| | |

DAGING KORBAN 2 KG

Itulah jumlah daging yang diperoleh oleh rata-rata yang menyertai program qurban di masjid (atau tempat lain) setelah membayar harga bahagian masing-masing sepenuhnya.

Kebiasaannya kita boleh mendapat daripada seekor lembu kira-kira 70 kg daging. Bahkan lebih.

Ini bererti setiap peserta setelah membayar jumlah bahagian masing-masing kira-kira RM650 (harga lembu kira-kira RM4500) selayaknya mendapat 10kg daging!

Bagaimana pula mereka hanya mendapat 2kg?

Di sini pihak pengurusan sewajarnya bersikap jujur, tulus dan adil.

Kita perlu jelas bahawa semua peserta berhak mendapat bahagian daging qurban mereka masing-masing SEPENUHNYA.

Pihak masjid atau yang lain hanya bertindak sebagai pengurus dan wakil.

Mereka BUKAN PEMILIK lembu itu.

Sebaliknya ia adalah milik para peserta yang membayar.

(Seekor unta dan lembu boleh dikongsi sampai 7 orang, manakala kambing hanya untuk seorang)

Adapun bayaran tukang sembelih dan kos pengurusan melapah dan memotong daging dan tulang – jika ada – hendaklah dibayar secara berasingan.

Tukang sembelih (yang bukan peserta) HARAM mengambil bahagian qurban tersebut sebagai bayaran upahnya.

Perkara ini jelas ditegah dalam hadis Ali bin Abi Talib radhiallahu anhu yang mengatakan bahawa Nabi sallalahu alaihi wassalam memerintahkannya supaya mengagihkan daging qurban dan beliau dilarang daripada memberi mana-mana bahagian qurban kepada si tukang sembelih.

Hadis sahih. Riwayat Abu Daud.

Ada sebahagian masjid di mana kerajaan menghadiahkan lembu qurban untuk diagihkan kepada masyarakat setempat lalu mereka bertindak menjualnya kepada ahli kariah yang ingin berqurban.

Jelas menampakkan sikap tak jujur dan tak amanah.

Di sebahagian masjid inilah kita mendengar khatib bergegar-gegar mencela kerajaan menuduhnya zalim dan tidak amanah, lalu di masjid yang sama mereka tak mampu untuk mengurus walau SEEKOR LEMBU pun secara tulus dan ikhlas.

Serahkan semua bahagian daging qurban kepada para peserta untuk mereka menikmatinya dengan keluarga, bersedekah dan menghadiahkannya kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai mereka.

Jika pihak masjid mahu membahagikannya, maka ia hendaklah dengan PERSETUJUAN PESERTA (pastikan ia bukan paksa rela).

Atau, pihak masjid boleh turut serta membayar dan mengambil bahagian lalu bahagian masjid itu digunakan untuk mengadakan majlis makan atau disedekahkan.

Barakallahu fikum.

– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –

=======

Follow Telegram Sahabat iSDC: t.me/ilmusalafdotcom

[ ADMIN ]

Similar Posts

  • |

    FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • |

    WAHABI: GELARAN DARI ORANG BANKRAP HUJAH

    Apabila tidak dapat balas hujah maka mereka bertindak melemparkan gelaran ‘buruk’ ini kepada lawan. Tujuannya untuk mencemarkan nama baik di samping menimbulkan kesangsian dan keraguan orang ramai terhadap lawannya itu. Senjata ampuh menurutnya. Walhal ini bukan cara yang diajar oleh Islam. Hujah sepatutnya dibalas dengan hujah dan sebarang perselisihan perlu…

  • |

    DOALAH KEPADA ALLAH; BUKAN MALAIKAT ATAU LAIN

    Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَخۡفَىٰ عَلَيۡهِ شَيۡء فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ “Sesungguhnya tiada apa yang tersembunyi bagiNya di bumi ataupun di langit.” [Al-Quran, Aali Imran, 3:5] Firman Allah ﷻ: لِلَّهِ مُلۡكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا فِيهِنَّۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡء قَدِيرُۢ “Allah jualah yang menguasai langit dan bumi…

  • | |

    TUDUHAN ATAS SYEIKH AL-ALBANI & DAKWAH SALAF

    Ada orang terdekat meminta supaya saya menjawab sebuah tulisan yang melemparkan beberapa tuduhan ke atas Syeikh al-Albani rahimahullah dan dakwah Salaf. https://www.facebook.com/abdel.rahmanov.1 Berikut ialah jawapan ringkas yang dapat diberikan. TUDUHAN 1: Prinsip Asas Fahaman Salafiah Tidak Berpegang Kepada Mazhab &Mengajak Mencari Dalil Langsung daripada Al-Quran dan Hadis JAWAPAN: Ya, demikian…

  • | | | |

    PUASA BUKAN HANYA BERLAPAR DAHAGA

    Di samping menahan diri daripada makan minum Muslim turut diperintahkan meninggalkan kata-kata dusta, perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: ‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ. “Barang siapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan…

  • |

    HUKUM ‘SOLAT HAJAT’

    Hadis Tentang ‘Solat Hajat’ Telah diriwayatkan oleh al-Tirmizi (no. 479) dan Ibnu Majah (no. 1384) daripada Abdullah bin Abi Awfa, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda: مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ، أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ، فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُحْسِنِ الْوُضُوءَ، ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ، وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى…