ADAKAH DIBOLEHKAN MAKAN DAGING YANG DISEMBELIH SEMPENA MAULID NABI SALLALAHU ALAIHI WASALLAM?

ADAKAH DIBOLEHKAN MAKAN DAGING YANG DISEMBELIH SEMPENA MAULID NABI SALLALAHU ALAIHI WASALLAM?
.
.
.
SYEIKH SALEH FAUZAN AL-FAUZAN HAFIZAHULLAH MENJAWAB:
.
.
“Tidak (dibolehkan). Ini adalah satu kebidaahan. Ia adalah bidaah dan perayaannya adalah bidaah. Apa sahaja yang disembelih sempena suatu perayaan bidaah adalah haram. Demikian juga apa sahaja makanan yang sediakan bersempena dengannya adalah haram.
.
Ini kerana, tidaklah ia dilakukan melainkan untuk menghidupkan suatu perkara yang bidaah serta memperbesar-besarkan perkara bidaah itu.
.
Maka tidak dibolehkan untuk turut serta bersama mereka ataupun menjamah makanan atau sembelihan mereka pada hari tersebut.
.
Ini memandangkan bahawa perbuatan-perbuatan yang seperti ini akan menjadi sokongan buat mereka, serta termasuk dalam erti membantu mereka. Ia juga menjadi suatu perakuan terhadap perbuatan bidaah mereka itu.”

Similar Posts

  • |

    MAKAN GUNA SUDU

    Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan. Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ. Kata Kaab bin Malik: رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها. “Aku melihat Rasulullah ﷺ makan…

  • |

    SAY NO TO VALENTINE’S DAY

    SAY NO TO VALENTINE’S DAY Orang Islam adalah Umat yang istimewa lagi mulia. Mereka adalah kaum yang Allah beri kepada mereka hidayah petunjuk untuk menerima satu-satunya Agama yang benar di sisiNya. Berbeza dengan manusia lain yang masih hidup dalam kegelapan, sama ada mereka terdiri daripada kalangan mereka yang mencari-cari cahaya…

  • |

    TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM??

    “TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM”?? Ini jelas ucapan yang melampau. Sambutan Maulid Nabi hanya bermula pada kurun keempat oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Sambutan ini tidak ada sama sekali pada zaman Rasulullah ﷺ, para Sahabat ataupun para Tabi’in, tiga genarasi awal Islam yang dipuji oleh Nabi ﷺ dalam…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • PROGRAM PELAJAR MELAYU MUSLIM DI KUIL?

    PROGRAM PELAJAR MELAYU MUSLIM DI KUIL? Tersebar di media sosial gambar sekumpulan pelajar MELAYU MUSLIM – lelaki & perempuan -menghadiri program keagamaan di sebuah KUIL. Hal ini sangat TIDAK WAJAR. Perkara ini bertentangan dengan syariat kerana ia merosakkan AKIDAH. Kononnya atas prinsip KEMANUSIAAN. Sedar atau tidak, inilah dakyah PLURALISME yang…