA BERPAKAIAN Cara seseorang berpakaian mencerminkan peribadi. Terdapat pakaian yang baik seperti mana terdapat pakaian yang buruk. Ungkapan Inggeris menyebut ‘First impression counts’ (Tanggapan pertama sangat penting). Kerana itu lumrah bagi manusia untuk menjaga pakaiannya apabila keluar rumah lebih-lebih lagi apabila ada urusan penting seperti temu duga kerja, majlis keramaian…