IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI

IMAM AHMAD BIN NASR AL-KHUZAI
.
Menjawab Syubhat Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai Khuruj Melawan Pemerintah
.
.
Telah tersebar syubhat yang menyatakan kononnya Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai rahimahullah telah khuruj terhadap pemerintah.
.
Ada pelbagai versi yang berlegar dan antara versi yang dipopularkan oleh sebahagian kelompok adalah versi Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai keluar memberontak dengan pedang dan berperang dengan Khalifah Al-Wathiq lalu mati terbunuh.
.
.
“…Di masa Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai memberontak melawan penguasa, dia memberontak dengan pedang dan berperang hingga terbunuh. Ketika mereka membunuh Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa An-Nihayah, “Imam Ahmad (bin Hanbal) menangis atas kematiannya, dan itu membuatnya sangat sedih, dan membuatnya sedih dalam waktu yang lama..” dan beliau berkata, “…semoga Allah merahmatinya, sungguh dia telah berperang dengan jiwanya di jalan Allah…”
.
.
Kisah ini dipopularkan mungkin dengan harapan agar dapat mengelirukan masyarakat bahawa bukan semua tindakan memberontak ditegah dan dikatakan sebagai Khawarij.
.
Imam Ahmad bin Hambal tidak menyatakan Imam Ahmad bin Nasr Al Khuzai sebagai Khawarij malah Imam Ahmad berkata dia telah berperang di jalan Allah.
.
Begitulah dakwaan mereka, padahal kisah ini TIDAK BENAR.
.
Apabila dirujuk kembali kepada rujukan yang mereka nyatakan di atas iaitu kitab al-Bidayah wa An-Nihayah karya Imam Ibnu Katsir rahimahullah kisahnya berbeza sama sekali.
.
Kisah ini berlaku di zaman Imam Ahmad. Seperti yang kita ketahui pemerintah di zaman itu, Khalifah Al-Wathiq adalah seorang yang zalim dan sangat kejam. Dia mendokong fahaman sesat mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk dan bukan Kalam Allah.
.
Khalifah Al-Wathiq malah memaksa ulama-ulama berfatwa Al-Quran itu makhluk dan membunuh mereka yang enggan.
.
.
Dari Al-Imam Sufyan bin Uyainah rahimahullah:

القرآن كلام الله عزوجل من قال مخلوق فهو كافر ومن شك في كفره فهو كافر

“Al-Quran adalah Kalamullah. Barangsiapa mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk, maka dia kafir. Dan barangsiapa yang ragu akan kekafiran orang tersebut, maka dia juga kafir.”
.
[Abdullah bin Ahmad bin Hanbal meriwayatkannya dalam kitabnya As-Sunnah no. 25]
.
.
Apabila dirujuk kepada kitab al-Bidayah wa An-Nihayah, secara ringkasnya kisahnya adalah seperti berikut:
.
Gambar 1: “Pada bulan Syaaban tahun ini, satu baiah diatur secara rahsia untuk Ahmad bin Nasr Al-Khuzai untuk menjalankan Amar Makruf dan Nahi Mungkar serta ‘khuruj’ mendapatkan Sultan kerana perbuatan bidaahnya dan kerana seruannya kepada mengatakan bahawa Al-Quran itu makhluk, di samping keadaannya dan juga keadaan menterinya dan penyokongnya yang bergelumang dengan maksiat, ‘fawahisy’ dan yang lain.”
.
Gambar 2: “Maka dibawakan beberapa individu. Turut hadir Qadi Ahmad bin Abi Daud Al-Muktazili. Kemudian dibawa Ahmad bin Nasr dan dia (Al-Wathiq) tidak mengkritik apa-apa terhadap Ahmad bin Nasr. Setelah Ahmad bin Nasr dibawa berdiri di hadapan Al-Wathiq, dia tidak mengkritik apa-apa terhadapnya dalam isu orang awam membaiahnya untuk menjalankan Amar Makruf Nahi Mungkar dan selainnya. Bahkan dia (Al-Wathiq) mengenepikan itu semua dan berkata kepadanya:
“Apa yang engkau kata tentang Al-Quran?”
.
Catatan:
.
Apa maksud ‘khuruj’ di sini? Adakah ia bermaksud mengangkat senjata?
.
.
Tidak sama sekali.
.
.
Sebaliknya yang dimaksudkan ialah keluar menghadap Sultan untuk menegurnya secara berdepan.
.
Ini bertepatan dengan hadis Nabi sallallahu alaihi wa sallam, daripada Abu Said Al Khudri:

أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ

“Jihad yang paling utama adalah mengatakan kebenaran (berkata yang baik) di hadapan penguasa yang zalim.”
.
[HR. Abu Daud no. 4344, Tirmidzi no. 2174, Ibnu Majah no. 4011. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa hadis ini hasan].
.
Adakah menegur pemerintah secara berdepan dengan mempraktikkan hadis Nabi ini dikatakan memberontak?
.
Sudah tentu tidak. Sebaliknya ia termasuk dalam erti nasihat.
.
Jelas di sini tiada rancangan mengangkat senjata atau menggulingkan Khalifah sama sekali.
.
Hal ini jelas ketika beliau dibawa menghadap Khalifah Al-Wathiq, dia tidak membangkitkan sedikit pun perancangan ‘khuruj’ Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai.
.
Sebaliknya Al-Wathiq terus menyoalnya tentang pegangannya terhadap Al-Quran.
.
Tuduhan dan syubhat yang menyatakan Imam Ahmad bin Nasr Al-Khuzai khuruj seperti tindakan Khawarij iaitu memberontak dengan pedang dan berperang adalah tidak benar malah fitnah terhadap beliau.
.
Wallahul musta’an.
.
.
– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
==========
.
SHARE
.
Like FB: www.facebook.com/ilmusalafdotcom
.
.
[ ADMIN ]

Similar Posts

  • ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ

    ZIKIR MENGINGATI ALLAH ﷻ 1. LA ILAHA ILLA ALLAH / لا إله إلا الله Nama: Kalimah Tauhid Makna: Tiada Sembahan Kecuali Allah Bila Sesuai Disebut: Sebaik-baik zikir. Hendaklah lidah sentiasa basah menyebutnya. 2. SUBHANALLAH / سبحان الله Nama: Tasbih / تسبيح Makna: Maha Suci Allah Bila Sesuai Disebut: Apabila melihat…

  • #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #6 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Sebelum ini aku melawan ulama besar Arab Saudi, aku menyeru supaya dipertahankan Hizbullah, tetapi (ternyata bahawa) masyaikh Arab Saudi lebih matang daripada aku dan lebih faham. Kerana mereka telah pun mengetahui hakikat sebenar mereka (Iran / Hizbullah) yang…

  • LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH?

    LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH? # Qias dengan bayi yang baru lahir Sekalipun terdapat pandangan yang mengharuskan supaya dilaungkan azan buat jenazah yang baru diturunkan ke dalam kubur atas alasan mengqiaskannya dengan bayi yang baru lahir tetapi sebetulnya amalan ini tidak disyariatkan. Ini kerana ibadah yang bersifat Ta’abbudi iaitu ibadah yang…

  • BERTENANG

    BERTENANG Semua pihak harus tampil membantu menenangkan keadaan. Memandangkan bahawa terdapat sebahagian daripada masyarakat yang panik apabila terus menerus membaca berita penularan wabak penyakit. Apatah lagi pihak-pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan. Ingat, di sebalik kegawatan ada sahaja yang mencari keuntungan. Suasana panik hanya akan mengeruhkan keadaan. Barangkali kesan panik akibat…

  • SIMBOL CAPAL

    SIMBOL CAPAL Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam dalam negara diperkenalkan dengan SIMBOL CAPAL – simbol selipar yang merujuk kepada selipar Nabi sallalahu alaihi wasallam. SIMBOL ini bertujuan untuk menzahirkan rasa CINTA NABI. Persoalan di sini, sejauh mana SIMBOL CAPAL ini selari dengan SYARIAT dan adakah ia benar-benar boleh dijadikan sebagai…

  • “ADUH, DUNIA SUDAH TERBALIK!”?

    “ADUH, DUNIA SUDAH TERBALIK!”? # Menjauhi perkataan yang dilarang # Jangan bersikap negatif Perkataan seperti ini ditegah oleh Syariat. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda: إِذَا قَالَ الرَّجُلُ: ‌هَلَكَ ‌النَّاسُ فَهُوَ أَهْلَكُهُمْ (وَفي رِوَايَةٍ: أهْلَكَهُمْ). “Jika seorang berkata: Manusia telah binasa maka dia yang paling binasa (dalam riwayat lain: Dialah yang…