| | | | |

CARA-CARA PELAKSANAAN SOLAT MALAM

CARA PERTAMA: 13 RAKAAT

Memulakan solat dengan dua rakaat yang ringkas. Dua rakaat ini sebetulnya ialah dua rakaat ba’diyyah Isyak atau dua rakaat khas pembuka solat malam.

Kemudian dikerjakan dua rakaat yang sangat panjang, diikuti dengan dua rakaat yang lebih ringkas daripadanya. Setelah itu dikerjakan dua rakaat yang lebih ringkas, dua rakaat yang lebih ringkas dan dua rakaat yang lebih ringkas lagi. Setelah itu dilakukan satu rakaat witir.

[ 2 & 2 & 2 & 2 & 2 & 2 & 1 = 13 rakaat ]

CARA KEDUA: 13 RAKAAT

Dilakukan LAPAN RAKAAT dengan memberi salam di antara setiap dua rakaat. Setelah itu dilakukan LIMA RAKAAT tanpa duduk atau salam kecuali pada rakaat kelima.

[ 2 & 2 & 2 & 2 & 5 = 13 rakaat ]

CARA KETIGA: 11 RAKAAT

Dilakukan dengan MEMBERI SALAM PADA SETIAP DUA RAKAAT dan diakhiri dengan satu rakaat witir.

[ 2 & 2 & 2 & 2 & 2 & 1 = 11 rakaat]

CARA KEEMPAT: 11 RAKAAT

Dilakukan EMPAT RAKAAT DENGAN SATU SALAM (sama ada dengan duduk tasyahud pada rakaat kedua ATAU dengan hanya duduk pada rakaat keempat). Kemudian dilakukan EMPAT RAKAAT LAGI SEPERTI YANG PERTAMA. Setelah itu dilakukan TIGA RAKAAT DENGAN HANYA SATU SALAM (hanya duduk pada rakaat ketiga; tiada tasyahud awal).

[ 4 & 4 & 3 = 11 rakaat ]

CARA KELIMA: 11 RAKAAT

Dilakukan LAPAN RAKAAT dengan hanya duduk pada rakaat kelapan untuk bertasyahud dan berselawat ke atas Nabi sallalahu alaihi wasallam tanpa memberi salam. Setelah itu bangkit dan tambah SATU RAKAAT dan beri salam. Ini menjadikan jumlahnya SEMBILAN RAKAAT. Setelah itu dilakukan DUA RAKAAT SECARA DUDUK.

[8 rakaat kemudian duduk bertasyahud & bangkit melakukan 1 rakaat kemudian salam & 2 rakaat dalam keadaan duduk]

CARA KEENAM: 9 RAKAAT

Dilakukan SEMBILAN RAKAAT dengan hanya duduk pada rakaat keenam untuk bertasyahud dan berselawat ke atas nabi sallalahu alahi wasallam tanpa memberi salam. Setelah itu bangkit dan tambah SATU RAKAAT dan beri salam. Ini menjadikan jumlahnya TUJUH RAKAAT. Setelah itu dilakukan DUA RAKAAT SECARA DUDUK.

[6 rakaat kemudian duduk bertasyahud & bangkit melakukan 1 rakaat kemudian salam & 2 rakaat dalam keadaan duduk]

Ini adalah cara-cara yang SABIT daripada Nabi salllalahu alaihi wasallam secara nas daripada Baginda. Dibolehkan untuk melakukan cara-cara yang lain dengan dikurangkan bilangan rakaat daripada setiap satu cara yang telah dinyatakan sehingga akhirnya kadar yang paling minimum ialah SATU RAKAAT SAHAJA.

Ini berdasarkan sabda Baginda sallalahu alaihi wasallam:

الوِتْرُ حَقٌّ ، فَمَنْ شَاءَ فَلْيُوتِرُ بِخَمْسٍ ، وَمَنْ شَاءَ فَلْيُوتِرُ بِثَلَاثٍ، وَمَنْ شَاءَ فَلْيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ

“Witir itu adalah benar. Barang siapa mahu maka bolehlah dia mengerjakan lima (rakaat solat witir), barang siapa mahu maka bolehlah dia mengerjakan tiga (rakaat solat witir), dan barang siapa mahu maka bolehlah dia mengerjakan satu (rakaat solat witir).”

Hadis sahih. Riwayat At-Tahawi, Al-Hakim dan yang lain.

Ini adalah kepelbagaian dalam mengerjakan Solat Tarawih dan Solat Witir. Dalam masa yang sama, tidak dinafikan bahawa CARA YANG AFDAL ialah CARA KETIGA iaitu dikerjakan sepuluh rakaat dengan memberi salam pada setiap dua rakaat, lalu disudahi dengan satu rakaat. Sebagaimana dalam hadis, “Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat.” Riwayat Bukhari dan Muslim.

Sallamakumullah

Rujukan: Buku ‘QIYAM RAMADAN’ oleh SYEIKH AL-ALBANI rahimahullah.

Similar Posts

  • |

    KALAU DOA, NAK MINTA APA?

    – Mintalah daripada Allah ﷻ – Waktu sepertiga malam terakhir Minta supaya dijauhkan daripada sifat lemah, malas, takut, bakhil, kasar, lalai, papa, hina, cinta dunia… Mintalah juga supaya dijauhkan daripada kekufuran, kesyirikan, kefasiqan, kesombongan di samping penyakit-penyakit yang berpanjangan, bebanan hutang, penindasan manusia, hilangnya nikmat, ditimpa bebanan musibah yang berat,…

  • | | | |

    DOA QUNUT WITIR

    Malam ini mula doa qunut solat witir. Muhasabah di pertengahan bulan Ramadan. Amalan-amalan kebaikan yang dilakukan perlu diteruskan manakala apa yang terlepas hendaklah segera dilaksanakan sebelum Ramadan berakhir. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ. “Sesungguhnya amalan-amalan itu dinilai pada pengakhirannya”. [Sahih. Riwayat Bukhari] Kegembiraan buat mereka yang amal…

  • |

    MALAM 27 RAMADAN

    – Khamis, 28 April 2022 – Malam Lailatul Qadar Malam 27 Ramadan merupakan malam yang paling diharapkan berlakunya Lailatul Qadar kerana ia termasuk dalam malam-malam ganjil di bulan Ramadan, dan termasuk dalam sepuluh, tujuh malah lima malam terakhir Ramadan. Sabda Nabi ﷺ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا…

  • TERJEMAHAN ‘TIADA TUHAN KECUALI ALLAH’ – TIDAK TEPAT

    Pembetulan TERJEMAHAN kalimah syahadah. Sering kita mendengar orang menterjemahkan kalimah syahadah: لا إله إلا الله ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’ dengan erti: Tiada TUHAN kecuali Allah atau ‘There is no GOD but Allah’. Perlu dijelaskan bahawa kalimah إله (ILAH) bukan sekadar bererti tuhan (god). Kalimah tuhan (god) dalam bahasa Arab membawa…